Followers

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

kesilapan wanita tentang aurat...=)

salam...alhamdulillah,idea utk menulis datang lagi...sebenarnya,saya tengah membaca buku "untukmu wanita" karya Ust Zaharuddin Abd Rahman..saya sangat suka membaca...memang ralit berjam-jam..tapi,disebabkan saya student lagi,duit pun tak banyak,terpaksala berjimat sikit dan kawal diri daripada membeli buku banyak-banyak...tak pe,nanti dah ada duit,saya akan beli..sebab dah ada banyak buku dalam list saya...hehe...'Risalah ta'lim','fiqh sirah 1,2,3' dan bnyak lagi...

saya tak habis lagi baca buku nie..tapi saya nak kongsi tentang kesilapan yg acap kali wanita lakukan tanpa disedari or disedari..rasanya dah banyak jugak post saya tentang aurat wanita..tak pela..nak tulis jugak..hehe..saya sgt mencadangkan semua wanita baca buku nie..sangat best..nanti sy kongsi tentang "wanita yg bekerja..boleh ke?" pula..sebab saya pun tengah dilema..hehe



KESILAPAN PERTAMA:
aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja..

KESILAPAN KEDUA:
bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek..

KESILAPAN KETIGA:
bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis dan memaparkan bentuk dan kawasan yg mudah menggoda..

KESILAPAN KEEMPAT:
bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul..

KESILAPAN KELIMA:
bertudung tetapi hanya memakai bila di pejabat@sekolah, tetapi tidak di sekitar rumah,pasaraya dan lain-lain..

KESILAPAN KEENAM:
bertudung tetapi tudung dilempar ke belakang,menampakkan dada..

"..hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yg terzahir.."(AN-Nur:31)

KESILAPAN KETUJUH:
bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis

riwayat Al-'Uqayli,Dar Qutni dari Abu Hurairah :Rasulullah saw bersabda " Allah sentiasa merahmati para wanita yg memakai seluar panjang(di sebelah dalamnya)"

KESILAPAN KELAPAN:
bertudung tetapi memanjakan suara...

"maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja krna boleh menimbulkan keinginan orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yg baik,sesuai dan sopan"(Al-Ahzab:32)

selain dari tue,saya dah habis baca ketiga-tiga buku karya Ustaz hasrizal nie..salah seorang ustaz yg saya kagumi jugak...buku nie sgt bermanfaat..mengajar kita cara yg sebenar yg dianjurkan dlam Islam tentang hubungan kasih sayang di antara suami isteri,ahli keluarga dan paling penting kasih sayang kita dengan Allah...=)


sebenarnya,saya nak ubah background blog sy nie dan nak kemaskini..tpi,saya nie buta IT cikit...kena tanya kawan-kawan dulu la...dulu dorang dah ajar,tapi saya dah lupa.hehe...ok..jaga aurat,jaga hati,jaga pandangan...=)

Thursday, April 15, 2010

buku: majalah SOLUSI..



salam....dah lama tak upload gambar buku-buku yang saya baca kan...kali nie saya nak cadangkan semua yang view blog saya nie untuk baca dan jadikan majalah nie sebgai majalah bulanan...dah hampir 6 bulan saya jadi pembeli setia majalah nie..walaupun harga majalah nie agak mahal iatu RM 9,tapi sangat berbaloi...

kat dalam majalah nie, ada banyak maklumat merangkumi semua aspek dalam hidup kita..dari segi keluarga,kewangan,muamalat,munakahat,jenaka,kesihatan,agama dan lain-lain..apa yang menarik,penulis-penulis artikel dalam buku nie terdiri daripada pendakwah yang hebat..antaranya ust hasrizal,ustzah bahyah,ustazah fatimah syarha,dr farhan hadi,dr fadzillah kamsah,ust pahrol dan lain-lain..

bila baca majalah nie,secara tak langsung dapat tambah ilmu kita di samping membuka minda kita supaya sentiasa peka...kan ada phrase 'bangsa yang membaca adlah bangsa yang berjaya'..lebih kurang la..huhu...tapi..majalah nie macam payah sikit nak cari...kalau kat kawasan rumah saya nie, tak da pun kedai buku yang jual majalah nie..bese kat UIA,majalah nie ada jual kat kiosk..dan boleh wat langganan..tapi tak mampu la pulak..

apapun,saya sangat cadangkan kita baca majalah nie..majalah islamik yang merangkumi keseluruhan kehidupan kita..dan bolehlah share apa yg kita tahu pada org lain..isyaAllah..

