Followers

Friday, June 25, 2010

La Taghdob...(jangan marah)....=)


HADIS 16
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda:Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

salam....hari nie,kita kongsi pandangan tentang perasaan MARAH.....nafsu MARAH sangat hebat kan...boleh menyebabkan manusia hilang kawalan,sampaikan boleh mengeluarkan kata-kata yg 'pedas' dan bertindak melampaui batas...hadis kat atas nie adalah salah satu hadis dalam HADIS 40....kita dapat lihat,betapa Rasulullah saw sangat menggalakkan kita supaya JANGAN marah...kenapa ye??

ha...sebab mrah nie datangnya dari SYAITAN...jadi,janganlah kita nak ikut sifat syaitan kan...lagipun,banyak kemudaratan yg lahir daripada sifat marah nie...kita juga digalakkan utk menahan rasa marah bila kita marah....macam mana nak tahan rasa marah tue?ha....

1) banyakkan doa dan zikrullah...sebab dengan hanya mengingati Allah,hati kita akan menjadi tenang...fitrah manusia kan...

2)banyakkan baca cerita pengajaran tentang akibat sifat marah...

3) ambil wuduk..sebab air yg sejuk dapat meredakan hati yg tengah 'panas'

4) ubah kedudukan..kalau kita tengah berdiri,kita duduk..kalau tengah duduk,kita baring....

tapi...kalau melibatkan tentang hal-hal berkaitan Islam,menegakkan syiar Islam,mempertahankan hak,melihat kemungkaran,kita hendaklah marah dan menentang semampu kita..tapi..kena kawal la ye..sebab syaitan sangat pandai menyesatkan kita...kadang-kadang,niat kita betol,tapi tanpa disedari,kita dah melampau..jangan gunakan bahasa yg kasae,mencarut dan sebagainya...

hm...cakap pasal marah nie...azam saya,saya tak nak marah...bukan tak pernah marah sebelum nie..hehe..pernah jugak rasa nak marah(selalu),tapi saya cuba kawal..bila rasa nak marah or terasa ke,saya akan diam....memangla muncung panjang jugak,tapi bagi saya,lebih baik saya diam walaupun masam mencuka daripada saya keluarkan kata-kata yg confirm 'pedas' pada sesiapa....hehe...

last saya marah...hm...6 bulan lepas...marah yg memang betul2 marah...biasanya,marah yg biasa-biasa je..hehe...insyaAllah,saya akan cuba perbaiki....



hm...jadi,bila rasa nak marah...tryla senyum ye..hehe..okla...nanti saya tulis lagi ye...jaga solat...jangan marah-marah ye...=)

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete