Sometimes Allah breaks our spint to save our soul.. He breaks our heart to make us whole.. He sends us pain so we can be stronger.. He sends us failure so we can be humble.. He sends us illness so we can take care of ourselves.. Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us….
Followers
Friday, July 23, 2010
teruskan berbuat baik...
salam...saya tengah meluangkan masa membaca beberapa buku ilmiah utk menambah ilmu di dada...dan tiba-tiba rsa nak menulis lagi...lagi-lagi apabila berkaitan dgn masalah yg saya alami sendiri..
pernah tak kita rasa serba salah...kita berusaha utk memperbaiki diri kita dgn memperbaiki akhlak,ibadah dan lain-lain..tapi kadang-kadang kita lalai..kadang-kadang kita mengulangi kembali kesilapan lama kan...sebagai contoh,sebelum nie kita perbaiki ibadah kita dgn melakukan ibadat sunat..tapi,satu hari,kita rasa malas sangat nak buat..terus ambil keputusan utk berhenti atau mengelak daripada melakukan amal tue...dan jauh dalam sudut hati kita,kita berfikir..
'ya Allah..kenapa aku jadi macam nie'
'kenapa aku malas sangat nie..'
'kenapa rasa aku jahat sgt nie...'
kadang-kadang rasa segala amal kebaikan yg kita lakukan tue tak ada maknanya memandangkan kita masih mengulangi dosa-dosa lalu...tapi,ketahuilah...TERUSKANLAH BERBUAT KEBAIKAN WALAUPUN DIRI MASIH SUKAR MENGHILANGKAN KELALAIAN DAN KEBURUKAN..
ingin saya kongsikan dua kisah yg pernah dipesan oleh Imam Ghazali apabila muridnya bertanya:
"tuan,bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?"
lalu Imam Ghazali menjawab:
"teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat drpada berkata-kata yg kotor dan sia-sia"
satu lagi kisah yg pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Rasulullah saw tentang seorang yg mengerjakan solat tetapi masih mencuri.lalu Rasulullah menegaskan solat org itu lambat laun akan menghilangkan tabiat buruknya itu...
jadi,teruskanlah melakukan kebaikan..tetapi berusahalah utk istiqamah meninggalkan kesilapan dan dosa yg telah dilakukan...nasihat utk diri saya sendiri sebenarnya...although we have tried,but still failed to istiqamah,juz try again....=) sentiasalah bertaubat dan memohon keampunan dan perlindungan Allah daripada kejahatan,nafsu dan godaan syaitan yg membara...
saya pernah bertanya pada seorg sahabat saya through YM..saya bagitahu dia yg saya rasa diri saya nie jahat sangat..sebab ada sebahagian ibadat sunat yg saya selalu amalkan di UIA tetapi sangat payah nak amal bila di rumah..dah cuba tapi gagal...dia menasihatkan saya dengan mengatakan:
"buatlah ibadah sunat semampu kita...kalu sebelum nie kita selalu qiamulail,tapi bila kat rumah,jadi berat utk lakukan,sekurang-kurangnya kita berniat utk melakukannya..dan kalau tersedar pada tengah malam tapi malas nak bangun beribadat,sekurang-kurangnya biarlah mulut kita nie berzikir mengingatiNya dan berdoa memohon pertolonganNya"
tapi..harapnya,kita sentiasa berusaha utk menjadi lebih baik..takkan la selama-lamanya kita nak amalkan prinsip "sekurang-kurangnya" je dalam ibadah kan....jadi,fikir dan usaha sama-sama ye....setiap amal kebaikan tue,ada ganjarannya di sisi Allah...=)
Labels:
renungan dan muhasabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment