Followers

Friday, April 16, 2010

hebatnya Allah !!!....=)


salam..sebenarnya idea tentang tajuk post saya kali nie datang masa musim exam..tapi terpaksa dipendamkan sebab nak fokus examla kononnya..hehe..nape saya terfikir tajuk nie?hm..sebab masa tengah study biochemistry,microbiology...tah kenapa saya terfikir betapa agungnya kuasa Allah...setiap yang dicipta sangat unik dan complicated..ada ciri-ciri tersendiri..ada kelemahan dan kelebihan tersendiri...

sebagai contoh,dalam subjek microbiology,kami belajar tentang hidupan yang tak nampak melalui pandangan mata kasar manusia..kami belajar tentang bakteria,virus,fungi dan lain-lain..bakteria ada pulak dua jenis,prokaryote and eukaryote...ada bakteria yang berbahaya only at certain condition..ada yang pada mulanya bahaya tapi boleh berubah menjadi non-toxoid...ada yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti bakteria Ascaris lumbricoides, Traponoma pallidum, Neisseria Meningitidis dan lain-lain..masa exam?ya Allah..rasa nak pecah kepala nak kena hafal semua nama,kriteria for all those things...tapi saya terfikir..subhanallah..hebatnya Allah yang mencipta semua nie..kita langsung tak nampak melalui pancaindera kita,tapi semua tue wujud...apa yg kita dapat belajar?ha...belaja bahawa ilmu kita nie hanya setitik daripada sebuah lautan yang luas..sedangkan ilmu Allah tue lebih daripada 7 lautan yang luas...besar kan bezanya??

masa tue saya terfikir..adui..complicatednya..setiap jenis nematode,trematode,cestode ada ciri2 yang membezakan dorang...hebatkan?kita hambaNya takkan dapat mengatasi kuasa Allah...

then,saya study pulak subjek biochemistry..one of the most tough subject i guess..huhu..dalam subjek nie,we learn about all systems that occurred in our body..contohnya..bila kita berpuasa, proses glycolysis dan glucogenolysis akan berlaku..kalau berpuasa sampai berminggu-minggu,ketone bodies pun akan bertindak utk menjaga keseimbangan badan kita..bila kita dalam keadaan normal @ fed state, proses gluconeogenesis dan glycogenosis akan amik bahagian..belumcampur peranan hormon dalam badan kita seperti insulin,glucagon,lipase,pepsin dan lain-lain...

kami jugak belajar tentang absorption and diffusion of carbohydrate, fat, amino acid, protein..ya Allah..pening jadinya..setiap yang kita masukkan ke dalam badan kita,ada sistem yang akan mengawalnya...hebat kan Allah?mana mungkin kita manusia,mampu mencipta sistem yang sebegitu rumit dan of course kita x perasan pon..belom campur tentang organ dalaman yang terdiri daripada bebrapa lapis..kenapa ada organ yang ada rugae,pilli dan lain-lain...

semuanya di bawah kekuasaan Allah..masa tue saya terfikir..ya Allah...hebatnya Allah...sedangkan ilmu yang hanya sedikit nie pun,kita dah rasa nak pecah kepala...dalam Al-quran pon,ada banyak bukti-bukti yang Allah tunjukkan pada kita..cuma kita yg tak sedar..antaranya:

1) lebah:"..buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia.kemudian makanlah dari segala(macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yg telah dimudahkan (bagimu)."dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yg bermacam-macam warnanya,di dalamnya terdapat ubat yg menyembuhkan bagi manusia.sungguh, pada yg demikian itu benar2 terdapat tanda(kebesaran Allah) bagi orang yg berfikir."(An-nahl:68-69)

2)"dan apakah orang2 kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu,kemudian kami pisahkan antara keduanya dan kami jadikan segala sesuatu yg hidup berasal dari air,maka mengapa mereka tak beriman?"(al-anbiya':30)

ok..cukuplah tue..hehe..boleh je rujuk Al-quran tafsir nanti..banyak bukti2 kehebatan Allah ditunjukkan dalam mukjizat agung nie..ok la...semoga kita dapat sama2 amik iktibar...=)

1 comment:

  1. wah,anda telah mengajar sye bio mlm ini..dan keajaiban didlm bio..thanks =)

    ReplyDelete