Followers

Friday, October 1, 2010

work as a team or by backbitting??


salam...agak lama tak update entri baru..disebabkan kekangan masa dan juga kekeringan idea..tapi,selepas diperah jugak utk berfikir, saya nak menulis tentang tajuk ni..."work as a team or just by backbitting without doing anything?"...ok...tajuk nie macam sinis je bunyinya kan??

kadang-kala bila kita diberi tanggunjawab dan amanah utk melakukan tugasan di dalam kumpulan seperti presentation, group assignment hatta menguruskan program sekali pun, kita sangat biasa dengar tentang teamwork@kerjasama..kan??tapi..betul ke kita betul-betul cooperate together atau hanya manis di bibir je?

contoh situasi...

selaku pengarah program atau ketua kumpulan, kita adalah ketua...semua perkara terletak di bahu kita..kita bertanggungjawab memastikan segalanya berjalan lancar..tapi adakah kita mempraktikkan teamwork jika kita gemar mengumpat dan mengata sahabat-sahabat yg bekerja di bawah kita?kita mempersendakan mereka,memandang rendah kepada mereka dan lain-lain...apa punya attitude kah itu?
kadang-kadang kita rasa kita nie bagus sangat..kita dah pernah terlibat dgn banyak program..kita adalah senior....kita lebih cekap buat macam-macam kerja....ye,kita riak..sangat riak..lupa bahawa segala ilmu dan kemahiran yg kita dapat itu adalah milik Allah swt..

kita mempersendakan mereka...kita membiarkan mereka ke hulu-hilir..terkapai-kapai mencari pertolongan....kita tahu kita mampu menolong mereka..tapi disebabkan ego kita,rasa kita bagus sangat..kita biakan mereka..jadi di mana teamwork yg acap kali kita laung-laungkan tue?

kadang-kala tanpa sedar kita bertindak secara tak matang..dipengaruhi emosi sedangkan seharusnya kita mengawal emosi kita supaya kita tak lakukan perkara yg mengundang konflik ketika bekerjasama...

ada pula antara kita,jenis bermulut manis....bila di hadapan kita, kata-katanya sangat manis..tetapi,bila di belakang kita, dialah ketua yg kerap memburukkan kita..ada pula yg gemar mencari kesalahan org lain,sehinggakan tanggunjawab yg sepatutnya disiapkan,terbengkalai..akhirnya,tercipta lah beribu macam alasan..

ye..semua orang ada kelemahan....dan tak boleh ke kita yg punya kelebihan nie membantu sahabat kita yg mempunyai kelemahan tue?work as a team...we need to help each other...tolong tutupkan lubang-lubang kelemahaan mereka..bukan hanya berpeluk tubuh dan mendabik dada..

saya sangat panas hati dengan golongan yg 'agah' nie...sama-sama muhasabah diri kita balik...sebagus mana pun kita..sebanyak mana pun program yg kita organize,kita takkan berjaya tanpa bantuan banyak pihak..kita takkan berjaya hanya dgn seorang diri..jadi apa perlunya kita rasa kita bagus daripada org lain?tak ada maknanya...tak pasal-pasal amanah yg sepatutnya menjanjikan pahala kepada kita bertukar menjadi perkara yg sia-sia...disebabkan sikap dan nafsu kita..

satu lagi sikap kita..kita suka salahkan orang lain jika program yg kita rancang tue tak berlaku seperti yg kita inginkan..kita menyalahkan pihak tertentu..ye,walaupun kita tak meninggikan suara,tapi bagi saya,kata-kata sinis dan pedih tue lagi tajam daripada nada marah....work as a team...maknanya,apa-apa yg berlaku,kita tanggung bersama....bukan hanya nak berkongsi kejayaan dan kegembiraan..tetapi juga berkongsi kegagalan dan kesedihan...tak ke kita fikir bahawa mereka dah berusaha sehabis baik,sedaya upaya utk keberkesanan program/assignment tue??jadi kenapa kita nak salahkan mereka??kita lupa bahawa kita hanya mampu merancang,Allah yg mengetahu apa yg terbaik utk kita....

fikir balik ye.....kadang-kadang kita lupa..terleka...dah namanya manusia..jadi harapnya,kita dapat muhasabah diri kita balik ye..termasuk saya.....ingatlah,tanpa sahabat-sahabat yg membantu kita,siapalah kita....ingatlah,setiap kelebihan kita datangnya dari Allah..jadi,bila-bila masa je Dia boleh tarik nikmat yg diberi pada kita..selamat bermuhasabah..=)

No comments:

Post a Comment