Followers

Tuesday, December 28, 2010

kahwin semasa belajar.....=)


Salam…dah agak lama saya tak tulis entri baru kan.maklumlah,tengah sibuk adapt dengan semester baru yang makin mencabar dan juga jadual hidup saya yg buzy.hehe..sekarang nie pun,Allah uji saya dengan demam kesan daripada kurang rehat beberapa hari yg lepas..huhu…imunisasi saya memg agak lemah.mudah je jatuh sakit..

Ok…kahwin masa belajar…entri panas saya utk akhir tahun 2010.sebenarnya dah agak lama saya nak tulis tentang kahwin..tapi,takut kawan-kawan cakap saya dah nak kahwin pulak..nak tulis tentang kahwin,tapi saya pun tak kahwin lagi..apa yg saya tulis nie,based on pembacaan buku,artikel dan pandangan saya sendiri.jadi,kalau ada apa-apa yang berlainan dengan pemikiran anda,saya minta maaf ye...

Kahwin masa belajar..ehem..kalau di UIA,perkara nie adalah fenomena biasa.ramai di kalangan senior yang kahwin masa belajar.siap dah ada anak lagi.saya bukanlah menentang,bukan juga menyokong,tapi bagi saya,perkara kahwin ini bergantung kepada pihak itu sendiri.

Soalan pertama:

Kenapa nak kahwin masa belajar?bukan lepas belajar?

Kalau jawapan kita adalah untuk menjaga hati,menjaga pandangan dan menjaga nafsu..kita kena fikir dengan mendalam.yela,nak kahwin kan,bukan nak beli sayur kat pasar.kahwin bukan hanya sekadar itu.perkahwinan lebih kepada satu tanggungjawab dalam menguruskan rumah tangga.bagaimana kita mengemudi bahtera rumahtangga itu.bagaimana kita hadapai semua ujian rumah tangga,anak-anak,perasaan jemu bila dah lama berkahwin,masalah ekonomi dan lain-lain.

soalan kedua:

dah dapat persetujuan daripada family?

ha..inilah masalah dan tentangan biasa yg dialami oleh kawan/kenalan saya yang nak kahwin masa belajar...ada family yg tak bagi kahwin masa belajar..sebab?mungkin mereka tak yakin dengan kita..mungkin mereka harap kita dapat habis belajar dulu,bantu keluarga sebelum berkahwin..mungkin juga mereka tak berkenan dengan calon kita...

solusinya?

kalau ada tentangan daripada family,try bincang dengan mereka elok-elok..jangan jadi anak derhaka semata-mata nak kahwin..ingat,redha Allah terletak pada restu ibu bapa..kalau ibu bapa tak yakin dengan kemampuan kita utk kahwin awal,maka,yakinkan mereka...bagaimana?tunjukkan kematangan kita...kemampuan kita mengawal emosi,bertolak ansur,menguruskan rumah,result exam yg stabil...insyaAllah,mereka akan izinkan..cuma ambil masa la...

kalau mereka tak setuju sebab nak kita kerja dulu,bantu keluarga,bincanglah dari hati ke hati dengan mereka...bagitahu kenapa kita nak kahwin awal...banyakkan solat hajat dan doa,semoga mereka menerima hasrat kita....lepas usaha,beberapa minggu lepas tue,timbulkan semula hajat kita..kalau ditolak lagi,tunggu dulu..then,tanya lagi....insyaAllah,kalau memang dah jodoh kita,semuanya akan dipermudahkan Allah.....yakinlah dengan Allah.....kena betul-betul yakin...

kalau dihalang jugak,bersabarlah..banyakkan berpuasa,solat hajat dan doa...mungkin ini ujian Allah untuk kita...sesungguhnya kebahagiaan yg hakiki,perlukan pengorbanan...=)

nie ada satu ayat Quran yang diberi oleh sahabat saya bertujuan untuk melembutkan hati mak ayah...surah Ali-Imran ayat 31..amalkan ye..insyaAllah...yang penting,betulkan niat kita ye..

soalan ketiga: Bersediakah kita?

