Followers

Friday, July 9, 2010

berusaha utk khusyuk ketika solat...


salam...setelah berusaha memerah idea utk tulis entri baru,alhamdulillah saya ada idea lepas baca satu kisah nie...sebelum tue,saya nak tulis tentg solat nie lepas memerhatikan segelintir penjual di pasar malam yg mengabaikan solat semata-mata utk berniaga..bukan semua....tapi sebahagian je...

bercakap tentang khusyuk....bukan senang nak khusyuk kan..nak buat something dgn khusyuk pun agak susah..inikan pula utk solat..tapi BUKAN MUSTAHIL..harap-harap kisah nie dapat memberi semangat pada kita utk berusaha mencapai khusyuk ketika solat..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Diriwayatkan pada zman dulu ada seorang ahli ibadat yg bernama Isam bin Yusuf yg terkenal warak serta sentiasa khusyuk dalam solat.tapi,dia sentiasa terfikir dan bertanya kpada ahli ibadat lain cara utk khusyuk dalam solat supaya dia dapat perbaiki kelemahannya..(kita??)...

satu hari,dia jumpa dgn seorang abid yg bernama Hatim Al-Assam dan bertanya bagaimana cara dia mengejakan solat..lalu dijawab Hatim:

"apabila masuk waktu solat,aku berwuduk zahir dan batin"

Isam bertanya: "bagaimana berwuduk zahir dan batin?"

dijawab oleh Hatim:

"WUDUK ZAHIR adalah sama seperti kita membasuh anggota wuduk dengan air..tetapi WUDUK BATIN adalah dgn membasuh seluruh badan menerusi 7 perkara iatu:

1- bertaubat
2-menyesali dosa yg dilakukan
3-tak terlalu menyintai dunia
4-tak berharap pada pujian
5-meninggalkan sifat bangga
6-meninggalkan sifat khianat dan menipu
7- meninggalkan sifat dengki


kemudian,apabila selesai berwuduk zahir dan batin,aku terus ke masjid,aku kemaskan anggota tubuhku dan terus menghadap kiblat dgn perasaan aku menghadap Allah swt..syurga di sebelah kananku..neraka di sebelah kiriku dan malaikat Maut dibelakangku..

sesudah itu aku bayangkan berdiri dia atas titian Siratul Mustaqim dgn menganggap solatku ini adalah solat yg terakhir lalu aku berniat dan bertakbir dgn sebaiknya..ketika dalam solat,aku menghayati bacaan dan doa yg diucapkan.aku pastikan memahami maksudnya sblum aku rukuk dan sujud dgn penuh tawaduk,lantas aku bertasyadud dgn seikhlas hati..beginilah cara aku solat selama 30 tahun.."

apabila dengar cerita Hatim,menangislah Isam krana membayangkan ibadat yg dilakukannya kurang baik berbanding Hatim...

sekian...bila baca kisah nie..saya terfikir...org yg warak sentiasa berusaha memperbaiki ibdat dan amalan mereka supaya lebih sempurna...saya?kita?....takut rasanya bila fikir samada ibadat kita diterima oleh Allah atau sebaliknya..takut je tak cukup..harap kita sama-sama berusaha memperbaiki solat kita kerana perkara pertama yg akan dihisap ialah SOLAT..

dan doakan juga semoga Allah memberi hidayah kepada saudara seIslam kita yg mengabaikan solat.....insyaAllah...=)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

all d best utk semua senior rx5 yg telah memulakan tugas sebagai pegawai farmasi(PRP)..sesungguhnya kalian membakar semangat kami utk melakukan yg terbaik..lagi-lagi dengan sistem pembelajaran baru iatu no more midsem exam..huhu...mulai Isnin nie,saya akan bergelar pelajar tahun dua jurusan farmasi..doakan saya ye...=) tak lupa juga...welcome to all first year's pharmacy students...salam penuh mahabbah dari saya...

No comments:

Post a Comment