Followers

Friday, August 20, 2010

kahwin masa belajar....?


salam....apa khabar semua?harap sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..sebenarnya tak bercadang nak menulis sebab kena siapkan report practical lab yg kena hantar pagi esok..tapi..seperti biasa,tak dapat nak menahan tangan nie daripada menulis....

kahwin masa belajar..topik hangat yg dibicarakan oleh semua rakan-rakan sebaya saya tak kira brothers or sisters hari nie..kenapa?sebab pagi tadi,ada announcement walimah yg bakal dilangsungkan oleh classmates saya..siapa?lepas dorang dah selesai akad nikah nanti ,baru saya bagitahu ye.....jadi,2 orang classmates saya yg dah berkahwin setakat nie..dan ada ramai lagi yg akan menyusul...

fikir kembali...cuti raya dah dekat..patutla banyak sangat jemputan walimah yg saya terima daripada sahabat-sahabat dan senior..setakat nie,dah ada 4 jemputan...kahwin masa belajar..apa pro dan kontranya??

"dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan utkmu daripada jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.sungguh,pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yg berfikir"(Ar-Rum:21)

ayat Al-Quran kat atas ni adalah salah satu contoh tentang ayat-ayat yg menjurus kepada perkahwinan...tetapi sesuai ke kahwin masa belajar?kenapa ramai (especially student uia) yg kawin masa belajar?

nie pandangan saya ye..sebab nie blog saya kan...hehe..pada pandangan saya,jika pasangan itu benar-benar bersedia utk memikul tanggunjawab sebagai suami dan isteri di samping mampu dari segi kewangan,kahwinlah walaupun ketika masih belajar...TETAPI..pastikan niat kita utk berkahwin itu betul..jangan semata-mata berkahwin utk menghalalkan hubungan suami isteri kerana sesungguhnya ikatan perkahwinan adalah lebih dari itu..

teringat lecture Ust Razak masa kami belajar tentang Family ethics in Islam...apa tujuan perkahwinan..apa prosesnya..dan lain-lain..ikutlah jalan menuju perkahwinan yg diredhai Allah..jangan cemari dengan hubungan terlarang sebelum kahwin kerana sesungguhnya perkahwinan ialah ikatan yg suci....

jika masa belajar,kita mempunyai perasaan pada seseorang dan dikhuatiri tak mampu mengawal hati,istighfar dan istikharahlah..mohon petunjuk Allah...mulakan usaha kita dgn mencari org tengah,berbincang bersama ahli keluarga dan lain-lain...apa yg terbaik utk kita...

ada yg mempertikaikan kahwin masa belajar nie,pasangan tak cukup matang,takut ganggu study,nampak macam gatal sangat dan lain-lain..ketahuilah..itulah yg terbaik daripada berlakunya dating,khalwat dan lain-lain....adakah ada jaminan kahwin after belajar akan kekal selamanya?adakah ada jaminan kahwin masa belajar akan ganggu study?sebab bagi saya sama je..sekarang tengah study..nanti kita akan berkerja...lebih kurang je..depends pada kita..

antara hikmahnya ialah dapat menjaga hati dan iman kita daripada terpengaruh dengan godaan luar..paham-pahamla kan....bagi saya,kalau ditakdirkan saya akan berkahwin masa belajar,saya akan terima...tapi kena berbincang betul-betul sebab memerlukan tolak ansur di samping kewangan yg belum stabil....

tetapi..kalau ada yg beranggapan masa kat kampus,fokuslah pada study je..ye betul..bagus...tak kisah je..cuma depends pada kita..kita lebih mengenali diri kita..

kepada sesiapa yg berniat nak kahwin masa belajar..lakukanlah istikharah,berbincang dgn keluarga dan perbaiki diri dgn mempelajari ilmu agama dan juga ilmu perkahwinan,tanggungjwab dan lain-lain...jangan main kahwin je..

tengok kawan-kawan kahwin,kita pun nak kahwin tanpa betul-betul bersedia....sebab tue perbaharui dan baikilah niat kita.....=)


ok...cukupla...kena siapkan report.....
barakallahulakuma....=)

5 comments:

  1. salam..ramadhan kareem..