Kalau kita dah bersedia,sanggup untuk berubah,sanggup dan bersedia menerima insan lain dalam kehidupan kita,berkongsi segalanya dengan dia,mempunyai matlamat yang jelas,maka teruskanlah…tetapi…

Bagi bakal suami,

Bersediakah anda dari segi ekonomi?anda adalah ketua keluarga.tanggungjawab anda sangat berat.isteri berada di bawah tanggungan anda.termasuklah bakal anak-anak anda yg akan lahir nanti.bagaimana pula dengan status kewangan anda semasa nak berkahwin nanti?mas kahwin dan duit hantaran,barang hantaran,kenduri,rumah sewa,perabot dan lain-lain sememangnya memerlukan wang yg banyak…bersedia ke? Kalau bersedia,teruskan…^_^

Bab peribadi dan ilmu agama anda…dah cukup diperbaiki tak?anda sanggup berubah menjadi lebih baik,buang sifat-sifat mazmumah,tambah ilmu-ilmu agama…yela,anda adalah ketua keluarga….kalau anda gagal membina baitulmuslim,apa yg anda nak jawab di akhirat kelak?anda akan mempunyai seorang isteri..isteri tau,bukan orang gaji….bersedia tak nak tolong isteri buat kerja rumah,memasak dan lain-lain?maklumlah,isteri anda juga pelajar….balik daripada kelas,nak kena kemas rumah,masak,iron baju dan lain-lain..belum campur nak siapkan assignment,study lagi tue…..kalau anda bersedia nak bertolak ansur,teruskanlah niat untuk kahwin…^_^

Hubungan antara kedua-dua ibu bapa juga perlu dititikberatkan….agak-agak kalau hubungan kita dengan mak ayah kita dingin,kurang ajar,macam mana kita nak layan mak mertua dan ayah mertua dengan baik kan?kita bukan sekadar berkahwin dengan isteri/suami tetapi juga ahli keluarga mereka…

Bagi bakal isteri,

Sudahkan anda bersedia untuk berkahwin?bagaimana dengan ilmu asas anda sebagai wanita?dah pandai memasak,kemas rumah,basuh kain?macam mana pulak dengan kematangan anda?bagaimana anda menghadapi masalah?ego anda?ibadah anda macam mana?liat nak bangun awal tak?solat terjaga?

Kadang-kadang wanita ni,tak nak beralah…..asyik nak merajuk je..opsss….hehe….tapi,sebagai seorang isteri,kita kena banyak mengalah jugak,bertolak ansur…kita kena patuh pada seorang suami selagi dia tak melanggar hukum syarak..dah bersedia ke?

dalam konteks kita sebagai pelajar,adakah kita dah bersedia nak membahagikan masa antara study dan tanggungjawab kita sebagai isteri?ilmu agama dah cukup mantap ke?penting utk bekalan kita sepanjang perkahwinan kita..teringat seorang ustaz pernah cakap,kalau kita nak membina baitulmuslim(keluarga Islam),kita sendiri hendaklah mempunyai iman dan ibadah yang mantap...selain daripada jalan menuju perkahwinan yang betul,pegangan agama yg utuh sangat membantu kita...

semua yang saya tulis kat atas nie,adalah pandangan saya sendiri....semua itu boleh dipelajari dan diperbaiki...kita kena belajar daripada kesilapan...kepada yg bakal berkahwin,tahniah saya ucapkan...bersedialah daripada segala aspek..akhlak,ibadah,iman,sikap,pergantunggan kita pada Allah...ma saya cakap,perkahwinan memerlukan kesabaran dan tolak ansur yg sangat tinggi..kalau ada yang tak kena,jangan simpan dalam hati..sebaliknya,berbincang dan terus teranglah..itu yg terbaik..jgn letakkan high expectation pada pasangan kita..terimalah mereka dengan seadanya...setiap orang ada kekurangan masing-masing...lagi study,walaupun dah kahwin,study mesti diberi perhatian...kan bagus kalau kita dapat jadi pelajar berkahwin yg cemerlang dalam akademik....^_^

