Salam…waa…dua entri dalam satu malam..hehe…nie la jadinya kalau rasa malas nak study…tak ada mood….
Payahnya menjaga hati….hati adalah raja….ada satu hadis yg berkait rapat dengan hati..saya tak ingat tapi kesimpulannya,jika hati kita baik,maka baiklah keseluruhan diri kita dan sebaliknya…
Tapi..macam mana nak jaga hati..kita tak Nampak hati nie….hati…bukan dari segi sains ye..sebab hati dalam segi sains iatu liver ialah tempat pengumpulan toksin kan…macam mana nak jaga hati….?
Payahnya nak menjaga hati…sebab syaitan sentiasa mengekori dan memerhati…bukan tue je,akan cuba jugak menghasut kita..supaya terpesong daripada jalan Allah..meninggalkan perintah Allah dan melakukan maksiat…
Kenapa?sebab dalam surah Al-Hijr, iblis laknatullah nie dah bagitahu:
“ia (iblis) berkata:”Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,aku pasti akan jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hambaMu yg terpilih di antara mereka”(ayat 39 dan 40)..
Sebenarnya,ada banyak ayat Quran dan hadis tentang peranan syaitan dalam menggoda kita….bila hati kita dah berbolak balik..jauh daripada cahaya Islam,maka senanglah syaitan nie memasukkan jarum dan juga merangsang diri kita utk melakukan dosa….
Sebab tue la..hati sangat penting..tapi nak menjaga hati nie,sangat payah….nak kekalkan hati supaya sentiasa menjaga batas agama,bukan senang..iman harus dijaga…sedangkan iman kita nie kadang kala bertambah..kadang kala berkurang….T_T
Apa yg harus kita buat?apa yg harus saya buat?kita akan fikir…kita akan terus berfikir..nak ikut jalan yg Allah redha,bersabar dan bertahan…atau ikut hasutan syaitan yg mudah dan mengasyikkan?padahal pancaindera kita telah dikaburi dengan hasutan syaitan….
Masa nie..iman memainkan peranan yg cukup penting…jika kita sanggup bersabar,bertahan..semata-mata takut pada Allah..ingin mencari redha Allah..bertuahlah kita..tapi kalau sebaliknya?macam mana?banyak perkara yg boleh membawa kepada kerosakan hati….wanita,harta,pangkat,dan lain-lain..
Payahnya menjaga hati..tak payah cakap orang lain..tengok je diri sendiri…kadang kala rasa macam nak je ikut langkah syaitan…sebab senang,best….tapi fikir balik..'kalau aku ikutkan hati yg dipengaruhi syaitan nie,habislah aku..’ sebab syaitan akan mengawal fikiran kita..kita terbayang betapa indahnya jika kita dapat apa yg dicita tue sekelip mata dengan melanggar perintah Allah..jadi,istighfarlah….
Jadi..jagalah iman..macam mana?banyakkan istighfar…tambah ibadah sunat…jangan bersendirian…jaga batas hubungan…jaga pandangan mata…banyakkan berzikir…sebab semua nie akan dekatkan kita dengan Allah…insyaAllah iman kita akan bertambah..
Nampak senang kan?istighfar..perlu guna mulut je…tapi,SANGAT PAYAH nak amal kan?sebab bila iman kita lemah,suppose kita kena lawan balik kan godaan syaitan tue..tapi acap kali,kita akan rasa lagi malas nak beristighfar..rasa nak je ikut bisikan syaitan tue….
Jadi..inilah mujahadahnya….inilah ujian Allah nak menguji iman kita…..sama ada kita betul-betul nak mencari redha Allah atau hanya kata-kata biasa yg keluar daripada mulut kita tanpa sebarang usaha kearah redha Allah tue…
Setiap perkara kebaikan yg kita inginkan,ada harga yg perlu di bayar…mana ada barang percuma sekarang nie kan?sama lah analoginya…=) untuk kita beroleh apa yg kita cita…untuk beroleh impian kita..memang perlukan mujahadah yg tinggi…yg memang sangat perlukan pengorbanan,kesabaran dan ketahanan iman yg tinggi…
Kalau rasa lemah,mengadulah pada Dia…tolong bergantung hanya pada Dia..bila kuat,still kena bergantung pada Dia tau..bukan waktu susah je…sangat salah tau kalau kita hanya nak dekat pada Allah bila kita ada nak minta sesuatu dariNya..hanya bila kita lemah...salah tue..suppose,sepanjang masa kita kena usaha utk dekatkan diri kita padanya...tau?
banyakkan sujud syukur,solat taubat padaNya…luahkan segala apa yg terbuku di hati kita,…biar Allah yg jaga hati kita….=) insyaAllah,berkat kesabaran kita…berkat pengorbanan kita..berkat air mata kita yg mengalir mengadu pada Allah betapa lemahnya kita,insyaAllah…biarlah kita susah sekarang,utk kesenangan pada masa depan...biarlah kita susah sekarang asalkan kita tinggalkan larangan Allah...akhirnya,kita akan dapat merasa manisnya bahagia…kerana hadirnya rasa bahagia itu hanyalah dari Allah…=)
insyaAllah...bersabarlah..kuatlah..bertahanlah.kalau rasa tertekan butang 'forward',cepat-cepatlah tekan butang 'reverse' ye....jangan putuskan hubungan dengan Allah..tapi,rapatkanlah……coz, He is everything..=)
husna, hati = liver, tu sebab istilah bahasa melayu kan? tapi kalo dr segi sains, bukanke segumpal daging dlm tubuh anak Adam yg Nabi SAW mksdkan ialah JANTUNG?
ReplyDeleteinfo yng mnarik..
ReplyDeleteharap husna x private kan fb husna sbb bg byk info pd sy yng x ad fb.. n bukak fb dr kwn....
me kaseh husna....
err...fb?sy banyak mengarut je kat fb...xda info pun...kat blog je,saya letakkan info....
ReplyDeletefb diprivatekan utk mengelak anasir dan gangguan luar...=)