Followers

Showing posts with label novel cahaya ilahi. Show all posts
Showing posts with label novel cahaya ilahi. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

novel cahaya ilahi-part 3

Entah kenapa saat itu, Nisa berasa sangat serba-salah..sangat gelisah apatah lagi memikirkan seolah-olah ramai yang memerhatikan gerak geri mereka berdua…Nisa mula memikirkan apa sebenarnya yang berlaku….

Sebaik sahaja sampai ke biliknya, dia menghantar SMS kepada seorang senior yang rapat dengannya..

-salam..kak hanim,saya ada nak Tanya something…akak ada masa ke?-
=w,slam Nisa…insyaAllah ada..tanya lah..=
-em.kak,dalam Islam,tak pe kan bercinta asalkan kerana Allah?=

Nisa tahu yang kak hanim amat sedia maklum hubungannya dengan Aqif.Nisa menghormati kak Hanim memandangkan kak Hanim adalah seniornya dan juga seorang penghafaz Al-Quran.

=Nisa,apa maksud bercinta kerana Allah tue?adakah dengan keluar berdua-duaan,meluahkan perasaan sayang dan lain-lain?dlm Islam,hubungan yg sebegitu adalah dilarang kerana menghampirkan kita kepada zina..=

‘eh..yeke?....patutla aku rasa tak sedap hati je..’bisik Nisa..

-tapi,macm mane hubungan yg diredhai Allah kak?takkan kita taknak kenal siapa bakal suami kita?-tanya Nisa.

=ada caranya Nisa..kita tak boleh keluar berduaan tanpa mahram dengannya,kita tak boleh bercakap di telefon melainkan ada hal-hal yg penting,kita tak boleh mengucapkan kata-kata sayang kepadanya…cuba bayangkan,apa perasaan suami kita yg sah nanti bila tahu kita pernah mengucapkan kata-kata sayang pada lelaki lain?macam nie la..nanti akak datang bilik Nisa ye…akak akan terangkan pada Nisa..=

-em..ok..tq kak.salam-

Sepanjang malam itu,Nisa asyik memikirkan tentang hubungannya dengan Aqif….
‘haish..takkan nak putuskan hubungan….aku dah sayang kat dia..’
‘tapi…takkan nak buat apa yg Allah larang..tak tenang pulak aku nanti….’
‘macam mana ek..hm….aku tak nak dah keluar berdua dengan dia….xpe.berubah sikit-sikit dahulu’azam Nisa..

Perubahan dingin Nisa menimbulkan tanda Tanya pada Aqif..Nisa hanya memberikan alasan ingin fokus pada pelajaran…

Suatu hari,seusai kelas,Nisa terlihat satu flyer tentang ceramah yg akan dianjurkan pada malam esok…apa yg menarik hatinya ialah tajuk ceramah itu iatu “when Adam meets Hawa”..membicarakan tentang cinta sebenar dalam Islam dan langkah-langkah yg harus dituruti…

‘waa…ustaz Meeftah dan Ustazah Fatimah syarha la….mesti best nie..aku nak join la..’azam Nisa.sememangnya,Nisa sudah beberapa kali membaca novel karya Ustazah Fatimah syarha sekaligus menambah minatnya utk mendengar ceramah itu….

Ketika ceramah sedang berlangsung,Nisa mendengar dengan begitu teliti setiap ilmu yg disampaikan..saat itu,dia berasa sangat tenang..indahnya jika dia juga mengamalkan garis panduan Islam dalam soal perhubungannya dengan Aqif..antara isi-isi yg digariskan oleh Nisa dalam buku notanya ialah:

1)etika hubungan lelaki dan wanita
-menundukkan pandangan
-menutup aurat
-jgn berdua-duaan
-jgn melunakkan suara
-jgn bersentuhan
-jgn membayangkan org yg dicintai


Saat itu,Nisa tersedar…dia telah tersilap tafsir..tersilap langkah tentang hubungannya dgn Aqif…saat itu..Nisa terasa ingin menangis..mengenangkan dosa dan kesilapan yg telah dilakukan..sesungguhnya Islam tidak membenarkan hubungan di antara lelaki dan wanita yg bukan mahram(couple) kerana ianya menghampiri zina..mungkin Nisa mampu mengelak daripada keluar berdua-duaan dgn Aqif..tetapi mana mungkin dia dapat mengelak daripada meningati Aqif dan menjaga hatinya?

