Followers

Saturday, February 20, 2010

makanan rohani.....




salam...malam tadi saya menghadiri talk yang bertajuk 'mabuk dalam kecintaan Rasulullah" sempena dengan maulidur rasul yang jatuh pada 26 februari nie..pada mulanya,saya nak join sebagai peserta..tetapi tengahari semalam,sahabat dan classmate saya iatu hilmi yang juga program manager untuk pgram ni,meminta pertolongan saya dan 3 orang sahabat lain untuk membantunya menjadi commitee...kami bersetuju...saya ditugaskan sebgai pengiring kepada isteri VIP pada malam itu iatu Ustaz Tengku Fauzy yang merupakan salah seorang Ulama' di Singapura..

its a great opportunity actually...although its not the first experience for me as an usher..but i'm quite nervous coz i really respect them..those who have high level of revealed knowledge...

prgam bermula pada pkul 9 malam dengan dimulai oleh persembahan Qasidah..sangat menyentuh hati dan merdu....talk ini banyak memberi maklumat baru tentang keagungan Rasulullah SAW...betapa Allah SWT begiru mengagungkan kekasihnya..antaranya:

1)Allah swt dan para malaikat sendiri berselawat ke atas Rasulullah saw..dalam surah Al-Ahzab ayat 56:
"sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat atas Nabi saw.wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah atas Nabi saw dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"..

2)hanya Allah mengetahui setinggi mana darjat Rasulullah saw...alam ini tercipta disebabkan oleh Rasulullah saw....baginda merupakan kurniaan dan rahmat yang terbesar bagi seluruh alam dan makhluk.

3)Rasulullah saw merupakan syiar agama yang pertama...

4)salah satu ciri orang yang bertaqwa ialah mengagungkan nabi saw..

kita mestilah meletakkan cinta kita pada Rasulullah saw lebih dari diri kita sendiri untuk mencapai darjat hamba Allah yang beriman...kalau difikir secara logik,Allah sangat mencintai Rasulullah seperti contoh ketika solat,jika kita tidak membaca selawat ke atas Rasulullah ketika tahayat akhir,solat kita akan menjadi tak sah...either solat fardhu or sunat..

jika kita menghina Nabi saw hatta meninggikan suara pada baginda saw atau memanggil baginda dengan panggilan yang sama dengan panggilan manusia biasa,segala amalan kita akan menjadi BATAL....jadi,berhati-hatilah ye....tanamkan kecintaan kita pada Rasul kita...

melalui talk ini,makin bertambah cinta saya pada Rasulullah...baginda adalah manusia yang paling sempurna,baik akhlaknya dan menjadi contoh yang paling layak untuk diikuti.....banyakkanlah berselawat ke atas baginda..semoga kita mendapat syafaat baginda akhirat kelak...

sekian...=)

2 comments:

  1. Tidak ada perintah yang Allah mulakan dengan ZatNya dahulu,melainkan perintah selawat atas Nabi saw.

    ReplyDelete
  2. ye..btol...ayat 56 surah al-ahzab ini tercatit apabila terciptanya qalam iatu sebelum Allah mencipta langit,bumi dan makhluk2 lain...
    jadi,harap kita dapat sama2 memperbanyakkan selawat dan mengamalkan sunnah Rasulullah saw..=)

    ReplyDelete