Followers

Tuesday, May 11, 2010

ujian itu adalah tarbiyyah daripada Allah..



salam...apa khabar saudara-saudara seislam ku sekalian?harap sentiasa diberi nikmat kesihatan oleh Allah swt..sebelum melelapkan mata malam tadi,otak saya ligat berfikir.mencari idea untuk dicoretkan di blog saya,supaya kita sama-sama mendapat sedikit manfaat..yela,bila cuti,saya rasa kurang menyumbang kepada Islam.jadi melalui blog,harap saya dapat menyumbang serba sedikit ke arah pendekatan Islam.

setiap perkara yg berlaku dalam hidup kita adalah satu ujian daripada Allah swt..tak kira sama ada perkara itu baik atau sebaliknya..sepanjang 21 tahun saya bernyawa,pelbagai onak duri telah saya lalui..bukan saya je,tapi saya yakin,kita semua berhadapan dengan ujian yg kita rasakan terlalu berat untuk dihadapi.

ye,bila kita diuji dengan perkara yg baik seperti contoh: mendapat keputusan yg cemerlang dalm exam,bertemu jdoh yang baik,dikurniakan anugerah dan lain-lain,kita mungkin rasa yang ujian tue tak berat pun,malahan kita gembira..tapi mungkin kita lupa,bahawa ujian dalam bentuk kegembiraan itu lebih hebat daripada ujian kesedihan.kenapa?? sebab ujian kegembiraan sering kali menyebabkan kita jauh dari Allah,alpa dan lalai..betul tak?cuba kita fikir balik. tetapi berlawanan sekali bila kita diuji dengan ujian kesedihan..seperti contoh,kita gagal dalam exam,kita kehilangan orang tersayang,ditimpa musibah dan lain-lain,barulah kita kembali sedar hakikat kekuasaaan Allah swt. dalam surah Al-ankabut ayat 2:

"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"

mungkin saat kita diuji,kita akan rasa terlalu lemah,keseorangan,tak larat,tak semangat dan lain-lain sifat negatif..tetapi bila kita muhasabah balik,ujian yang kita dah lalui tue menyebabkan kita lebih kuat,tabah,waspada dan berhati-hati menghadapi ujian yang akan mendatang.hebat kan kuasa Allah?saya ingat lagi,bila saya berhadapan dengan ujian yang saya rasakan cukup berat,saya meluahkan kepada salah seorang senior saya..akak nie cakap..

"husna beruntung sebab Allah mentarbiyyah husna secara langsung..tak ada perantaraan.husna harus bersyukur.itulah indahnya menjadi seorang muslim.kita tak ada perantaraan utk berhubung dengan Allah."

pada masa nie,saya macam baru tersedar.betapa susunan yg Allah aturkan buat saya adalh yang terbaik.mana mungkin kita melawan setiap peraturan yg Allah dah tetapkan.

ujian akan hadir silih berganti dalam hidup kita..dan ketahuilah setiap ujian yang menimpa kita adalah tanda Allah sayangkan kita...mahu kita kembali berada di jalanNya.dan ujian itu memang berada di dalam kemampuan kita..dalam surah Al-baqarah ayt 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.dia mendapat pahala dari kebajikan yg dikerjakannya dan mendapat seksa dari kejahatan yg diperbuatnya..."

kadang kala,kita selalu mempersoalkan setiap yang berlaku dalam hidup kita...
"kenapa Allah uji aku macam nie.."
"apa salah aku.."
"kenapa aku tak bahagia"
"kenapa dia pergi dulu?"

dan macam-macam soalan lain seolah-olah kita menyalahkan Allah swt..ketahuilah,setiap yg berlaku ada hikmahnya..ye,mungkin pada awalnya kita akan terlalu sedih,trauma,marah,berdendam dan sebagainya..tetapi banyakkanlah istighfar kepada Allah..suapaya syaitan tak ambil kesempatan bila kita sedang lemah.maafkanlah semua insan yg melakukan kesalahan pada kita..janganlah berdendam pada orang yg sentiasa memperlekehkan kita..



ujian..menyebabkan kita berfikir secara tak langsung...fikir kembali apa matlamat kita pada hidup nie...nak mencari barakah Allah atau murka Allah?ye..nak bercakap memang senang,tapi nak buat memang susah kan?tapi,usahala selagi kita punya masa..selalu muhasabah diri jika kita merasakan hari nie kita banyak melakukan dosa,lebih banyak daripada semalam..

memang susah kan..lagi-lagi bila berhadapan dengan dunia yang penuh pancaroba..elakkanlah dari bersikap 'pasrah tanpa melakukan usaha'..apa maksudnya?maksudnya,bila kita rasa diri kita terlalu kurang dari segi ilmu agama atau imlu-ilmu lain,kita hanya pasrah menerimanya tanpa melakukan apa-apa usaha seperti pergi dengar ceramah agama ke..baca buku ke dan lain-lain...akhirnya,kita akan menjadi lebih lemah dengan beranggapan kita bie jahat,jahil dan lain-lain sedangkan puncanya adalah diri kita sendiri..

ada juga dikalangan kita yg tak sedar kita sebenarnya sedang diuji...kita hanyut bila diberikan nikmat dan kelebihan yang akhirnya menyebabkan kita riak,sombong dan lain-lain..ada juga yang gemar menyalahkan orang lain bila diuji..tetapi tak berusaha utk menghadapi semua dugaan tue..ketahuilah,bila kita bersabar dan berusaha menghadapi semua ujian tue,insyaAllah kita akan merasa tenang dan lebih dekat denganNya..insyaAllah,kita akan dapat melihat apa hikmah disebalik ujian tue..

ok la....semoga kita dapat sama-sama muhasabah diri masing-masing ye...jaga diri,jaga solat,jaga pandangan dan pergaulan,jaga aurat....=)

No comments:

Post a Comment