Nisa mengurungkan diri…setelah berwuduk,dicapainya sejadah lalu dibentangkan…dia ingin memohon keampunan Allah..betapa dia telah tersilap…

“ya Allah…sesungguhnya Engkau yg Maha berkuasa..ampunkan segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku,doa sahabat-sahabatku dan juga seluruh umat Islam…Ya Allah..sesungguhnya aku telah tersilap langkah..aku melakukan dosa dan maksiat ya Allah..semata-mata kerana ingin meraih kasih sayang manusia..sedangkan kasih sayangMu lebih agung…ya Allah…terimalah taubatku yaAllah..tunjukkan jalan yg lurus kepadaku..berilah aku kekuatan utk kembali dekat denganMu..aku ingin menjadi hambaMu yg soleh….aku tak sanggup menanggung azabMu atas segala kemaksiatan yg aku lakukan..amin” doa Nisa sambil menangis teresak-esak….


‘keluarlah air mata..moga ia menjadi penghapus dosa..aku insan yg hina…ampunkan aku ya Allah…’sedu Nisa….

Kini,kebanyakkan masanya dihabiskan dengan membaca buku-buku agama dan bertanya kepada sahabat-sahabatnya tentang Islam….Nisa juga membeli tafsir Al-Quran utk lebih memahami maksudnya…Alhamdulillah..dia lebih tenang..dia menjauhkan diri daripada Aqif….

Tetapi…Aqif kembali mengekorinya kerana inginkan penjelasan…


Bersambung…

Sunday, August 15, 2010

novel: cahaya Ilahi-part 2

Hanzalah tergamam mendengar cerita yg disampaikan oleh Nisa. Seusai bercerita, Nisa terus menamatkan perbualan. Perlahan-lahan, hanzalah menaip mesej yg penuh dgn kata-kata semangat utk menasihati Nisa.

- Nisa, bersyukurlah kerana Allah masih melindungi maruah awak.bersabarlah kerana Allah ingin menguji sejauh mana iman awak.jangan sekali-kali berprasangka buruk denganNya.ambil la masa utk tenang kembali.sebagai seorang sahabat,saya hanya mampu menasihati awak.bersabarlah.sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yg bersabar-

Tetapi,tiada balasan daripada Nisa. Hanzalah amat bersimpati ke atas apa yg telah berlaku.terselit juga perasaan marah di hatinya tentang perbuatan lelaki itu terhadap Nisa.jauh di sudut hatinya,dia ingin membimbing Nisa menjadi insan yg lebih baik..tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej yg baru diterima.

‘hm..daripada Nisa’.getus hanzalah.

= SAYA BENCI LELAKI !!!!=

Pendek.tegas.menusuk hati.

‘ya Allah..berilah kekuatan iman kepada Nisa’.doa Hanzalah di dalam hati.

=saya kotor Hanzalah.ibu bapa saya salahkan saya.diaorang nak saya tarik balik report polis yg saya dah buat.mereka malu dengan apa yg menimpa saya..bukan salah saya hanzalah.saya tak minta semua ni jadi pada saya.selama ni saya amat menjaga pergaulan saya dgn lelaki.ye,saya kasar tapi saya masih menjaga maruah diri saya.kenapa semua ni berlaku pada saya???saya kotor! Saya hina!=

-Nisa,banyakkan istighfar.tak baik berprasangka buruk pada keluarga sendiri.mungkin keluarga awk ada kelemahan dan kekurangan.tapi bersabarlah.Allah takkan menguji hambaNya lebih daripda kemampuannya.awk tak hina..awk tak kotor..anggaplah ini ujian Allah utk awk.bersabarlah….ingat Allah banyak-banyak-

Sepanjang tempoh yg amat menguji iman Nisa ini, Hanzalah sentiasa memberi kata-kata semangat kepadanya utk bangkit dan menjadi lebih kuat.jangan sekali-kali keluar tanpa ditemani oleh kawan-kawan atau ahli keluarga,sentiasa menutup aurat dan menjaga perlakuan. Alhamdulillah, Nisa kembali tenang.

