salam....harap semua sahabat-sahabat berada dalam keadaan sihat sentiasa..sebenarnya,saya kurang sihat..kena demam panas secara tiba-tiba..alhamdulillah dah beransur pulih..cuma dalam kelas tadi,tak boleh nak fokus sebab kepala berdenyut-denyut..dan tiba-tiba ada sudden quiz pulak tadi...
ok..apa yg saya nak kongsi kali ini terhasil daripada perbincangan bersama ahli usrah tadi..tentang subtopik ikhlas..seperti yg kita tahu,ikhlas nie secara ringkasnya bermaksud mengerjakan setiap perkara semata-mata mengharapkan ganjaran dan keredhaan Allah....tapi,setiap perkara yg kita lakukan tue,mestilah DENGAN NIAT YG BETUL DAN SELARI DENGAN SUNNAH DAN SYARAK..
apa tanda-tanda kita ikhlas ye??
macam yg kita tahu,ikhlas nie ibarat mencari semut yg hitam di atas batu yg hitam pada malam yg gelap gelita..payah kan??hanya Allah je yg dapat mengetahui keikhlasan kita...kira macam direct link la dgn Allah swt....
tanda-tanda ikhlas ialah:
1) takutkan kemahsyuran
2) sering merendah diri dgn mendakwa dirinya masih cuai dalam melaksanakan amanah dan kewajipan
3) amalan dibuat secara senyap-senyap..bukan menunjuk-nunjuk
4) tak kisah melaksanakan kerja sebagai ketua atau org bawahan
5) bukan gila kuasa..
6) tidak kisah apa pandangan masyarakat...as long as dia tahu apa yg dia buat adalah diberkati Allah.
7) tak terburu-buru
8) gembira dgn kehadiran sahabat yg lebih berkebolehan dari kita...
haa....agak-agak,ada tak semua tanda-tanda nie pada kita??fikir balik ye...
Yusuf Al-Qardawi ada menimbulkan 4 persoalan/pandangan tentang ikhlas iatu:
1)buat apa yg Allah rasa dgn kita..maknanya kita jgn buat something based on others opinion...ctoh:
"nanti apa pulak org kata..."
2) hendaklah sama padanya zahir dan batin..macam contoh kalau kat depan org ramai,kita mengaji,buat solat sunat..tapi bila kita berseorangan,kita tak buat pun..kira hipokrit la..
3) kita adalah sama apabila dipuji atau dikeji...tak kisahla apa org nak cakap,kita still istiqamah buat perkara tue..
4) jangan rasa keikhlasan...maksudnya...kita rasa macam kita nie dah ikhlas dah..ctoh:
"em...aku dah ikhlas dah tolong dia"
" aku buat perkara tadi tue ikhlas dah tue"
sedangkan keikhlasan kita tue,hanya Allah yg boleh tentukan...nak mencapai tahap ikhlas nie,sangatlah payah..setiap perkara yg kita lakukan dgn ikhlas harus melalui cabaran riya'(istikhlash..kalau salah ejaan,betulkan ye) dahulu...ctoh:
kita nak solat sunat dua rakaat...then,suddenly someone sit beside us...terus kita tak jadi nak buat solat sunat..sebab takut riya'..sedangkan perlakuan kita yg tak jadi nak buat solat sunat tue dah menunjukkan yg kita riya;..seolah-olah memang confirm ibadah yg kita nak buat tue ikhlas..boleh faham ke?hebatkan syaitan???sentiasa cuba nak pesongkan kita...
saya tanya naqibah saya, "kalau macam tue,better nak buat solat sunat tue or tak perlu buat?sebab both situations membawa kita kepada riya'"
naqibah saya menjawab:"kita still buat solat sunat tue...dan usaha utk melepasi halangan riya' tue."
kesimpulannya..kita kena sentiasa USAHA utk ikhlas dalam setiap apa yg kita lakukan..ok..selamat berusaha..dan selamat menyambut bulan Ramadhan..jom lipat gandakan amalan dan ibadah ye...=)
nk carik keikhlasan atau nk memahami ape tu ikhlas ibarat mencari buah di sepohon pokok yg banyak daunnya.... kite kne selak satu demi satu daun tersebut kalau nk jumpe buah tu.... n then, ade pembetulan sedikit (kalau sy yg salah, betulkan ye). Ikhlas ni kite buat sesuatu perkare kerana Allah TANPA mengharapkan apa2 ganjaran.... Wallahua'lam
ReplyDeletesprti semut hitam yg pakai spek itam.....=)
ReplyDeleteAntara cara nak ikhlas ialah istiqamah dlm apa jua amalan soleh.InsyAllah,Allah akan beri sifat ikhlas.Wallahualam
ReplyDeleteRamadhan adalah madrasah yang baik utk mendapatkan keikhlasan, krn ibadat puasa adalah antara kita dengan Tuhan.Cuma Allah yang tahu puasa ke kita atau tidak (secara hakikatnya)
ReplyDelete