salam...ehem..sebenarnya tak tergerak nak tulis entri baru...setelah kepenatan memerah otak menghadap subjek physical pharmacy II sepanjang minggu nie..tapi,bila baca blog ustaz pahrol tentang jodoh,rasa menusuk di sanubari je...(ayat bunga-bunga)...huhu...rasa macam setiap patah perkataan yg ustaz tulis,sangat bermakna..jadinya,saya nak tulis la versi saya pulak...walaupun saya tak kahwin lagi...boleh ke?haha..peduli apa kan....=P
jodoh.....jodoh...jodoh..kita selalu dengar dan memang tahu bahawa jodoh kita telah ditetapkan sejak azali lagi.....tapi,siapa jodoh kita?kita juga pernah dengar,orang yang baik akan beroleh jodoh yg baik..ini adalah janji Allah dalam Al-quran..tapi saya tak ingat surah apa....
kita masih belum berkahwin..kawan-kawan saya pun ramai yang belum berkahwin..dalam usia kami yg menginjak ke angka 22,sememangnya topik ini sering dipersoalkan...juga diperbincangkan...ada yg sudah mempunyai calon..ada yg menunggu saat sesuai utk diijabkabul..ada yg masih mencari.....kan?
jodoh yg baik...ibarat mencari rezeki yg baik...macam mana nak dapat jodoh yg baik?caranya ialah,kita kena jadi baik...macam mana nak jadi baik?jawapannya ialah dengan melakukan semua perintah Allah dan tinggalkan laranganNya....tapi,berubahlah ke arah kebaikan kerana Allah..bukan hanya kerana inginkan jodoh yg baik....sebab,apa-apa perkara yg kita lakukan kerana Allah,insyaAllah akan diberkatiNya...jadi,insyaAllah....jodoh yg baik akan datang menghampiri kita...
jodoh yg baik...kenapa bukan jodoh yg cantik/hensem/kacak?apa yg ada pada rupa paras?kalau dikurniakan Allah dengan rupa paras yg menarik tetapi tidak disusuli dengan akhlak yg baik,akidah yg mantap,ibadah yg melangit,agak-agak berguna ke kecantikan kita tue?
kita lebih suka pasangan yg biasa-biasa tetapi baik..atau pasangan yg sangat cantik tetapi perengus?pilihlah...
saya sangat terkesan dengan ayat yg ditulis oleh ustaz pahrol:
“Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”
betapa jodoh kita akan menentukan masa depan kita...bagi suami,mereka kena membimbing isteri....isteri yg tidak dibimbing dan melakukan maksiat akan mengheret suaminya juga ke dalam neraka....isk..takutnya..agak-agak,kita akan jadi isteri yg solehah ke?pemilihan jodoh juga sangat berkait rapat dengan akad nikah...saya pernah baca,betapa tingginya nilai akad itu..bila mana suami melafazkan akad,seolah-olah terasa tergalas tanggungjawab dan amanah terhadap isteri dan keluarga yg bakal dibina...bagi si isteri,tumpuan terus terfokus kepada membahagiakan suami dan keluarga...
err..ni saya ambil dan ringkaskan daripada pembacaan dan juga pengalaman kawan-kawan yg dah kahwin ye..bila bercakap tentang kahwin,ianya sangat berat...tanggungjawab kita....semuanya bermula setelah berkahwin...jadi,sangatlah penting utk mencari jodoh yg baik..
macam mana nak tahu itu jodoh yg terbaik utk kita?
jawapannya:
“jadi orang yg baik dan terima pilihan daripada org yg baik(ustaz,org yg kita hormat,ustazah).Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”
sekali lagi,jawapan ini terkesan di hati saya.....apapun,istikharahlah..kalau pilihan kita itu menolak/ditolak,maka berlapang dadalah walaupun payah..sebab mungkin ada insan yg lebih baik yg Allah takdirkan utk kita.....kena bersangka baik dengan Allah..=)
dan bila kita dah menerima calon yg baik,terjamin agamanya,segerakanlah perkahwinan..bimbang fitnah yg bakal menjelma tiba....bila kita membuat keputusan utk berkahwin,harus diingat utk menerima pasangan kita seadanya..mungkin sekarang kita hanya melihat kelebihannya,tetapi semua manusia ada kelemahan masing-masing...maka,terimalah dan berlapang dadalah..kalau rasa boleh,diperbaiki,maka bantulah pasangan kita tu...erti hidup pada memberi kan?
ada satu analogi....kalau kita masuk ke sebuah rumah dan melihat kekurangan rumah tue contohnya sinki rosak..jadi,kita buat keputusan utk tinggalkan rumah tu..cari rumah lain...then,pindah ke rumah lain pun,masalah yg sama berlaku..atap pulak bocor...takkan nak pindah lagi?kan bagus kalau baiki je kerosakan tue selagi mampu kan?
sama jela dengan pasangan kita..mencari jodoh yg baik sangat penting kerana pasangan kita akan membantu kita dalam perjuangan..menentukan kehidupan dan masa depan kita....yg sama-sama bersusah senang dengan kita..payah nak cari..tapi tak mustahil utk dimiliki...
ingatlah:"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”
insyaAllah..=)
No comments:
Post a Comment