Tuesday, February 16, 2010

buku 2: apa ertinya saya menganut Islam?




salam...buku karya Allahyarham Fathi Yakan ini saya baca sejak 2 tahun yang lepas..sudah beberapa kali diulang baca dengan harapan dapat mengamalkan serba sedikit isinya dalam kehidupan seharian...faham-faham sajelah dunia hari ini yang penuh dengan pancaroba..tersilap langkah,pasti binasa....

bagi saya,buku ini sangat menarik dan wajib dibaca bagi setiap muslim..buku ini tersusun dengan baik apabila dibahagikan mengikut peringkat-peringkat yang tertentu..pada awalnya,kita akan menghayati dan memahami tuntutan Islam bagi setiap individu...daripada sudut akidah,ibadah,akhlak,keluarga dan diri sendiri..banyak kandungan dalam buku ini yang menyentuh tangkai hati saya..

dari sudut akidah,membuatkan kita bertambah yakin tentang kekuasaan Allah yang emnjadikan dunia ini bukanlah sia-sia...meyakini tentang keesaan Allah swt..
dari sudut ibadah,kita dapat kembali muhasabah dan memperbaikiibadah kita kepada Allah..mencuba menjadi lebih khusyuk..kerana ibadah yang dilakukan dapat membantu kita di akhirat kelak..
dari sudut akhlak,kita dapat memperbaiki akhlak kita terhadap Allah dan makhluk-makhluk lain..batas-batas pergaulan dan lain-lain..panjang pulak kalau saya huraikan semua kan....

selepas itu,kita dibawa ke satu peringkat yang lebih tinggi iatu tentang kewajipan kita pada Islam....apa tanggungjawab kita..bagaimana cara untuk beramal dengan Islam dan sebagainya..mungkin sebelum ini kita langsung tak mengetahui apa kewajipan kita..ya..kita wajib menyampaikan dakwah...mengetahui apa yang dimaksudkan dengan gerakan Islam..kerana jika kita bergabung,usaha dakwah itu akan menjdi lebih mudah dan kuat...ibarat sebatang lidi dengan segengam lidi,tentulah segenggam lidi itu yang lebih kuat...dapat membantu uasaha kita...dapat menasihati kita dan lain-lain...

jadi,bacalah buku nie ye...=)

Friday, February 5, 2010

Buku : 1: Saidatina Khadijah:sebuah catatan biografi..




salam...saya berniat untuk memasukkan sedikit sebanyak kesimpulan daripada setiap buku-buku yang telah dibaca...untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang salah satu buku yang bagi saya amat menarik...Saidatina Khadijah, isteri pertama Rasulullah saw dan merupakan wanita pertama yang memeluk Islam..

Alangkah beruntungnya Khadijah kerana berpeluang menjadi isteri Rasulullah saw..betapa hebatnya Khadijah sebagai seorang mujahidah Islam..betapa tinggi pengorbanan Khadijah sehingga Rasulullah saw begitu menyayanginya...

Nama penuh Khadijah ialah Khadijah binti Khuwailid ibnu Asad ibnu 'Abdul 'Uzza ibnu Qushay.datuknya yang keempat bertemu nasab dengan Rasulullah saw. Pernikahan Khadijah dengan Raasulullah saw membawa satu contoh dan perubahan dalam Islam apabila wanita dibolehkan meminang lelaki dengan menggunakan batas-batas tertentu.

Allah swt telah menjanjikan sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada permata,diliputi kedamaian,yang dilindungi dari kebencian dan permusuhan.Rasulullah bersabda:

"aku diperitahkan untuk memberi khabar gembira kepada Khadijah bahawa akan dibangun untuknya di syurga sebuah rumah dari permata;tiada hiruk pikuk dan rasa lelah di sana"(hadis riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Ahmad)

banyak pengajaran yang saya peroleh daripada buku ini...ia banyak mengajar saya dalam menghadapi dugaan ketika berdakwah mempertahankan agama Islam...kesetiaan seorang isteri yang sentiasa menyokong suaminya...peribadi mulia yang ditonjolkan membuatkan saya cuba untuk menjadi sepertinya..InsyaAllah...saya ingin berusaha menjadi muslimah solehah sepertinya...=)