salam...saya terdetik untuk menulis tentang kes yang menggemparkan negara baru-baru nie...jumlah kes pembuangan bayi di negara kita semakin meningkat..yang terbaru membabitkan seorang bayi yang baru dilahirkan yang dibuang ke dalam tong sampah sebelum di bakar..sangat kejam! bayi itu ditemui dalam keadaan separuh rentung dengan sebahagian anggota badn telah bercerai dari badan...sebelum itu,kita dikejutkan dengan penemuan mayat bayi yang telah dihurungi semut..ya Allah...siapakah yang sangat melakukan jenayah sekejam itu...layakkah digelar manusia?sedangkan binatang sendiri sayangkan anak-anaknya....kenapa manusia menjadi sekejam itu?
jika difikir secara logik,mustahil ibu bapa yang berkahwin secara sah akan membuang bayi mereka sendiri...kerana anak merupakan impian dan anugerah yang tak ternilai bagi setiap pasangan yang berkahwin..anak sebagai penyejuk mata dan penenang hati..tetapi..kenapa ada bayi yang dibuang??hal ini sebenarnya merupakan natijah daripadaa hubungan zina seorang lelaki dan perempuan...disebabkan mahu menutup malu,anak yang tak berdosa menjadi mangsa...
zina merupakan salah satu dosa besar..jangan ditambah dengan satu lagi dosa yang besar iatu membunuh....jangan jadikan bayi itu sebagai mangsa...ada yang menggunakan alasan mahu mengelak aib bagi bayi itu apabila dewasa kelak..kerana ramai yang memandang sinis pada anak luar nikah...ini merupakan persepsi yang wajar diubah..janganlah kita memandang anak-anak ini sebagi anak yang kotor dan menghukum mereka atas kesalahan ibu bapa mereka...
bertaubatlah...semoga kita dijauhi dari penyakit hati yang sentiasa dengki...janganlah kita menurut hawa nafsu kerana akibat yang buruk bakal berlaku..bayi yang dilahirkan merupakan amanah dari Allah..bukan semua orang mampu mempunyai zuriat...jika tak mahu membesarkan bayi itu,hantarlah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat..jangn dibuang di mana-mana...kesiankanlah mereka..so helpless and weak...
sebenarnya apa yang berlaku membuktikan bahawa umat Islam semakin rosak rohaninya..zina bermaharajalela...pembuangan bayi makin meningkat membuktikan akhlak kita makin merudum...membuktikan sinar iman makin hilang dari hati setiap muslim...Islam mengajar kita supaya sentiasa melindungi anak-anak kecil dan wanita..tapi hari ini..apa yang berlaku adalah sebaliknya...betapa kita telah jauh terpesong dari jalan Allah swt...
apa yang kita mampu lakukan?adakah hanya berpeluk tubuh dan mengutuk mereka yang melakukan dosa?adakah hanya mengambil langkah berkecuali?saya terfikir..apakah yang dapat saya sumbangkan untuk membantu saudara-saudara saya ini.....sama-samalah kita muhasabah..sama-samalah kita menegakkan amar maaruf nahi mungkar...kerana tak mustahil satu hari nanti..mungkin kita ataupun keluarga kita..sahabat-sahabat kita mungkin terjerumus ke kancah yang tidak sihat ini...
marilah mulakan langkah pertama dengan membina fardhu muslim..iatu membaiki diri kita sendiri supaya menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah..istighfarlah...semoga kita tak terpengaruh dengan godaan dan hasutan barat...insyaAllah...
No comments:
Post a Comment