Followers

Wednesday, October 27, 2010

wanita solehah....

salam......alhamdulillah,dah lepas dua papers exam yg susah...sampaikan saya demam....demam panas yg teruk hinggakan saya hanya mampu terbaring di katil...dan terpaksa pergi klinik..huhu..Allah uji saya dengan demam masa final exam..tanda Allah sayang saya kan..^_^ dan juga sebagai kafarah dosa-dosa saya yg menggunung tinggi...=(

entri nie sebenarnya saya nak tulis dua hari lepas..tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan,hari nie baru saya mampu kongsikan dengan semua..insyaAllah kita berusaha utk amal ye....

pagi esok,saya akan menduduki paper pharmaceutical bitechnology pulak..petangnya ada OSPE iatu lab practical utk subjek biotech nie...dan hari isnin sampai rabu, straight ada paper..dah la hari isnin ada dua paper yg sangat tough iatu pagi saya akan jawab exam Basic medicinal chemistry..petangnya subjek pathology...esoknya subjek UNGS..lusa MCQ utk subjek pharmaco PNS, pharmaco,dan juga Pathology....doakan saya dan kawan-kawan ye...=)

kat bawah nie,saya sertakan ciri-ciri wanita solehah..ada banyak lagi cuma nie sebahagian je la....harap kita sama-sama dapat aim utk jadi wanita solehah ye...sebab seindah hiasan kat dunia nie adalah wanita yg solehah....dan fitnah yg terbesar adalah wanita..jadi kita kenalah pilih..nak jadi yg solehah or sebaliknya..^_^ kita usaha ye...=)

1. Bertakwa.mengamalkan rukun Islam dan rukun Iman.

2. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

3. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

4. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

5. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

6. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

7. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

8. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

9. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

10. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

11. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

12. sentiasa memperbaiki akhlak dan menjaga batas perhubungan

13. mentaati suami (jika dah berkahwin)

14. menjaga kehormatan dan maruah diri supaya tak menjadi fitnah

actually, nak tulis jugak ciri-ciri lelaki yg soleh..tapi lain kali kot..sebab nanti panjang sangat pulak entri nie...akhir kata,selamat beramal !! jaga solat,jaga iman,jaga pandangan...^_^

No comments:

Post a Comment