Sometimes Allah breaks our spint to save our soul.. He breaks our heart to make us whole.. He sends us pain so we can be stronger.. He sends us failure so we can be humble.. He sends us illness so we can take care of ourselves.. Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us….
Followers
Friday, February 19, 2010
kehebatan wanita muslimah....=)
salam..sempena keberkatan sayyidul ayyam ni,saya nak kongsi tentang kehebatan wanita muslimah...BUKAN kehebatan wanita biasa sahaja ye...sebab apa?kerana saya juga seorang wanita...berniat ingin menjadi wanita solehah...antara hadis yang sering menjadi halwa telinga kita ialah hadis riwayat muslim ini:
"harta yang paling berharga di dunia adalah wanita solehah"
saya sangat menharapkan agar semua wanita yang membuka blog saya ini dapat berniat dan usaha untuk menjadi wanita yang solehah..dan yang lelaki,perbaikilah diri kalian untuk membimbing kami...
wanita..ibarat bunga...kebanyakan bunga,sangat cantik jika dipandang..ada yang wangi bila dicium..ada yang berbau busuk tetapi cantik...ada yang harum tetapi tak menarik...dan ada yang berbau busuk dan juga tak menarik...tetapi...akhirnya semua itu akan layu juga..tidak kekal lama...
bunga yang cantik dan harum= wanita yang cantik dan mempunyai akhlak yang baik dan kebaikan dalaman yang akhirnya menaikkan seri di wajah...disertai ilmu yang sentiasa bertambah..
bunga yang cantik tetapi berbau busuk= wanita yang mempunyai wajah yang cantik tetapi mempunyai akhlak yang buruk seperti dengki,suka mengumpat dan tak pandai menjaga maruah diri,keluarga dan agama...
bunga yang tak menarik tetapi harum baunya= wanita yang tak mempunyai paras rupa yang menarik..tetapi sedap dipandang lantaran mempunyai akhlak yang tinggi..its better than a woman whom are gorgeous with an evil heart...
bunga yang tak menarik dan berbau busuk= mempunyai rupa paras yang tak menarik ditambah pula dengan akhlak yang buruk..
ask ourself....aren't we in one of those types??
ada diantara kita yang merasa rendah diri apabila dikurniakan wajah yang tak menarik...berasa iri hati apabila melihat kawan-kawan yang cantik..walhal,kecantikan luaran itu satu hari nanti akan pudar dimamah usia..apalah gunanya berwajah cantik jika akhlak tidak dijaga...walaupun tak mempunyai wajah yang menarik,perbaikilah akhlak kita kerana lelaki juga amat menitikberatkan akhlak wanita untuk dijadikan isteri...janganlah risau....Allah tak memandang hambaNya melalui kecantikan paras rupa tetapi memandang kita atas dasar taqwa kepadaNya....kecantikan dalaman itu lebih penting daripada luaran..sekurang-kurangnya,kita dapat mengelakkan sifat riak jika dikurnikan wajah yang cantik..BERSYUKURLAH...kerana Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian...
ada yang ckap.."yela...xpela sebb ko cantik..tak rasa apa yang kami rasa"..."kalu tak cantik,nanti tak ada yang nak kahwin ngan saya.."..."aku cantik...takkanlah aku nak kahwin dengan lelaki yang hodoh.."
ada juga yang menggunakan wajah yang cantik untuk menggoda lelaki dan melakukan maksiat..nauzubillah...janganlah kita menjadi bahan bakar api neraka yang terdiri daripada manusia dan batu....
pada pendapat saya,kesemua wanita itu adlah cantik...sebab itu kita wajib menutup seluruh aurat kita kecuali muka dan tapak tangan..kerana apa?secara logiknya,bergoncanglah syahwat lelaki apabila memandang,terpandang aurat seorang wanita yang bukan muhrim walaupun hanya betis,lengan...apatah lagi bahagian yang lain-lain..kasihanilah mereka..bukan senang untuk berjihad melawan nafsu..hanya orang yang mempunyai iman mampu mengawalnya...
ha...jadi,semua wanita itu adlah cantik...=) kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita...sebagi contoh..Rasulullah saw mempunyai pendamping dan penyokong yang setia iatu Saidatina Khadijah...jadi,secara tak langsung dapat meniup semangat baginda untuk terus memperjuangkan Islam..tetapi lihat pula Nabi Nuh a.s...walaupun berdakwah selama 950 tahun,hanya segelintir yang memeluk Islam lantaran isterinya tak menyokong baginda dan tergolong dalam kumpulan kafir...hidayah itu milik Allah..tetapi peranan wanita sebagai pendamping dan penyokong amatlah penting...kan?
oleh sebab tue,Allah dah menetapkan hukum ke atas kita..ada sesetengah pekra yang ditegah oleh Allah pada kita...contoh: kita tak boleh dedahkan aurat,kita tak boleh menguatkan suara,kita tak boleh kemana-mana tanpa mahram,kita tak boleh menjadi hakim...kenapa?kerana Allah mengetahui setakat mana kemampuan kita...biarlah orang yang jahil memandang apa yang kita lakukan amat berat dan mereka ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman khusus untuk wanita....
dalam surah an-nisa' ayat 24 yang bermaksud: "barangsiapa yang mengerjakan amalan yg soleh baik lelaki mahupun wanita sedang dia seorang yang beriman,maka mereka itu masuk ke syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun"....
apa lagi yang kita mahukan selain balasan syurga dari Allah...Allah mengangkat martabat kita sesuai dengan kemampuan kita...wanita yg solehah itu lebih baik daripada 70 orang wali tau..=)
jadi,marilah sma-sama menjadi anak yang solehah, remaja yang berhemah,isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suami,ibu yang mithali dan hamba yang tunduk dan patuh pada perintahNya....amin....
banyakkanlah berzikir dan memujinya...(nasihat kat diri sendiri jugak nie..huhu..)..
ok....salam sayang....
i'm going to be a little bit busy after this.....
Labels:
renungan dan muhasabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kite semua mmpunyai rupa paras kerana manusia adlh sebaik2 ciptaan Allah..berbanggalah..hu3
ReplyDelete