salam...tadi saya baca paper hari ini..terkejut bila baca tentang kematian syafia humaira yang baru berumur 3 tahun akibat didera...astaghfirullah...siapa yang sanggup melakukan penganiayaan pada insan kecil ini?? bila saya lihat gambar arwah,lagila sedih..comelnya dia....ya Allah..kesiannya dia....laporan bedah siasat menyatakan bahawa punca kematiannya adalah disebabkan oleh kerosakan pada buah pinggang dan kecederaan di kepala dan juga kulit...menurut saksi,kanak-kanak malang ini telah dipijak di perut,ditendang,ditampar berkali-kali selain terdapat kesan cucuhan puntung rokok di badannya...
ya Allah..kejamnya manusia hari ini..BINATANG pun tak sanggup memukul anak-anak mereka..apa geleran yang paling layak untuk mereka ini??apa perasaan mereka jika hal ini terjadi kepada ahli mereka sendiri..teman lelaki kepada ibu kanak-kanak ini telah ditahan kerana disyaki melakukan jenayah kejam ini...
walaupun pelik jugak takkan la tiada seorang pun yang perasan tentang kesan cucuhan rokok di badan kanak-kanak ini..tapi...biarla...harpa sama-sama dapat ambil iktibar...jangan disebabkan sayang pada seorang lelaki yang bukan muhrim dalam keadaan masih menjadi isteri orang,anak tak berdosa menjadi mangsa....
No comments:
Post a Comment