salam.....harap sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan sihat zahir dan batin dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi Allah ini...alhamdulillah,semester baru bagi kami,pelajar tahun kedua Farmasi telah bermula...semester nie,ada 9 subjek yg wajib diambil iatu:
1) fundamental of pharmacology
2) pharmacology of Peripheral nervous system
3) Immunology
4) basic medicinal chemistry
5) pharmacy practice II
6) pharmaceutical biotechnology
7) general pathology
8) ethics & fiqh for everyday life
9) leadership skill
saya tak ambil elective course iatu nuclear pharmacy..dengan jadual kuliah yg sangat pack,mungkin akan membataskan masa saya utk menulis di dalam blog nie.tapi,insyaAllah saya takkan berhenti menulis...kerana saya memang minat menulis...=)
ingin saya kongsikan peristiwa yg berlaku pagi tadi ketika lecture subjek pharmacology of PNS by Dr.Abdul Razak...lecturer nie sangat best...part yg saya paling hepi ialah pada penghujung kuliah beliau,beliau mengingatkan kembali oath yg kami buat apabila bergelar pelajar UIA..isi kandungan oath tue yg digariskan oleh beliau ialah tentang sumpah kami utk MELAKSANAKAN SEMUA PERINTAH ALLAH DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA,MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU,MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA,MENJAGA AKHLAK DAN AVOID FROM ANY INAPPROPRIATE RELATIONSHIP(COUPLE) INSIDE OR OUTSIDE THE CAMPUS...
saya tersenyum..ye..kebanyakkan daripda kami dah lupe isi kandungan perjanjian nie...dan semoga peringatan nie dapat kembali menyedarkan kita yg selalu terleka...saya juga sangat gembira melihat perubahan beberapa sahabat saya yg berubah ke arah yg lebih diredhai Allah..ada yg berubah memakai tudung yg lebih labuh,ada yg memakai sarung lengan dan stokin dan lain-lain..saya doakan agar kita sama-sama dapat istiqamah..=)
ingin juga saya mengingatkan semua sahabat termasuk diri saya sendiri tentang niat sebenar kita menuntut ilmu..jika sebelum nie,aim kita ialah utk dapat pointer yg tinggi,gaji yg besar dan lain-lain,harap kita dapat memperbaharui niat kita dengan meletakkan niat kerana ALLAH sebgai yg UTAMA..moga-moga dengan ilmu yg ada pada kita,kita dapat menyumbang kepada kemajuan Islam..insyaAllah..
ada juga di kalangan kita berasa sombong dgn ilmu yg kita miliki walhal ilmu yg kita ada nie ibarat setitik air laut dlam 7 lautan yg luas...Allah sangat melaknat org yg sombong..
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:
"Allah swt berfirman:'kemuliaan ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku.sesiapa yg menandingiKu dalam kedua-dua sifat itu,nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka'"
jadi,sentiasa lah beristighfar ye...semester baru nie,saya agak buzy..dengan study...dengan program dakwah,training,tarbiyyah,program society dan juga study...harapnya saya dapat melaluinya dengan sabar,tenang dan tabah...ha,semester nie jugak,kami menerima seorang pelajar baru...foreigner pulak tue..namanya Al-Qarnil from Saudi Arabia..hehe..lepas nie,dah tak boleh buat annoucement dalam bahasa melayu la...haih..kira dalam blog jela saya dapat berbahasa melayu...apapun,kami gembira menerima kedatangannya....semoga kita dapat bekerjasama..
kembali ke Uia sbenarnya sangat menggembirakan saya..mungkin kerana suasana yg agak Islamik..bila tiba waktu rehat,ramai yg sama-sama menuju ke surau utk melakukan solat dhuha,mahupun mengaji..ramai sahabat-sahabat yg sentiasa menyokong dan menasihati kita.membuatkan kita rasa lebih dekat denganNya..yela,bila kita sorang-sorang,kita akan rasa lemah kan..tapi,bila berkumpulan,insyaAllah kita akan jadi lebih bersemangat dan kuat.
secara jujurnya,saya rsa lebih bersemangat utk mengubah dan memperbaiki diri saya pada semester nie..dalam segala aspek..doakan saya ye...ok la..nnti saya tulis lagi....jaga solat.perbaiki akhlak...=)
Wah, "ramai" betol subjek yg awk amik sem ni... boley bawak ke? pape pon, gud luck to you.... kedatangan foreigner student pon bgus.. ley always speaking ngan die.. so, english pon ley bertambah fluent... and then, sebagai seorg insan yg bergelar Islam, sy just nk remind balik... ikhlaskan setiap perbuatan kerana Allah... igtlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah kerana Allah Ta'ala... dan jgn lupa untuk meminta sesuatu kpd-Nya sbb Allah lg suke kalo hambanya igt kepadaNya....
ReplyDeleteP/S: Sori kalo komen panjang2.. hahaha...
anonymous: insyaAllah...kalau x leh bawak pun,kena usaha jugak....thanks for the reminder..=) ukhwah fillah..
ReplyDelete