Beberapa bulan berlalu. Nisa menyambung pelajaran ke Pusat Asasi UIA yg terletak di Petaling Jaya manakala Hanzalah melanjutkan pelajaran di matrikulasi Pahang. Walaupun berat utk keluarga Nisa melepaskan Nisa di metropolitan itu, Nisa tekad utk pergi ke sana.dia akan berhati-hati dalam menjaga dirinya.nasihat keluarga dan Hanzalah sentiasa dipegangnya.

Melangkah ke Pusat Asasi UIA, Nisa muncul dengan imej muslimah.dia memastikan tudungnya menutupi dada,memakai sarung lengan dan stoking,memakai baju yg menutup aurat dengan sempurna.

‘hm..dah tutup semua aurat dah.alhamdulillah’.getus Nisa di dalam hati.

“nisa,cepatlah sikit.dah-dahla tengok cermin tue..pecah cermin tue nanti.” Usik Sarah sambil ketawa kecil. Sarah Kamarudin merupakan roommate dan juga classmate Nisa.belajar dalam bidang yg sama iatu Farmasi.

“ye..saya dah siap dah ni…kejap ye…”balas Nisa.

Mereka beriringan menuju ke kelas. Melihat Nisa yg asyik tersenyum, Sarah menyapa.
“ai..senyum memanjang Nampak..ada apa-apa berita gembira ke?”

“hehe…emm..Sarah,saya dah couple dengan Aqif….”balas Nisa.

“ha???betul ke..amboi..bukan main lagi sekarang ye..semoga bahagia….”balas Sarah.

Nisa membuat keputusan utk menerima Aqif, seniornya di sini sebagai teman istimewanya.tujuan utamanya adalah utk melindungi dirinya daripada gangguan lelaki-lelaki jahat dan berhidung belang daripada menganggunya.Nisa mencapai telefon bimbitnya dan mengkhabarkan berita itu kepada Hanzalah..

=salam…sihat?sy nak gtau…saya dah ada pakwe sekarang ni..nama dia Aqif..senior sy…hehe..doakan kitorg bahagia ye..=

Tetapi,tiada balasan daripada Hanzalah..’ah..lantaklah..’gumam Nisa…

Sebenarnya Nisa sangat gembira kerana hujung minggu ni, dia akan keluar buat pertama kalinya dengan Aqif..

‘mesti seronok kan keluar berdua dengan dia..ai…tak sabarnya…hehe’angan Nisa.

Tiba hari yg dijanjikan, Nisa bersiap dengan sebaik yg mungkin..saat terlihat kelibat Aqif, Nisa tersenyum..
“awak dah lama tunggu?cantik awak hari nie…”sapa Aqif sambil tersenyum.

“em..baru je…mana ada la..em..kita nak ke mana nie?”Tanya Nisa gugup.

‘haish…kenapa rasa tak tenang nie…’hati Nisa berkata.

“ha..kita pergi tengok wayang…then, kita makan-makan,jalan-jalan…lepas tue kita balik la ye…boleh?”Aqif bertanya.

“ha?tengok wayang?saya tak pernah tengok wayang..em…boleh kot…”balas Nisa.

Sememangnya Nisa tak pernah keluar berdua dengan mana-mana lelaki..apatah lagi menonton wayang. Timbul rasa kurang selesa dalam dirinya tetapi diabaikan saja.sebenarnya,daripada awal lagi, Nisa rasa kurang selesa apabila berjalan berduaan dengan Aqif.seolah-olah semua orang di dalam pusat beli belah ini memandang ke arahnya.

