Followers

Wednesday, October 20, 2010

wanita solehah- isteri solehah

salam...tak tahulah kenapa tangan saya gatal sangat nak menulis lagi malam nie...pagi esok,saya ada kuiz Pathology..tapi tak dapat nak kawal tangan dan akal saya utk terus berfikir dan menulis..jadi,kenala tulis jugak....kalau ikutkan,saya nak stop buat sementara daripada tulis entri baru memandangkan dah nak final exam...dah deactivate facebook...tapi payah nak stop menulis..hehe..

ok...wanita solehah..nak buat macam mane..saya pun wanita..mestilah aim saya nak jadi wanita solehah...dan nak kongsikan utk semua supaya kita dapat jadi hamba Allah yg dekat dengannya..

fokus kali nie..ialah isteri solehah...'isteri'..hm..kebanyakan daripada kawan-kawan saya termasuklah saya masih belum berkahwin kan?tapi tue bukan alasan utk kita mengelak daripada menambah ilmu tentang perkahwinan..=)

ketahuilah...seorang isteri yg solehah kepada seorang suami,akan kekal menjadi ratu suaminya di syurga kelak..seperti yg kita tahu,dalam syurga nanti,ada banyak bidadari yg cantik,muda dan sangat menawan kan?haish...jeles nie...tapi,kalau kita menjadi seorang isteri yg solehah,kita yg akan menjadi ratu utk suami kita di samping kehadiran bidadari...dalam syurga,dah tak ada rasa jeles ke....cemburu ke..

tapi...macam mane nak dapatkan syurga Allah kan?ok....buat apa yg Allah perintahkan dan tinggalkan segala yg dilarang..cintai dan amalkan sunnah rasulullah..dan bagi wanita,taatlah pada suami....

terusik hati saya bila baca hadis tentang pentingnya peranan seorang isteri dalam membantu suami....Rasulullah saw bersabda:

"harta yg utama ialah lisan yg senantiasa berzikir,hati yg senantiasa bersyukur dan isteri beriman yg membantu suami dalam menegakkan imannya" (riwayat al-Tirmizi)


penting kan?sebab lelaki nie mudah tunduk pada pujuk rayu wanita..lagi-lagi kalau isteri dia...cuba bayangkan kalau isteri yg solehah nie sentiasa melayan suami dgn lemah lembut,sentiasa membantu dan menenangkan suami,menjaga kehormatan dan daya penarik khusus utk suami dan mendidik anak-anak dgn didikan Islam...mesti suami kita suka kan??

tapi......nak jadi isteri yg solehah,kita kena cari SUAMI YANG SOLEH..sangat payah kalau kita nak jadi solehah tapi suami kita tak soleh..suami kan ketua keluarga...menjadi pembimbing seorang isteri..kalau suami pun nak tak nak je amal Islam,macam mane isteri nak jadi solehah kan?

suami yg soleh akan sentiasa menasihati isterinya tentang batas-batas yg perlu dijaga...tetapi kalau suami yg tak soleh,dia hanya akan biarkan je isteri dia buat apa yg dia suka....dunia sudah berubah kan.....

cuba bayangkan..seorang wanita yg pada awalnya mengamalkan agama..tetapi selepas berkahwin,nilai keagamaannya berkurang...kadang-kadang,kita terpaksa lepaskan org yg kita sayang sebab agama...kita nak cari redha Allah..bukan hanya cinta manusia..

kadang-kadang..kita kalah pada nafsu...sayangkan seseorang hanya sebab nafsu..sayangkan seseorang sebab kebaikan dia..tapi fikrahnya lain dgn kita...macam mane ek?fikir ye.....itu ke kehidupan yg kita nak?nope...sy nak amal Islam..sy nak bina baitul muslim..bukan perkahwinan biasa je...saya nak mencari barakah Ilahi..sy nak terus berada di jalan perjuangan....sebagai seorang daie..

ye..bukan sekali saya gagal...bukan sekali saya buat silap...sebab saya manusia..kadang-kala kalah pada perasaan..kalah pada tekanan...kalah pada nafsu..tapi,sy tak nak berterusan melakukan kesilapan..

jadi...muhasabah balik diri kita..tenang ke kita bila kita melakukan dosa dan perkara yg kita tahu salah..tapi kita buat jugak..mesti gelisah kan??jadi..jom berubah...bertaubat....aim NAK JADI WANITA SOLEHAH....

bab mencari jodoh..bagi saya,sangatlah penting..biar tak ada rupa,asalkan agama terjaga..lagi-lagi dalam dunia sekarang..ramai org Islam yg dah tak solat..ramai yg minum arak...berzina...dan lain-lain...mampukah kita nak mencari permata di sebalik timbunan kaca?insyaAllah..jika kita yakin dgn janjiNya..pohon padaNya....=)

JOM USAHA CARI JODOH YG SOLEH !!!!!

No comments:

Post a Comment