Followers

Thursday, February 18, 2010

do we really love our parents??



salam...saya sebenarnya jenuh jugak berfikir apa yang saya nak tulis kali ini..saya tak nak blog saya ini hanya sekadar blog yang memuatkan diari harian saya..tetapi secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu dan menyampaikan dakawah kepada sesiapa sahaja yang kebetulan ter"view" blog saya nie...

kali ini,saya nak kongsi tentang kisah ibu bapa...do we really love our parents?do we really care 'bout 'em?ask ourself...we can't lie...kadang-kadang saya terfikir..adakah saya anak yang baik?syurga di bawah tapak kaki ibu selagi mana saya belum berkahwin..adakah saya selalu menolong ibu bapa saya?adakah saya tak pernah menyinggung perasaan ibu bapa saya?

tak dinafikan,dalam meniti usia remaja,kebanyakan remaja akan memberontak dan rasa terkonkong...kadang-kadang tanpa disedari,kita membandingkan ibu bapa kita dengan ibu bapa kawan-kawan kita...kita merasakan yang ibu bapa kita ini kolot,tak 'sporting' dan lain-lain...lama-kelamaan,kita mula meninggikan suara pada ibu bapa kita,menjauhkan diri dan setrusnya melukakan hati mereka...

kalu kita perasan,dalam surat khabar,banyak dilaporkan kes-kes anak memukul ibu bapa,ada yang mengabaikan mereka dan lain-lain...cuba kita muhasabah kembali diri kita...apa perasaan kita jika sebaik sahaja kita dilahirkan,ibu bapa kita terus mengabaikan kita..yelah,kos untuk membesarkan seorang anak hingga ke peringkat universiti memakan kos beratus ribu ringgit!...tak percaya??kirala sendiri..hehe..

dalam Al-quran,banyak ayat-ayat yang menekankan tentang kepentingan ibu bapa..antaranya dalam surah Al-isra' ayat 23:"dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.jika salah seorang daripadanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya 'ah' dan janganlah engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik"...

cuba kita renung..berapa kali kita menjawab dengan kasar apabila ibu bapa menyuruh kita melakukan sesuatu..sering kali kita bagi alasan untuk menangguhkan suruhan itu...
contoh: "along,tolong angkat kain kejap"
kita menjawab: "ala..kejapla..nak tengok cite jap..."

walaupun bahasa yang digunakan agak biasa dan normal,tetapi stil berdosa tau sebab kita menangguhkan suruhan ibu bapa kita...ada satu kisah yang dialami oleh salah seorang sahabat nabi..saya tak ingat nama dia..maaf ye...dia berjumpa dengan Rasulullah saw dan bertanya:'aku telah menjaga kedua ibu bapa aku dengan sempurna,memberi mereka makan,membersihkan najis dan pakaian mereka dan menjaga kebajikan mereka,adakah aku telah membalas jasa mereka?'

rasulullah menjawab: "kamu tidak mungkin mampu membalas jasa mereka kerana ibu bapa kamu menjaga kamu dengan kasih sayang dan mendoakan kamu supaya kamu panjang umur dan membesar dengan sempurna sedangkan kamu berniat dan selalu terdetik bila ajal akan datang menjemput ibu bapa kamu'...lebih kurang ginila cite dia...nanti rujuk balik ye..saya pernah dengar je cite nie....

segala apa yang kita buat takkan mampu membalas jasa mereka yang mengandung,melahirkan dan membesarkan kita..lebih=lebih lagi ibu kita yang kedudukannya 3x lebih utama dari ayah kita...

mungkin ada sebahagian dari kita yang merasakan ibu bapa mereka tak sayangkan mereka,mengabaikan kebajikan,terlalu garang dan lain-lain...sahabatku,fikirlah secara positif..anggaplah apa yang berlaku sebagai tarbiyah dari Allah...sentiasalah berbuat baik kepada mereka walaupun ibu bapa kita itu jahat,jahil atau lain-lain..sentiasalah doakan mereka semoga diberi hidayah oleh Allah swt..ingatlah,apapun yang berlaku,mereka tetap ibu bapa kita..tanpa mereka,kita takkan berada di dunia ini...tak kisahlah siapa kita..sempurna atau tidak,sah taraf atau anak luar nikah,sayangilah ibu bapa kita..

sesungguhnya,ganjaran yang besar menanti bagi anak-anak yang soleh...jom muhasabah balik ye...apa yang saya tulis ini,lebih kepada nasihat pada diri saya sendiri...utamakan ibu bapa selepas Allah dan Rasul kita....insyaAllah....=)

No comments:

Post a Comment