Followers

Thursday, August 12, 2010

jangankan lelaki biasa...


salam....alhamdulillah, saya masih dipanjangkan umur utk melalui Ramadhan tahun nie..tapi,belum tentu saya dapat melaluinya dgn sempurna andai tiba-tiba nyawa diambilNya..berpuasa lah di bulan ini dgn sebenar-benar puasa..bukan hanya menahan lapar dan dahaga je ye..tapi juga berpuasa daripada melihat,mendengar,bercakap perkara yg haram dan sia-sia...cuba bersabar bila diuji dgn pelbagai dugaan di bulan mulia ini krna dugaan itu adalh tarbiyyah daripada Allah swt...=) diharapnya Allah menerima segala ibadah kita pada bulan mulia nie...insyaAllah..

moga-moga kedatangan ramadhan ini dapat memperbaiki diri kita..jangan biarkan ia berlalu begitu saje seperti bulan-bulan yg lain..jangan pula beranggapan bahawa bulan ini mendatangkan kepenatan kepada kita kerana perlu berpuasa di siang hari..rebut dan carilah Lailatul Qadar...nukilan kat bawah nie tak ada kena mengena dgn ramadhan...cuma sebagai panduan dan peringatan kpada kita semua je....=)


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,

Jangan jinakkan mereka dengan harta,
Kerana dengannya mereka akan liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Nantinya mereka akan derita,
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal,
Disitulan punca kekuatan dunia,

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak,
Suburkanlah kerana dari situ nantinya.... ...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi,

Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan,
Ia bukan dikriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidal mengenal Rabbnya,

Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara,
Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi....... ...
Pimpinlah diri kepadaNya... ..jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu,
Jangan mengharap isteri semulia Siti Fatimah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali

Hati ini milik Allah, diciptakan Allah, hanya untuk menyintai Allah



- sekadar perkongsian....=) saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba nak letak post tentang nie....hehe...renungkan ye..

3 comments:

  1. sy ske part "Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa"... sy pon camtu... ade segale-galenye, tp xde wanita disamping sy... T.T

    ReplyDelete
  2. nobody: insyaAllah..tiba masanya,akan datang jodoh yg baik..banyakkan berdoa n perbaiki diri ye....

    ReplyDelete
  3. salam..adik,akak rasa bukan spint, tapi spirit..entry adik kkat paling atas tu

    ReplyDelete