salam....terfikir nak kongsi tentang dialog kat bawah nie....semua peristiwa biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita...cuma kita sedar, tak sedar or buat-buat tak sedar je...jadi,marilah kita sama-sama sedarkan diri kita...
dunia nie..nikmat nya hanya sementara je..kadang-kadang kita suka buat something walaupun tahu benda tue tak elok...sebab apa?sebab best..seronok....tapi kita liat nak buat perintah agama...sebab apa?malas...menyusahkan....leceh...etc...berusahalah mengekang nafsu kita kerana nak dapatkan perkara yg membawa kebaikan dunia dan akhirat bukanlah senang..kena bermujahadah dulu..=) jom usaha...=)
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan
solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...
kejap lagi ye..
Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan
Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang
menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style
langsung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti
terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat
lagi... baru pukul 8.30am...
Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..
Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini,
berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah
pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak
tengok..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain
orang. .
Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini
kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat
apa sesusah.
Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa,
tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh
bertaubat (kalau sempat)..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin
melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang
tahu..
.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan
RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,
kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di
akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Manusia: Eh, nak tiru ke tak nak ni yep?
ReplyDeletesyaitan: eh, tirulah! nanti ko fail tau tak!!!
Malaikat: xfailnyer kalau ko x tiru. Keredhaan
Allah yg paling utama.
Honesty is the best policy
anonymous: yup....but nowadays..cheating during examination is normal kan?standard la org kata..
ReplyDeletesedangkan kita tahu benda tue salah..x elok...x berkat....
jadi..muhasabah...nk berkat or kejayaan sementara?ada analogi..
contoh kita berjaya sbb meniru..then sbb meniru tue,kita dapat kerja..dapat gaji..bagi anak-anak makan..agak2,berkat tak duit gaji tue?