Followers

Thursday, April 22, 2010

akhlak muslim kian menjunam...


salam....alhamdulillah,ada lagi idea dan pandangan untuk dikongsi...ini cuma pandangan dan pemerhatian saya..bukan ada bukti saintifik pun....hehe...kalau kita baca dalam akhbar,setiap hari ada je kes rogol,cabul,zina,buang bayi,rompakan,rempit dan lain-lain..tapi kali nie,saya nak tekankan tentang kes rogol yang berlaku di sebuah sekolah..kes rogol tue berlaku dalam kelas dan pada waktu rehat...try teka berapa umur perogol tue??hanya 14 tahun....ya Allah...apa nak jadi..di mana silapnye...

yang lebih malang,pelajar perempuan tue bkan sahaja dirogol,tetapi kemaluannya turut ditusuk dengan pensel...mangsa langsung tak sedar apabila doktor yg merawat memberitahu mangsa tentang kejadian tue...bak jatuh ditimpa tangga,mangsa disahkan mengandung sebulan....kesian kat dia..saya pelik..macam mana peristiwa tue boleh berlaku dalam kelas...saat pelajar2 lain keluar rehat....sekolah tue tempat untuk menuntut ilmu..bukan tempat maksiat...sama-sama renungkan..

teringat jugak perbualan saya dengan guru di sekolah lama saya yang terkilan dengan akhlak pelajar yang tak sampai pun umur 15 tahun tapi telah dicekup kerana berzina di dalam stor tepi dewan sekolah lama saya..saya terkejut..dulu,masa saya masih bergelar pelajar,tak pernah terdetik pun utk melakukan perkara terkutuk tue..bukan setakat saya,langsung tak da di klangan kami yang buat perkara tak senonoh tue..bukanla tak ada pelajar yang nakal..kes ponteng sekolah dan merokok memang ada..tapi kes membabitkan perkara begini tak pernah wujud...bukti..bahawa akhlak muslim kita hari nie makin teruk....

teringat pulak bila akak saya bercerita tentang salah seorang pesakit lelaki yang baru berumur 7 tahun...dia menjadi mangsa dera bapa kandungnya..mula-mula saya kesian kat dia..tapi lepas akak saya cerita tentang perangai budak tue,saya terkejut..boleh bayangkan tak..budak umur 7 tahun dah pandai nak bunuh diri(nak terjun dari tingkat 8 bgunan hospital),menendang doktor pakar,kurang ajar,menendang perut kawan akak saya yang juga seorang nurse yang tengah mengandung 6 bulan,menconteng dinding hospital dan meraba nurse-nurse kat dlam wad...saya terkejut...bila diteliti,ibu dan ayah budak nie dah bercerai dan dia dijaga oleh ayahnya sementara ibunya berkahwin lain..ayahnya dah ditahan sebab mendera..tapi ibu budak nie langsung tak nak jaga budak nie...budak nie turut gemar berckap lucah selain memberitahu nurse yang kakak dan abangnya gemar bermain 'rogol-rogol'...sekali lagi dorang terkejut...budak umur 7 tahun dah pandai tentang perkara-perkara macam tue..siap boleh explain in detail lagi...

saya terkejut..ya Allah..kalau tak dibendung,apa agaknya yang akan berlaku 10 tahun akan datang??saya berfikir..kalau ditakdirkan saya berkahwin dan mempunyai anak,apa cabaran dunia yang bakal dilalui oleh anak-anak ini pada masa depan??gerun pulak rasanya.....

apa puncanya?hm...banyak sebenarnya..pengaruh barat,tv,kwan2,cara hidup dalam keluarga,kurang pegangan agama,peranan ibu bapa.....sama-samala amik iktibar..kita ada abang,adik,kakak,mak,ayah..sama-samalah kita usaha untuk membimbing dan menjaga mereka semampu yang boleh...supaya kita dijauhi dari semua perkara nie...kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar..Islam itu agama yang fitrah...sesuai untuk manusia...dalamilah ilmu agama supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus...insyaAllah...

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Segala masalah ini adalah berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Ia adalah bala.

    Jemput: www.faridrashidi.com

    ReplyDelete
  2. ustaz farid rashidi:
    w,salam...betol..saya setuju..ada satu ayat Quran yang ada cakap pasal nie kan..cuma saya tak tahu ayat dan surah apa..sebab saya bukan seorang hafizah...cuma berusaha menjadi lebih baik..

    bila manusia jauh dari jalan Islam,banyak kerosakan dan kemusnahan akan berlaku...apatah lagi bila nafsu mengatasi akal...akhirnya,bala pun berlaku..sebagai peringatan pada kita...

    ReplyDelete