Followers

Wednesday, March 20, 2013

our 2nd anniversary..=)

bismillah...

alhamdulillah,semalam 19 Mac 2013, genap 2tahun usia perkahwinan kami..masih baru..masih banyak yg perlu diperbaiki dan dipelajari...moga-moga Allah sentiasa memberkati baitulmuslim kami,mengurniakan kami kesabaran dan kekuatan,serta mengurnikan kami zuriat-zuriat yg soleh dan solehah..amin...=)

tahun lepas tak berapa nak sambut sangat anniversary sebab saya dah sarat mengandungkan hasya...so,tahun ni, we planned to stay dekat hotel for 1 night..sebab dah selalu sangat ke De Rhu beach resort, kali ni kami pilih nak stay di Suria cherating beach resort..memang plan tak nak jauh sangat daripada kuantan pun...hehe..

saya tempahkan sebiji kek utk anniversary kami..memang kenal owner kek ni..so,rasa confident la nak makan daripada segi kehalalannya...alhamdulillah sangat berpuas hati..sape2 nak order bolehla search kat fb Ummiey's bakery ye...adiknya iatu classmate suami saya pulak buat bisnes cheesecake..boleh jugak search kat fb Dr's bakery...=) ni kek nya..beli yg kecik je sebab nak makan 2 org..
actually konon plan nak makan kek masa check-in hotel,tapi akhirnya..sampai je kat rumah, terus makan...hasya pun excited je nak terkam kek tu..hehe
then,lepas zuhur,kami bertolak ke cherating..dalam 40minit jugak perjalanan...on the way tu,singgah beli pelampung utk hasya pulak...actually nak beli swimming suit utk hasya,tapi tengok seksi sangat,terus tak jadi..hehehe....

alhamdulillah kami sampai dalam pukul 3pm,terus check in..saya tak puas hati sebab kami tempah single bed king size tapi dapat double bed single size...terpaksa la combine katil...huhu..tapi hasya sangatlah excited..lepas check in,saya nak tidurkan dia sebab petang tu nak mandi kolam takut dia mengamuk dan mengantuk,tapi dia seronok sangat main..nasib baik lepas tu tidur jugak...hehe
dalam pukul 5.30pm, kami pun mulakan aktiviti kami utk mandi manda di kolam..as expected,mula-mula hasya merengek dan nak nangis bila masuk dalam air...so, kami dah prepare utk sama-sama join hasya supaya dia tak takut especially bila first time guna pelampung..nasib baik lepas tu ada baby yg guna pelampung jugak dan ramai kanak-kanak lain..so,hasya makin ok...hehehe...


then, dalam pukul 6lebih pm, balik bilik,bersiap utk solat maghrib before keluar dinner pulak..jenuh jugak mencari kedai makan yg sesuai...huhu....dahla tengah syok makan,bekalan elektrik terputus..huhu..nasib baik kejap je...-_-

awal pagi esoknya,kami berjalan-jalan di tepi pantai cherating..lagi cantik dan lagi bersih kalau nak compare dengan balok..hehe..then,breakfast pulak...

kalau perasan,hasya payah nak senyum dalam gambar sebab hasya tak suka bergambar...nak dapat gambar dia yg elok,memang payah sangat..huhu..then,tengahari dah check out,berhenti lunch then terus balik rumah sebab petangnya,my abang ada program MAA takaful pulak...lupa,kami bercuti ni last weekend 16-17mac..=)

overall, kami lagi suka de rhu beach resort daripada suria cherating dari segi servis,food..kelebihan suria cherating maybe sebab dapat wifi dalam bilik hotel jela...huhu...so,next time,nak try hotel lain pulak...

apapun, percutian ni sebenarnya nak mengeratkan hubungan kami suami isteri..semalam hari anniversary kami,kebetulan saya tak ada kelas dan my abang tengah bercuti..so, ni jelah masa utk kami berdua...hehe..so, kami decide utk keluar dating secara halal...shopping,jalan-jalan di teluk cempedak,lunch berdua je(tapi teringat kat hasya..huhu)...

semoga kebahagian dan keberkatan sentiasa mengiringi kami sekeluarga...btw, doakan hasya cepat berjalan ye..actually hasya dah boleh berdiri dan bertatih selangkah dua..tapi nampak macam dia lagi suka merangkak je..huhu..saya dah boleh berjalan masa umur 10bulan..my abang umur 18bulan baru berjalan..hope hasya cepat2la berjalan ye...nanti ummi bagi hadiah..=)

till we meet again...=)

No comments:

Post a Comment