    cakap pasai kawin time ngaji,teringat cerita Syeikh Ramadhan Al-Buty,dia kawin masa 1st degree,atas arahan ayah beliau..Ayahnya,juga seorang ulama',teringat pasai hadith nabi suruh kahwinkan anak kalau berkemampuan..si ayah terus panggil dia balik,pastu bagi kawin..
    subuh yg pertama selepas berumah tangga,Syeikh Ramadhan Al-Buty terlajak tidoq sehingga tertinggal jemaah subuh..ayah dia pon x kejut dia..dia bangun,malu la kat ayah dia,sebab ayah dia balik masjid,senyum ja kat dia..ayah dia kata,berbahagialah anakku,semalam Rasulullah mai dalam mimpi aku,Nabi kirim salam dekat,nabi ucap tahniah..

    itu secara pronya,kerana ketaatan si anak dan si ayah pada arahan Allah,maka kahwin muda..

    tapi terkadang,yang jadi kat budak U,kawin awai..sebab?sebab couple..

    kdg2,kejijikan couple tertutup dgn perwatakkan pasangan berkopiah bertudung labuh,tp?perisian yg lebih kurang sama dgn yg pki shorts yg free hair..

    tp at least,ok la,nk elak zina..tp arahan Allah,jgn dekat dgn zina..mungkin sbb byk dgq lagu InTeam,UNIC,Dehearty and etc yg meransang ke arah pelemahan jiwa,dok berangan pasai baitul muslim semata2..

    jihad?

    just my 1 cent..huhu

    ReplyDelete
  2. ye..betul...kadang2 sama je org yg bertudung labuh n berkopiah..mcm post saya tentg islamic couple..

    sebab tue,dalam post nie,saya mintak betulkan niat...nak kawin bukan semata-mata nak elak zina je..tapi lebih besar dari tue..peranan utk membina baitul muslim,mendidik anak2 dgn panduan Islam..di samping berusaha memperjuangkan Islam...tarbiyyah keluarga jgn dilupa..
    kawin bukan hanya nak menghalalkan hubungan tapi lebih dari tue..

    penuhi ilmu di dada dan berusaha la semoga perkahwinan itu adalah satu barakah pada kita dan juga masyarakat..insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. salam. for my opinion, married during your studies adelah satu keputusan yang sangat terburu2. kenapa? sebab ikut pengalaman saya yg sudah bekerjaya ni, kehidupan dekat ipt sangat2 jauh berbeza dengan kehidupan diluar sana, lebih-lebih lagi USIM dan UIAM. why? kat sini, undang2 lebih ketat. mengikut pengalaman sy, ada beberape kawan2 sy yg berkahwin semasa di ipt bercerai selepas 1-2 thn bekerja. alasannya, semasa di ipt, pemikiran sempit, life is still under pemantauan ibu bapa dan lecturer. mase dah bekerja, they meet somebody thats better than their partner. lebih hensem/cantik, bekerjaya/berkedudukan tinggi, lebih matang dan sebagainya... b4 this, sy belajar di uia gombak. after graduation and start a new life in the real world, br sy tahu betapa sempitnya pemikiran budak2 U ni dan betapa mencabarnya kehidupan yg sebenar....
    Wallahua'lam. sy nk cerita yg berkaitan agama, ilmu x seberapa. so, sy bg pandangan sebagai "org awam".

    ReplyDelete
  4. ::Kahwin,AKu,DIA,KaMu::

    Fenomena kahwin semasa belajar di IPT bukan suatu yang ganjil.Ia berbalik pada niat asal seseorng,jika dia berkahwn memang atas kerisauan imannya yang sering terdedah dengn budaya campur gaul lelaki wanita,maka ia digalakkan.Kedua2 pasangan harus saling bertolak ansur dan saling berbincang sebb cbrn mendtng tak dapt diduga.Yang paling penting,pasangan mesti letakkan Allah dan Rasul Saw diatas dari segala2nya melebihi kepentingn diri sendiri.Ini sagt penting,jika tidak mana mungkin kita leh utk saling memenuhi kehendak hati kita dan psgn kita yg sememangya manusia manapn tidak akn pernah mampu untuk menunaikannya.Hal ini sgt mencbr bg pasgn yang berkhwn ditmbh dgn studi lg,jd perlu setiap psgn mewujudkan budaya musyawarah antara satu sama lain dan saling menghormati setiap keputusan yang dibuat bersama.Sentiasa wujudkan suasana perbincngn ttg agama dan kerisauan ttg ummat ini diantara psgn supaya kerisauan ttg kepentgn peribadi dpt ditenggelamkan jauh semasa mengharungi kehidupan rumahtanggaInsyaAllah rahmat dan batuan Allah bersama kita...Barakallahulakuma(^_^)

    ReplyDelete
  5. new guy and anonymous: syukran atas pandangan yg bernas...=)
    itula pro n kontra nya...

    ReplyDelete