Sometimes Allah breaks our spint to save our soul.. He breaks our heart to make us whole.. He sends us pain so we can be stronger.. He sends us failure so we can be humble.. He sends us illness so we can take care of ourselves.. Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us….
Followers
Tuesday, March 2, 2010
penatnya......
salam..pernah tak kadang-kadang korang rasa penat sangat-sangat dengan jadual hidup korang?sampai satu tahap,korang jadi malas nak buat semua perkara,tanggungjawab atau apa-apa kerja dan hanya baring memejamkan mata?kerana apa?sebab PENAT....
huh..perasaan nie pernah berlaku pada saya...ada satu tahap saya merasakan hidup ini terlalu sukar,memenatkan dan langsung tak seronok...penuh dengan jadual,tanggungjawab dan kerja yang MESTI dilaksanakan....sebagai contoh,jadual harian:
6.00 pagi-bangun subuh
7.45pagi-5.00petang-berada di kelas/lab
8.00malam-meeting/kerja
11.00malam-baru nak start study..
2 pagi-baru tido
jadual ini tak termasuk aktiviti harian lain contohnya basuh kain.lipat and iron baju,kemas bilik,outing dan lain-lain....belum dicampur dengan halaqah dan aktiviti batch lagi menyebabkan dalam sehari,kita rasa kurang masa rehat...huh..sangat memenatkan...kononnya,hari minggu nak berehat,tetapi still ada aktiviti lain contohnya join program,seminar,kerja dakwah dan lain-lain..tak campur dengan study lagi tue..huhu
memang memenatkan...mood study pun makin merudum...arghhh..penatnya hidup nie..tak nak la hidup lagi..kenapa langsung tak boleh nak relax??kenapa banyak sangat tanggungjawab??
ha....sebab manusia adalah khalifah di muka bumi ini....dan juga sebagai hamba Allah di bumi nie..khalifah nie adalah pemimpin..kira macam perdana menteri la...dah namanya perdana menteri,mestilah banyak tanggungjawab kan??jadi,kenalah laksanakan...
tapi kenapa banyak sangat kerja?sebb dunia ini adalah ujian...jadi,hidup ini pun adalah ujian...ada ke ujian yang senang?tak ada kan?jadi samalah dengan hidup ini..nak menguji sejauh mana kesabaran,kekuatan dan pergantungan kita pada Allah..dan menguji kemampuan kita menjalankan amanah Allah...kita manusia,sanggup berjanji untuk menjadi khalifah walaupun malaikat,jin dan makhluk-makhluk lain tak sanggup memegang amanah tue...
tapi takkan la langsung tak boleh nak rehat?baru je nak rehat,dah datang ujian yang lain....hm..selagi mana kita bernafas di dunia ini,selagi itulah kita akan terus diuji...kalau dihitung,tanggungjawab kita melebihi masa yang telah diperuntukkan untuk kita..jadi mana mungkin kita dapat berehat..
ada yang berpandangan dengan mengambil langkah menjadi seorang pelajar yang pasif,banyak masa yang ada untuk berehat,jadi,kuranglah ujian...hm...silap tue..bila banyak masa lapang,lagila senang ujian itu bertamu...ujian rasa malas,keseronokan dunia,berangan-angan dan lain -lain akan mendampingi kita...
bila kita menjalankan usaha dakwah,lagilah hebat ujiannya...iyelah...nak menegakkan amar makruf nahi mungkar,bukanlah senang....tetapi banyak caranya...berjihad untuk menegakkan agama Allah juga harus dilakukkan..banyak caranya seperti melalui taalim,penyampaian dan lain-lain...Rasulullah bersabda:
"barangsiapa mati padahal dia tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat untuk berjihad,maka matilah dia seperti jahiliyyah"...
jihad ada banyak jenis..yang paling penting ialah jihad memerangi hawa nafsu memandangkan banyak perkara yang boleh menaikkan dan menarik nafsu kita pada hari ini..menuntut ilmu juga adalah salah satu cabang jihad...semua mampu kan?kalau kita tak mampu nak mengangkat senjata mempertahankan Islam di medan perang,tentu kita mampu menuntut ilmu kan?
semua muslim mesti berjihad..bukan hanya yang berkopiah,bertudung labuh dan banyak ilmu je...sekurang-kurangnnya,niatlah untuk berjihad..sesungguhnya Allah menyukai hamba yang berjihad di jalanNya...ingatlah,dunia ini adlah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir..jadi,sama-samalah usaha ye..jangan mengeluh..laksanakan semua tanggungjawab dengan ikhlas supaya ada ganjarannya di sisi Allah..insyaAllah..
Labels:
renungan dan muhasabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment