Followers

Sunday, August 15, 2010

novel: cahaya Ilahi-part 2

Hanzalah tergamam mendengar cerita yg disampaikan oleh Nisa. Seusai bercerita, Nisa terus menamatkan perbualan. Perlahan-lahan, hanzalah menaip mesej yg penuh dgn kata-kata semangat utk menasihati Nisa.

- Nisa, bersyukurlah kerana Allah masih melindungi maruah awak.bersabarlah kerana Allah ingin menguji sejauh mana iman awak.jangan sekali-kali berprasangka buruk denganNya.ambil la masa utk tenang kembali.sebagai seorang sahabat,saya hanya mampu menasihati awak.bersabarlah.sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yg bersabar-

Tetapi,tiada balasan daripada Nisa. Hanzalah amat bersimpati ke atas apa yg telah berlaku.terselit juga perasaan marah di hatinya tentang perbuatan lelaki itu terhadap Nisa.jauh di sudut hatinya,dia ingin membimbing Nisa menjadi insan yg lebih baik..tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej yg baru diterima.

‘hm..daripada Nisa’.getus hanzalah.

= SAYA BENCI LELAKI !!!!=

Pendek.tegas.menusuk hati.

‘ya Allah..berilah kekuatan iman kepada Nisa’.doa Hanzalah di dalam hati.

=saya kotor Hanzalah.ibu bapa saya salahkan saya.diaorang nak saya tarik balik report polis yg saya dah buat.mereka malu dengan apa yg menimpa saya..bukan salah saya hanzalah.saya tak minta semua ni jadi pada saya.selama ni saya amat menjaga pergaulan saya dgn lelaki.ye,saya kasar tapi saya masih menjaga maruah diri saya.kenapa semua ni berlaku pada saya???saya kotor! Saya hina!=

-Nisa,banyakkan istighfar.tak baik berprasangka buruk pada keluarga sendiri.mungkin keluarga awk ada kelemahan dan kekurangan.tapi bersabarlah.Allah takkan menguji hambaNya lebih daripda kemampuannya.awk tak hina..awk tak kotor..anggaplah ini ujian Allah utk awk.bersabarlah….ingat Allah banyak-banyak-

Sepanjang tempoh yg amat menguji iman Nisa ini, Hanzalah sentiasa memberi kata-kata semangat kepadanya utk bangkit dan menjadi lebih kuat.jangan sekali-kali keluar tanpa ditemani oleh kawan-kawan atau ahli keluarga,sentiasa menutup aurat dan menjaga perlakuan. Alhamdulillah, Nisa kembali tenang.

Beberapa bulan berlalu. Nisa menyambung pelajaran ke Pusat Asasi UIA yg terletak di Petaling Jaya manakala Hanzalah melanjutkan pelajaran di matrikulasi Pahang. Walaupun berat utk keluarga Nisa melepaskan Nisa di metropolitan itu, Nisa tekad utk pergi ke sana.dia akan berhati-hati dalam menjaga dirinya.nasihat keluarga dan Hanzalah sentiasa dipegangnya.

Melangkah ke Pusat Asasi UIA, Nisa muncul dengan imej muslimah.dia memastikan tudungnya menutupi dada,memakai sarung lengan dan stoking,memakai baju yg menutup aurat dengan sempurna.

‘hm..dah tutup semua aurat dah.alhamdulillah’.getus Nisa di dalam hati.

“nisa,cepatlah sikit.dah-dahla tengok cermin tue..pecah cermin tue nanti.” Usik Sarah sambil ketawa kecil. Sarah Kamarudin merupakan roommate dan juga classmate Nisa.belajar dalam bidang yg sama iatu Farmasi.

“ye..saya dah siap dah ni…kejap ye…”balas Nisa.

Mereka beriringan menuju ke kelas. Melihat Nisa yg asyik tersenyum, Sarah menyapa.
“ai..senyum memanjang Nampak..ada apa-apa berita gembira ke?”

“hehe…emm..Sarah,saya dah couple dengan Aqif….”balas Nisa.

“ha???betul ke..amboi..bukan main lagi sekarang ye..semoga bahagia….”balas Sarah.

Nisa membuat keputusan utk menerima Aqif, seniornya di sini sebagai teman istimewanya.tujuan utamanya adalah utk melindungi dirinya daripada gangguan lelaki-lelaki jahat dan berhidung belang daripada menganggunya.Nisa mencapai telefon bimbitnya dan mengkhabarkan berita itu kepada Hanzalah..

=salam…sihat?sy nak gtau…saya dah ada pakwe sekarang ni..nama dia Aqif..senior sy…hehe..doakan kitorg bahagia ye..=

Tetapi,tiada balasan daripada Hanzalah..’ah..lantaklah..’gumam Nisa…

Sebenarnya Nisa sangat gembira kerana hujung minggu ni, dia akan keluar buat pertama kalinya dengan Aqif..

‘mesti seronok kan keluar berdua dengan dia..ai…tak sabarnya…hehe’angan Nisa.

Tiba hari yg dijanjikan, Nisa bersiap dengan sebaik yg mungkin..saat terlihat kelibat Aqif, Nisa tersenyum..
“awak dah lama tunggu?cantik awak hari nie…”sapa Aqif sambil tersenyum.

“em..baru je…mana ada la..em..kita nak ke mana nie?”Tanya Nisa gugup.

‘haish…kenapa rasa tak tenang nie…’hati Nisa berkata.

“ha..kita pergi tengok wayang…then, kita makan-makan,jalan-jalan…lepas tue kita balik la ye…boleh?”Aqif bertanya.

“ha?tengok wayang?saya tak pernah tengok wayang..em…boleh kot…”balas Nisa.

Sememangnya Nisa tak pernah keluar berdua dengan mana-mana lelaki..apatah lagi menonton wayang. Timbul rasa kurang selesa dalam dirinya tetapi diabaikan saja.sebenarnya,daripada awal lagi, Nisa rasa kurang selesa apabila berjalan berduaan dengan Aqif.seolah-olah semua orang di dalam pusat beli belah ini memandang ke arahnya.

‘aku ada buat salah ke ni..kenapa rasa macam tak selesa je…’fikir Nisa..

bersambung..

No comments:

Post a Comment