Sometimes Allah breaks our spint to save our soul.. He breaks our heart to make us whole.. He sends us pain so we can be stronger.. He sends us failure so we can be humble.. He sends us illness so we can take care of ourselves.. Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us….
Followers
Friday, June 18, 2010
di sebalik pembuangan bayi....
salam...saya nak berkongsi cerita tentang di sebalik kes pembuangan bayi yg semakin mendapat perhatian semua...semua orang mengutuk tindakan membuang bayi tapi jumlah kes buang bayi tetap meningkat kan?jadi...saya berfikir...apa yg ada di sebalik pembuangan bayi?kenapa masih meningkat?
first..cuba letakkan diri kita pada tempat wanita yg mengandung luar nikah..kenapa dorang nak buang anak yg dilahirkan?kenapa?kita selalu mengatakan "kenapa nak tambah lagi dosa dengan membuang bayi yg tak berdosa tue"..kan?tapi sejauh mana kita betul2 menghayati istilah 'bayi yg TIDAK BERDOSA' tue??
jom kita flashback...ok..wanita yg melahirkan bayi luar nikah mengambil keputusan utk membuang bayi tue kerana malu dengan tohmahan masyarakat dan bimbangkan masa depan bayi tue....kenapa dengan tohmahan masyarakat?ha...kita cakap je 'jgn tambah dosa dengan buang anak..bayi tue tak berdosa..' tapi...kita sendiri yg memandang serong dan mendiskriminasi anak-anak luar nikah...kita mengumpat,mencaci,menghina memulaukan kelurga bayi luar nikah tue dan lain-lain....betol kan?
wanita yg mengandung luar nikah berada dalam keadaan tertekan bila fikirkan semua tue...bila anak luar nikah dilahirkan...dalam surat beranak bayi nie,tak boleh diletakkan nama bapa kerana bayi tue lahir TANPA nikah...cuba bayangkan tohmahan yg bakal diterima oleh bayi nie bila mula bersekolah kelak?apatah lagi bila nak berkahwin....
ye...sikap masyarakat sendiri sebenarnya menyumbang kepada peningkatan kes buang bayi..selain daripada faktor-faktor lain...kesimpulannya,kita wajar muhasabah balik diri kita...sikap kita....jangan hanya berkata-kata tanpa ikhlas dari hati...bayi tue memang tak bersalah..seperti contoh,bila wanita yg mengandung luar nikah dibawa ke hospital utk bersalin,sebahagian daripada petugas memaki hamun,menghina wanita itu dan menjalankan tanggungjwab mereka dengan ala kadar je..ye..memang kita rasa marah,geram kerana mereka mengandung anak luar nikah,tetapi wajar ke kita nak menghukum mereka secara membabi buta?ISLAM dah bagi banyak jalan penyelesaian..tetapi,kat negara kita memang tak nak guna undang-undang ISLAM...
selain tue,sikap tak bertanggungjwab family apabila berdepan dengan masalah seprti ini..wanita yg mengandung luar nikah itu dipulaukan..menyebabkan mereka mengambil jalan pintas dengan membuang bayi..mereka merasakan yg mereka keseorangan..tiada siapa yg sudi membantu mereka utk kembali ke pangkal jalan..ingatlah,semua manusia melakukan kesilapan...jangan kita menghukum sesama kita dengan sesuka hati..kerana ALLAH itu MAHA PENGAMPUN.....=).harap kita dapat muhasabah...
Labels:
rencana,
renungan dan muhasabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam .
ReplyDeleteHuraian yang agak menarik. Semua patut mengambil iktibar dan memikirkan apa yang diutarakan. Mungkin ia memberi sedikit penyelesaian terhadap masalah pembuangan bayi. Namun masalah buang bayi, termengandung dengan jalan tidak sah itu, dan apa-apa yang berkaitan dengannya ada penyelesaian tuntas yang wajib dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat,iaitu Firman Allah yang bermaksud , "Jangan kamu hampiri zina." Pemerintah dengan kuasanya, menutup segala jalan yang membolehkan orang menghampiri zina. Begitu juga ketua2 masyarakat ada peranan yang juga perlu dilaksanakan. Sehingga ibu bapa tidak terkecuali wajib menutup pintu2/jalan anak2 mereka dari menghampiri zina. Dan tidak kurang penting peranan setiap individu wajib mematuhi perintah Allah itu.
Yakinlah Allah menciptakan kita , maka pastilah Allah Maha Mengetahui penyelesaian terbaik bagi semua makhluk yang diciptakanNya.
Wallahu'alam.
betul jgk ckp husna ni. msyrkt kita lagi memburukkan keadaan. wpun mrk dah terlanjur, tp kalau kita terus memaki hamun, lpas tu attendant2 hosp mengamalkan double standard krn keterlajuran mrk itu, kalo aku di tmpt mrk pun (nauzubillahi min zalik) aku malu, rasa mcm nak bunuh diri dan anak tu je. sbb mcm husna kata, rasa sgt berseorangan. x de sape nak tlg kita yg tersalah. habis tu mcm mana la mereka nak bertaubat? terbantut niat mrk, gara2 msyrkt x nak bg peluang kedua. kita kene mencontohi Allah Taala dan rasulNya, mcm husna ckp gak. berusaha memahami, dan memaafkan.
ReplyDeletepakcik huzazi :betul...wajar kita mengelakkan daripada terjerumus dan menghampiri zina...supaya dapt elak dari berlaku masalah yg lebih rumit
ReplyDeleteummu hurairah: ye..betol2...kita suka sangat menghukum secara membabi buta...
Bagus, kupasan yang menarik!
ReplyDeleteKesimpulannya, buang bayi ni berpunca daripada gejala zina. Nak tangani isu buang bayi kena tangani isu zina.
Kita boleh bahagi kepada 3 fasa:
1. Sebelum
2. Semasa
3. Selepas
Fasa sebelum zina, macam yg hafiz cakap.
Husna dan ummu huraira cakap berkenaan selepas zina.
Semasa, maksudnya dah dekat2... hanya bergantung kepada iman sendiri je.
Macam kisah 3 orang terperangkap dalam gua kerana ditutup dengan batu besar kat pintu gua tu. Salah seorangnya menceritakan kisah diri yg betul2 dah dekat nak buat zina. Tapi bila yg perempuan sebut perkataan Allah je, terus lelaki tu takut.
Saya suka cara mengatasi berkaitan dengan fasa sebelum zina. Golongan yg bercouple berpotensi utk berzina. Seharusnya mengelakkan diri dari cinta sebelum kahwin. Tapi, bagi mereka yang dah bercouple, tentu susah utk berpisah. Jadi, apa tindakan kita sebagai kawan?
Dapatkan jawapannya di sini...hehe... :-
http://syahrirfarmasi.blogspot.com/2010/05/menangani-isu-buang-bayi.html
hehe...bro syahrir: saya da baca post nie kat blog bro...saya sangat setuju dengan 3 fasa tue...semuanya penting...memang golongan bercouple sgt berpotensi tetapi ramai yg cuba menidakkan realiti....
ReplyDeletesaya pernah bercouple..sebelum saya tahu couple tue haram sbb menghampiri zina..ada rasanya tulis kat post sblum nie...n memg hadapi dugaan yg cukup besar utk berubah dan istiqmah...sbgai kawan,kita boleh nasihat,bagi sokongan...sbb kadang2 kita nasihat dan bila kawan yg bercouple nak berubah,kita lepas tangan....