‘aku ada buat salah ke ni..kenapa rasa macam tak selesa je…’fikir Nisa..

bersambung..

Saturday, August 14, 2010

novel pendek: cahaya Ilahi (bhgn satu)

‘hish…nak berceramah pun, tak payah lah nak sindir-sindir orang…’ getus Anisah di dalam hati.

“wei…duduk jauh-jauh sikit..tadikan ‘ustaz’ Hanzalah dah bagi warning dalam surau…” sindir Anisah pada semua rakan-rakan sekelas di sambut dengan gelak ketawa yang agak kuat..

Anisah Mardhiyyah bt Azman..nama lembut tetapi tidak selembut orangnya..Anisah merupakan seorang gadis yang lasak, agak kasar dan agresif…

“pantang betul la kalau ada orang sound direct macam ni..memang nak kena budak ni..siap kau!” gumam Anisah sambil mengorak langkah menuju ke kelas 5 Al-Khindi..

“wei..mana satu Hanzalah? Aku nak selesaikan urusan penting dengan dia !” laung Anisah dengan mata yang mencerlung dan meliar memerhatikan seluruh kawasan kelas.

Suasana yang sunyi memandangkan waktu ini merupakan waktu prep malam langsung tidak dihiraukannya.siapa yang tak kenal dengan Anisah. Pelajar yang aktif tapi kasar dengan tema “lelaki tak boleh dipercayai”..membuatkan semua orang mengenali dirinya.
Tak lama kemudian,bangkit seorang pelajar lelaki berwajah tenang menuju kea rah Anisah sambil tersenyum.langsung tidak kelihatan riak takut dan marah di wajahnya.

‘aik..yang ni ke Hanzalah?oh..memang macam ustaz pun…tapi,ada aku kisah?” monolog Anisah di dalam hati.

Sambil menarik nafas, Anisah melemparkan kata-kata kasar dan kemarahan yang meluap tanpa sempat Hanzalah menutur kata..

“oi….aku tahulah kau nak jadi ustaz lepas dah habis belajar..tapi tak perlulah nak ‘sound’ direct..bikin hati aku panas je! Kalau cakap slow-slow pun,aku boleh dengar la..ni kali pertama dan terakhir aku cakap dengan ko.dah…aku ‘cau’ dulu..!”. Anisah terus berlalu…Hanzalah hanya memandang dan tersenyum..

‘ish…pelik betul budak tue..kenapa dia langsung tak marah atau cakap apa-apa kat aku ek…..’gumam Anisah di dalam hati..

“wei makcik…kenapa kau termenung sorang-sorang?teringat kat buah hati ke??hehe..” Alifah, Syamira, Ziela dan Najihah mengambil tempat di sisi Nisah..

“korang Nampak penumbuk aku ni?ada ke buah hati..geli telinga aku dengar..dah, jom pergi supper..nanti habis pulak burger kat dewan selera tue” balas Anisah. Persoalan itu dibiarkan berlalu…sehinggakan sesi persekolahan telah pun berakhir.

Selesai pengumuman keputusan SPM diumumkan, Nisa Cuma menghabiskan masa di rumah. Alhamdulillah,dia mendapat keputusan yang cemerlang. Sedang asyik menonton rancangan TV, handsetnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

‘haish…sape pulak yang mesej aku nie…’bebel Anisah.

