salam...saya baru selesai menghadiri seminar world's story di auditorium kulliyyah of medicine UIA....program bermula pada pukul 8.30 pagi sampai 2 petang..walaupun agak penat sebab malam tadi terlibat dengan program lain,alhamdulillah saya diberi kekuatan untuk hadir jugak ke majlis ilmu ini...apa yang saya nak kongsi nie mungkin agak 'high level' untuk adik-adik yang view blog nie..tapi kalu ada persoalan,tanyalah ye...
seminar ini disampaikan oleh salah seorang pendakwah yang terkenal iatu Ustaz Pahrol mohd Juoi...saya meminati karya penulisan beliau di majalah SOLUSI dan juga blog beliau..sepatutnya seminar ini turut dihadiri oleh seorang lagi pendakwah terkenal iatu ustaz zahazan dan salah seorag vokalis Raihan tapi mereka tak dapt hadir atas sebab yang tak dapt dielakkan..
seminar ini mengisahkan tentang kisah dunia...bagaimana kita sebagai manusia melaluinya...seperti yang kita tahu...dua tanggungjawab utama kita dicipta ialah sebagai khalifah di muka bumi ini dan juga beribadah kepada Allah swt...sifat-sifat seorang khalifah ialah:
1)memberi kebaikan bagi diri sendiri
2)memberi kebaikan pada orang di sekeliling
3)memberi kebaikan pada kwasan sekitar...
kami juga membincangkan tentang dilema melayu-Islam....kita menjadi mundur..kenapa?kerana kita tak menggabungkan fikir dan zikir...fikir berkait rapat dengan penggunaan akal manakala zikir berkait rapat dengan dalaman dan hati kita..ia penting untuk melahirkan mukmin yang professional iatu orang yang kukuh pegangan agamanya di samaping mempunyai akal yang cerdas..hanya dengan cara itu,Islam akan kembali gemilang...
kita sebenarnya terlepas pandang tentang sifat wajib bagi Rasulullah saw yang sebenarnya telah pun mempraktikkan FIKIR + ZIKIR ini...FIKIR dapat dilihat melalui gabungan dua sifat wajib Rasulullah saw iatu Siddiq(membenarkan) dan amanah manakala sifat ZIKIR pula melalui gabungan Tabligh(menyampaikan) dan Fatonah(bijaksana)...
jika kita hanya menggunakan akal fikiran,nescaya kita akan punah dan dipergunakan..jika kita hanya menggunakan zikir,nescaya kita takkan maju...
satu lagi contoh yang menarik minat saya ialah apabila Ustaz menggunakan contoh peristiwa Israk dan Mikraj untuk aplikasi FIKIR + ZIKIR ini..sebelum rasulullah saw menaiki buraq' yang boleh dianggap sebagai teknologi yg paling canggih(datang dari penggunaan akal), Jibrail telah membasuh hati Rasulullah saw untuk membersihkannya..
jadi,sebelum menggunakan akal fikiran,hati perlulah bersih supaya kita tak dikawal oleh akal fikiran kita...tetapi,apa yang berlaku hari ini adlah sebaliknya..remaja-remaja yang kotor jiwanya menjadi mangsa teknolgi...penyalahgunaan internet,pornografi dan lain-lain kian meruncing..nah,jadi,mukmin yang professional tak akan lahir....
kesimpulannya,untuk menjadi mukmin yang professional,kita hendaklah mendekatkan diri pada Allah..menjaga hubungan kita denganNya,dengan manusia....dan juga mempelajari ilmu-ilmu iatu ilmu wahy(fardhu ain) dan juga ilmu fardhu kifayah(sains,sejarah,matematik)....
selain pada itu,hendaklah sentiasa memperbaiki diri kita..menurut imam al-ghazali:
"kejahatan itu ibarat akar pokok..jika tidak dicabut atau dibuang,ia akan makin mendalam dan makin kuat"...
me must ensure the quality of our heart and the quantity of our material..insyaAllah...
No comments:
Post a Comment