Followers

Wednesday, January 12, 2011

kadang kala.....

Kadang kala…

Kita rasa kita sudah melakukan yang terbaik..

Cuba sehabis kudrat dan upaya..

Tapi kenapa hasilnya tidak seberapa?

Kadang kala..

Kita rasa kita dah cuba menjadi inssan yang terbaik..

Mengikuti segala ajaran dan sunnah…

Menggilap potensi yang ada jauh di dalam diri..

Tapi kenapa hasilnya tidak seberapa?

Kadang kala…

Kita rasa kita dah cukup kuat untuk menghadapi dugaan dunia..

Kita mampu melawan kehendak dan nafsu yang bermaharajalela..

Tapi kenapa akhirnya kita tewas mencium lantai dunia?

Kadang kala…

Kita rasa kita lemah….tidak upaya..

Hilang segala tenaga untuk terus berkelana..

Tapi kenapa bantuan masih tidak kunjung tiba?

Kadang kala..

Kita rasa kita makin dekat denganNya..

Cuba menjadi hamba yang bertaqwa..

Tapi kenapa ujian bersilih ganti?

Itulah manusia..kehidupan kita yang kadang kala berada di atas..kadang kala berada di bawah..kadang kala iman kita bertambah..kadang kala pula,iman kita berkurang..

Apabila kita berada di dalam majlis-majlis ilmu,meluangkan masa bersama sahabat-sahabat seperjuangan,bergaul dengan orang yang baik akhlaknya,secara tak langsung,kita bersemangat untuk terus meningkatkan iman kita..kita terus bersemangat untuk berusaha menjadi insan yang lebih baik..

Tapi..bila kita berjauhan dengan mereka,iman kita kembali lemah…kita kembali dikuasai nafsu dan rasa malas..kenapa?kerana kita hanya manusia biasa…

Kata-kata yg sering digunakan sebagai perumpaan:

“jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi,secara tak langsung,akan terpalit haruman wangian itu pada diri kita…begitulah sebaliknya..”

Manusia biasa..sentiasa melakukan kesilapan..tetapi ramai ke antara kita yg belajar daripada kesilapan tu?kita takkan tahu level iman kita selagi kita belum diuji dengan perkara itu..mungkin kita tak pernah melakukan maksiat,merasakan diri kita akan menang,kuat dalam menangkis serangan nafsu…

Tapi..waspadalah…ianya takkan terbukti selagi kita tidak diuji dengannya…jika kita kalah,muhasabah dan bertaubatlah…kembali padaNya…Dia Maha Pengampun..hanya pada Dia kita berserah segalaNya..hanya pada Dia kita mampu bergantung…sentiasalah bersangka baik denganNya.

Sematkan di dalam hati bahawa setiap ujian yg menimpa kita adalah datang daripadaNya..untuk menguji sejauh mana iman kita…sejauh mana pergantunggan kita padaNya….yakinkah kita denganNya?atau kita mudah berputus asa?

Sekecil-kecil ujian itu,di penghujungnya terselit hikmah yang sangat bermakna..ujian datang dalam pelbagai samaran…mungkin kesedihan,kegembiraan atau kesakitan…

Bersediakah kita?kadang kala kita rasa lemah dan tidak terdaya..bila ujian ini akan berakhir?bila?saatnya akan tiba bila nyawa bercerai daripada badan..kita akan dihisab…tapi,sebelum itu,laluilah segalanya dengan sabar dan tabah….=)

hayati lirik lagu ini..jujurnya,setiap kali saya menghayati lirik nasyid nie,terbit sendu di hati...

Pernah hati ini terguris..

Dengan fitnah dan tohmahan menghiris..

Sehingga terasa diri ini hina..

Kerna tiada siapa yang sudi membela..

Ku tabahkan hatiku harungi hidup..

Biarpun tiada siapa yang menemani..

Keseorangan aku di laluan sepi..

Ditinggalkan mereka yang ku percayai..

Namun ku tahu,

Ada hikmahnya.. setiap dugaan yang menimpa diri..

Kuserahkan segala padaMu Tuhan..

Yang Berkuasa dan juga Mencipta..

Kerana Engkau Maha Mengetahui..

Segala yang terbuku di hati..

Ya Allah tidak ku terdaya lagi..

Menahan dugaan yang mencabar ini..

Terasa bagai noktah telah ku temui..

Mengakhiri segala yang telah ku mulai..

Ya Allah Engkau lindungilah aku..

Bekalkanlah daku dengan limpahan iman..

Agar tabahku menghadapi dugaan..

Agar tidakku terhenti di pertengahan…

Kini di sini aku berdiri..

Bersama harapan yang tulus suci..

Agar terbitlah kembali mentari pagi..

Setelah malamku berkalut benci..

2 comments:

  1. suka entry ni
    terbaek!
    sangat memahami sebab diri ini jugak manusia biasa
    yg cepat terduduk bila ditimpa dugaan
    huhuk

    ReplyDelete
  2. kita manusia..bila ujian menimpa,mesti rasa sedih,lemah..tapi kena bangkit semula..sbb ujian tue adalah utk menguji pergantunggan kita padaNya...sama je ngan saya...cuma kita perlukan nasihat dan sokongan daripada mereka yg tersayang..dan bergantung sepenuhnya pada Dia....usahalah sentiasa..=)

    ReplyDelete