berpeganglah pada kata-kata 'hidup untuk memberi.." bila kita buat orang bahagia,insyaAllah,kita akan bahagia...paling penting,pergantungan kita pada Allah..Dia yang memegang hati kita..menyatukan hati kita...Dia mengetahui segalanya tentang kita..jadi,pohonlah padaNya....bergantung hanya pada Dia..pohon perlindungan pada Dia.semoga cita-cita kita utk membina baitulmuslim yg mawaddah wa rahmah tercapai...amin...

p/s: sy cadang nak tulis tentang step-step preperkahwinan...agak-agak,boleh ke?

7 comments:

  1. Rezeki itu di tangan Allah swt.Kebanyakan mereka yang saya kenal berkahwin awal dan amalan mereka di jaga walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap tetapi anehnya mereka tidak pernah kekurangan duit.Nak kata keluarga kaya tak juga.Ada sahaja rezeki yang datang dengan sendiri.

    Asalkan melakukan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya,berusaha dan yakin nescaya rezeki akan datang insyallah

    ReplyDelete
  2. hai husna.. =)
    nak kawen dah ae
    oyat awal2 deh
    nok susun mollek buh dalam almanac=)

    moga istiqamah

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Husna:
    boleh tak nak share kat fesbuk sume ni? nadia kawan hubby husna. kawan time skolah rendah dulu..nadia alami perkara yang sama dgn husna. cume lein sikit je. nadia kawen awal sehari dari husna, kalau takde aral, insyallah nadia dtg ke rmh mertua husna tuk walimah kat ctu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    "bagaimana pula dengan status kewangan anda semasa nak berkahwin nanti?mas kahwin dan duit hantaran,barang hantaran,kenduri,rumah sewa,perabot dan lain-lain sememangnya memerlukan wang yg banyak…bersedia ke? Kalau bersedia,teruskan…^_^"

    Pelik...bukankah yang wajib tu hanya mas kahwin yang hanya RM100-300.00 sahaja...of course boleh dikatakan semua orang mampu...

    Hantaran???? perlukah???? sungguh pelik???

    Makcik bernikah 25 tahun dulu ketika masih belajar...perbelanjaan kahwin RM90.00 sahaja... suami makcik keluarkan belanja RM245.00 sahaja utk mas kahwin....

    Anak makcik bernikah 2 bulan lepas...menantu makcik keluarkan RM300.00 sahaja utk mas kahwin... tiada duit hantaran, tiada barang hantaran, nothing more...

    Perkahwinan yang berkat itu yang murah sekali perbelanjaannya...

    Oh ya...makcik nikah masa belajar...graduated with CGPA 3.918

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum makcik...

    oh..tentang hantaran ye..memang kalau ikut kan,mas kahwin je yang wajib..tapi,masyarakat hari ini terlalu mementingkat wang hantaran dan lain-lain hinggakan membebankan pengantin...alhamdulillah,saya seronok dengar cerita makcik..tapi,berapa kerat sangat keluarga yang memahami erti kata perkahwinan yang sebenar..ramai kawan saya yang terpaksaa tangguhkan niat untuk berkahwin sebab tak cukup duit...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tajuk ni.hehehe. Banyak info.

      Bagi pendapat saya pula,untuk lelaki kejar dulu cita-cita sebelum kejar cinta. Bukan susah pun, Habiskan Belajar Secepat Mungkin (kalau tempoh belajr 4 tahun, compress jadikan 3 tahun), Dapatkan Kerja Cepat-Cepat then Pinang la Bakal Isteri Cepat-Cepat, tak susah pun. Kalau Allah dah takdirkan itu jodoh kita, InsyaAllah takkan ke mana-mana.hehehehe

      Entry saya berkenaan tajuk ini >>>
      KAHWIN SEMASA BELAJAR DAN USIA MUDA
      Cinta : TIPS BERCINTA CARA ISLAM

      Delete