Followers

Sunday, May 9, 2010

selamat hari ibu !!


salam.....alhamdulillah,saya dah hampir pulih daripada kesedihan...hari ini hari yg teristimewa utk setiap ibu di seluruh dunia....hari yg meraikan jasa dan pengorbanan seorang ibu...sewajarnya,hari ibu patut diraikan pada setiap hari..bukan hanya pada tarikh tertentu.....kan?selamat hari ibu,ma....terima kasih atas segala pengorbanan ma pada ana...mengandung dan melahirkan ana...mendidik ana sehingga menjadi insan seperti hari nie....

di kesempatan nie jugak,saya nak mengucapkan selamat hari ibu pada dua orang ibu angkat saya..hehe....seorang saya juz panggil ummi..sebenarnya ummi nie merupakan ibu kepada sahabat saya masa kat MRSM....alhamdulillah,hubungan saya dgan ummi kekal sampai sekarang walaupun jarang berhubung....saya pernah jumpe ummi sekali je..lepas Spm dulu..hehe

seorang lagi,namanya dirahsiakan..hehe...saya panggil makcik je..juga ibu kepada sahabat saya..kami berhubung melalui telefon dan alhamdulillah ukhwah kami berterusan selama hampir 2 tahun...saya pernah jumpa makcik sekali je masa awal tahun nie...cuma tak dapat tengok wajahnya sebab makcik nie berpurdah...hehe...tapi pernah la tengok gambar....

saya jugak nk mengucapkan selamat hari ibu kepada arwah sahabat saya,huzaifah...saya ingat lagi,3 tahun lepas,saya mengingatkan arwah supaya mengucapkan selamat hari ibu kepada umminya...pada mulanya,arwah segan...hehe..sebab arwah cakap sebelum nie,dia tak ingat pun tarikh hari lahir adik-beradih,inikan pula hari ibu..arwah cakap,dia payah nak ingat tarikh-tarikh penting...tapi,rasanya,arwah still wish jugak pada umminya bila saya ingatkan....makcik,selamat hari ibu...makcik bertuah kerana dikurniakan anak soleh seperti arwah...arwah pernah bercerita,betapa tingginya rasa sayang arwah pada ibunya....satu-satunya wanita yg hadir dalam hidup arwah...wanita yg mengandung,melahirkan dan membesarkan arwah...

kesemua insan yang bergelar ibu ini terlalu penting dalam hidup saya..sentiasa menasihatkan saya setiap kali saya berada dalam keadaan tertekan dengan masalah,melalui usia remaja saya yang penuh dengan ranjau duri,menjawab semua persoalan saya...terima kasih yg tak terhingga kerana sudi mencurahkan kasih sayang pada saya...

ibu......betapa besarnya jasa seorang ibu..kedudukan ibu 3 kali lebih tinggi daripada kedudukan seorang ayah..bukan senang utk mengandungkan seorang anak selama 9 bulan,melahirkan dan membesarkan amanah Allah ini...tah kenapa...saya teringat pada ibu arwah..betapa hebatnya kesabaran dan ketabahan seorang ibu menghadapi kematian anaknya....mesti terimbas kembali saat mengandungkan arwah,melahirkannya,mneyusuinya,membesarkannya dan segala yg berkaitan dengan dirinya...sebagai seorang wanita,sedikit sebanyak saya dapat memahami gelodak perasaan seorang ibu..tapi..tiba-tiba dikejutkan dengan kematian anak tersayang...haya berpeluang menghadap sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa...sabarlah makcik...sesungguhnya makcik harus bersyukur kerana arwah meninggal dunia ketika sedang berjihad..insyaAllah,matinya adalah sebagai seorang syahid...

apalah yang lebih indah daripada dua matlamat ini...'hidup dengan kemuliaan,dan mati sebagai mati syahid'...inilah impian yg sepatutnya tertanam di dalam setiap hati seorang muslim...setinggi mana kesedihan saya atas kematian arwah,boleh diibaratkan hanya sekelumit berbanding kesedihan ibunya...sabarlah makcik.....saya ingat lagi..ketika hari lahir arwah 30 Mac yang lalu,arwah meminta maaaf pada saya kerana sering lupa tentang hari kelahiran saya...hehe...saya cakap,tak kisah..tapi kalau boleh,ingatlah tarikh lahir ibu bapa dan adik beradik..lagipun,saya hanya sahabatnya...saya mintak arwah telefon umminya dan bertanya sama ada umminya terasa atau tidak bila arwah tak ingat tarikh lahir umminya...seingat saya,umminya menjawab,
"tak kisah asalkan anak-anaknya tak lupakan keluarga,agama dan pelajaran.."..

hehe..tersenyum saya bila ingat balik peribadi arwah..jujur...lurus..hehe...oklah...
last sekali,selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di malaysia..semoga sentiasa berada dalam pelindungan dan barakah Allah..=)

No comments:

Post a Comment