Followers

Sunday, February 21, 2010

diari harian: 1st rehlah rx8....



salam..alhamdulillah,dengan keizinan Allah swt,program rehlah kami dapat berakhir dengan jayanya..walaupun bermula agak lewat dari perancangan asal..kami mengadakan rehlah dengan mengadakan aktiviti jungle trekking ke bukit pelindung yang tembus terus ke pantai teluk cempedak...dari hostel,kami mengadakan dua trip untuk sis...ramai kan...guna kereta classmate...ha...jenuh jugakla menunggu sebb saya dalam trip kedua..huhu...kami bertolak dari Uia pukul 8 pagi dan tiba di base mendaki kat bukit pelindung...lama gak duk kat situ coz kena tunggu brothers..haih..hehe..

kemudian,kami berkumpul untuk breakfast jap,baca doa dan divide group...each group consists of 3 or 4 brothers and 9 or 10 sisters....kontra kan?haha...list group saya:
1)hilmi
2)hazwan
3)nazmi
4)saya
5)sarah
6)khadijah
7)afifah
8)aisyah
9)noraidah
10)najwa
11)amaal
12)izzati abdullah

program nie sangat bermanfaat dalam merapatkan ukhwah antara kami dan juga memupuk semangat kerjasama..tetapi..mestilah selari dengan syarak..ada batas-batas yang perlu dijaga..antar syarat yang ditetapkan sebelum program ialah:
1)pakaian mestilah tidak ketat,jarang dan harus melebihi butt untuk bro dan sis
2)jangan berpecah dari kumpulan
3)menjaga batas hubungan sis dan bro...

jadi,bermulalah pendakian kami...huh..sangat memenatkan sebb dah lama tak exercise..huhu..stamina pun dah tak macm zaman sekolah dulu..tapi ok la..tak adala sampai tak larat kan..saya rasa sangat tenang...walaupun bukit tue punyalah curam..hadui.....tapi sempat lagi kitorang bergambar..hehe....








lebih kurang sejam kemudian,kami sampai ke puncak bukit pelidung..alhamdulillah...kami dapat lihat pemandangan hampir keseluruhan bandar kuantan..subhanallah..cantik sangat....kami menulis impian dalam kertas dan tanam impian tue kat puncak bukit..insyaAllah tahun depan,kami akan datang sini lagi untuk tengok sama ada impian tue tercapai or tak..tapi saya tak tulis pun impian saya..hehe..






kemudian,kami bergambar dan bergerak ke laluan lain yang tembus directly to teluk cempedak...kami akan wat BBQ kat sana...perjalanan ke pantai sangat menyeronokkan kerana kami kena meredah hutan..bes sangat...tapi seperti biasa,brothers kena jaga keselamatan sister...hehe..dalam sejam jugak la meredah hutan..kaki saya sakit masa tengah meredah hutan..adui....huhu.....tapi saya teruskan perjalanan..kadang kala kena berhati-hati sebab hutan tue agak curam...

akhirnya,kami berjaya sampai ke pantai teluk cempedak..alhamdulillah,sampai je kat pantai,bebrapa orang kawan saya picit kaki saya...adui..sakit betol..tapi lepas tue ok la cikit...boleh bertahan lagi...thanks to liyana,atikah huda,jihah,bihah,mas n lain2..sayang korang..=)





sampai ke tempat BBQ,kami makan la..lapar betol...kami makan mihun goreng,ayam bakar 2 ketul,sosej dan muffin....sangat menyelerakan...lepas tue ada ucapan sikit dari wakil setiap group and batch leader kami..lebih kurang pukul 2 petang,majlis selesai...sekali lagi kami terpaksa tunggu..maklumla,second trip kan..lebih kurang pukul 3 petang,kami selamt sampai ke UIA..alhamdulillah....then,saya solat n tidur..hehe..penatnya..

ada jugak beberapa peristiwa yang wat saya sedih..tapi tak perlula cite kan...apapun,rehlah nie takkan saya lupakan sebab setelah sekian lama,akhirnya impian saya untuk jungle trekking tercapai....=)

1 comment: