Followers

Friday, June 4, 2010

wanita bekerja?


salam..seperti yg dijanjikan, saya nk menulis tentang wanita yg bekerja..sebenarnya,saya dalam dilema..yela..selama ni,sy rancang nak belaja,then keje dan tolong family.tapi,sejak kebelakangan nie,saya sering terfikir,boleh ke wanita bekerja?tak pe ke?saya ada baca beberapa buku dan tanya pendapat ustaz,kawan-kawan dan mak angkat saya.jadi,saya cuma nak berkongsi je dengan semua.mungkin ada juga yang beranggapan yg saya ni kolot walaupun belajar kat IPTA..apapun,kita kongsikan bersama ye..=)

pada pandangan saya,wanita boleh bekerja jika menepati syarat-syarat yg telah digariskan seperti:

1)terdapat keperluan utk keluar bekerja dan kerja yg dilakukan mestilah sesuai dengan fitrah wanita..bukanlah kerja yg menggunakan tenaga yg kuat macam buruh kasar ke...dan mestilah kerja tue tak mendatangkan fitnah.

2)mesti menutup aurat dan menjaga perbatasan hubungan dengan lelaki yg bukan mahram..elakkan berdua-duaan..

3)mendapat izin daripada wali dan suami

4) kerja yg dilakukan tak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan keluarga.

5)niat utama bukanlah utk keseronokan dan menyaingi lelaki dan kalau boleh,bersifat sementara sahaja..

memandangkan saya seorang pelajar farmasi dan memgang biasiswa JPA,saya telah mengikat kontrak bekerja dengan kerajaan selama 6 tahun dan housemanship(pre-registered pharmacist) selama setahun..jadi,saya perlu bekerja..lagipun,saya menjadi harapan keluarga utk mengubah nasib keluarga saya yg agak susah..

tetapi,melalui pembacaan,saya rasa tempat wanita yg paling sesuai adalah di rumah..menguruskan rumah tangga..mendidik anak-anak..menurut Sheikh Prof Dr Md 'Uqlah,wanita diberi kedudukan mulia utk mencorak dan mendidik pemimpin masa depan tapi ramai di kalangan wanita yg memandang rendah tentang tanggungjawab nie..

sebab...tanggungjwab mencari nafkah terletak pada bahu lelaki..sebab lelaki diberi kelebihan dari segi fizikal dan mental..lagipun,bila fikir-fikir balik,kan lagi bagus kalau kita yang memasak,menguruskan anak-anak dan lain-lain..biar anak-anak dan suami makan daripda air tangan kita...dan terlalu banyak ganjaran pahala utk kita bila kita menguruskan rumah tangga..

ada hadis yg berbunyi:
Rasulullah saw bersabda:"tiada seorang pun yg makan lebih baik daripada orang yg makan dari hasil tangannya sendiri."

ada jugak hadis dhoif:
Rasulullah saw bersabda:"sesiapa yg tidur dengan keletihan drpda kerja tangannya sendiri,ia tidur dalam keadaan yg diampunkan oleh Allah swt"

secara jujurnya...kalau boleh,lepas habis kontrak dgn kerajaan,saya bercadang nak berhenti kerja..dan fokus pada rumahtangga(kalau kahwin la..hehe)..hm..tak rugi ke dengan ijazah?penat-penat belaja..hm...saya belajar utk tambah ilmu..boleh guna ilmu utk didik anak-anak kan..atau saya bukak je pharmacy sendiri,mintak org lain handle..hehe..

tapi..bagi saya,kerja sebagai pharmacist sesuai dengan wanita kot..sebab waktu kerja adalah waktu pejabat,jarang on call..cuma..saya nak bantu family saya...tengoklah macam mana...boleh je bekerja dan at the same time,masak dan buat semua kerja rumah..tetapi mestilah dengan bantuan suami..kena saling bertolak ansur..sebab taraf hidup hari nie,makin tinggi kan..ada je sahabiah zaman Rasulullah saw yg bekerja bila kerjayanya diperlukan sbagai contoh:

1)Rufaidah (doktor)
2)Ummu Atiyyah(pengurus jenazah wanita)
3)Ash-shifa'(auditor syariah)



cuma..saya terfikir...ada beberapa perancangan yg saya dah rancang...saya nak bina keluarga Islam...dan bukan mudah...kalau perlu saya berhenti kerja semata-mata utk mendidik anak-anak berlandaskan acuan Al-Quran,saya akan buat...kadang-kadang rasa macam over the limit je bila saya dah plan masa depan...tahla..dunia makin mencabar...sangat payah nak mengamalkan hidup cara Islam...

tengoklah perancangan Allah macam mana..=)

2 comments:

  1. salam husna. dah lama nak baca post husna yg ni, tp x terbaca2. hmm, saya setuju, peranan wanita mmg paling sesuai di rumah. bukanla duduk rumah goyang kaki je, tp duduk rumah uruskan hal2 'kerajaan' rumah la. betul tu, ramai wanita yg anggap kedudukan sbg 'pengurus rumah' ni lekeh, kecik, remeh, kolot kot, mcm husna kate. tp mrk x sedar, kita x sedar, betapa pentingnya kedudukan tu sebenarnye. wanita = isteri + ibu. kalau lelaki kita lihat hebat n brpengaruh sbg pemimpin negara yg besar, kenapa x lihat kpd mrk yg membesarkan, mendidik, malah melahirkan mrk2 yg kita kagumi sbg berpengaruh itu? knp tidak melihat beyond kehebatan lelaki2 yg berpengaruh/berkuasa itu? itulah kita..asyik2 nmpk yg zahir. yg diblkg tabir, ibu yg membesarkn dan mendidik anak2 itu, x nmpk dah. tp, ibu tu siapa? bukan pompuan ka? ish3... tp la ni dah ada lelaki 'melahirkan' anak..gila betol manusia skrg..(geleng2 kepala)

    ReplyDelete
  2. hm...betol...maklumlah,skrg nie kan era globalisasi....wanita cuba nak bersaing supaya setaraf ngan lelaki..sedangkan peranan wanita tue penting utk menghasilkan zuriat yg soleh..tak salah bekerja asalkan tahu batas dan mana satu keutamaan kita....
    bab lelaki 'melahirkan' anak...akhlak manusia makin menjunam sbb tak amal Islam....

    ReplyDelete