- Salam.boleh sy tahu result spm awk?-
= w,salam.ni sape?alhamdulillah dapat 7A 2B je.=
- Oh..tahniah.itu je saya nak Tanya.salam.-
= oi..apa nie…tak nak bagitahu pulak dia ni sape….haish..panas nie=
-er…saya Hanzalah….rasanya awk dah tak ingat kot.saya satu MRSM dengan awk.-
=hanzalah?jap…saya belek majalah sekolah jap=
‘oh….budak yg aku sound rupanya…’
=dah ingat dah..dapat berapa result spm?=
-em.sy tak pandai mcm awk..saya dapat 5A je.-
=Alhamdulillah.ok la tue…ok..salam.=

Bermula daripada detik itu,Nisa bersahabat dengan Hanzalah secara senyap..yelah..taiko sekolah berkawan dengan ‘ustaz’,nanti semua terkejut pula..sepanjang persahabatan, Hanzalah banyak menasihat Nisa secara halus..tentang kebaikan akhlak,ibadah,peribadi wanita muslimah dan lain-lain.

‘kenapa budak nie baik sangat?aku marah ke..aku tengking ke…dia senyap je…sampai akhir sekali,aku dah tak berkasar dengan dia…boleh cipta sejarah nie..haha’ gumam Nisa bersendirian.

Nisa…kini menjadi selembut namanya..perlahan-lahan mencari arah tuju dalam kehidupannya..apa yg dia mahukan..apa yg dia kejarkan…sehingga satu hari,satu peristiwa hitam menjengah diari kehidupannya.

“mak, Nisa nak pergi KL boleh?ada carnival pendidikan. Nisa nak tahu serba sedikit maklumat sebelum masuk ke matrikulasi ataupun university.boleh tak mak?lagipun,kak fizah kan ada kat sana” tutur Nisa pada ibunya.sememangnya Nisa tak pernah keluar kemana-mana bersendirian.mesti berteman.tapi buat pertama kalinya, ayah dan ibunya memberi kebenaran kepada Nisa utk kesana dengan syarat kakaknya iatu kak fizah mesti menghantarnya ke carnival yg diadakan di PWTC itu.

Sesampainya di PWTC, Nisa yg bersendirian mula menghampiri setiap booth yg ada. ‘ala..nak takut apa…kan ramai orang ni’..kata Nisa utk menyedapkan hati.Bila keluar dari kawasan pameran,..tiba-tiba Nisa ditarik masuk ke kereta..Nisa cuba ber gelut tetapi tak mampu melawan. Nisa dibawa ke sebuah hotel 5 bintang oleh seorang lelaki.

‘ya Allah..siapa lelaki nie…lindungilah aku ya Allah’bisik Nisa.dia ketakutan, tetapi cuba berlagak tenang. Lelaki itu..ye,dia pernah bertemu lelaki in..yang obsess pada dirinya selepas terserempak buat pertama kali di dalam keretapi. Sememangnya, Nisa boleh dikategorikan sebagai seorang gadis yang cantik dan mempunyai tarikan yg tersendiri.

Lelaki itu menghampiri Nisa.menghulurkan secawan kopi kepadanya, Nisa hanya mengikut memandangkan dia amat risau akan keselamatan dirinya.hanya satu bermain di fikirannya….ROGOL..

“er…tak apa..saya tak minum kopi.tengah uzur..”balas Nisa sengaja memberitahu dirinya uzur supaya tak terjadi apa-apa yg buruk pada dirinya..

Lelaki obsess itu hanya tersenyum. Sambil semakin merapati Nisa dan memegang tangannya..
‘ya Allah.seumur hidupku,belum pernah mana-mana lelaki bukan muhrim menyentuhku..lindungi aku ya Allah,’ doa Nisa di dalam hati.dia terpaku tanpa sempat berbuat apa-apa. Alhamdulillah,dia tidak dirogol tetapi pengalaman itu meninggalkan trauma yg cukup berat pada dirinya. Nisa berpura-pura meminta izin utk ke bilik air sebelum berjaya melepaskan diri…lelaki itu tidak mengejar,sebaliknya hanya tersenyum dan memandang...

Dia bergegas balik ke rumah kakaknya dan mengasingkan diri. Dia malu dan takut utk menceritakannya. Tiba nya waktu malam, trauma mula menguasai dirinya. Kak fizah yg bekerja sebagai nurse bekeja shift malam pada malam ini…ya Allah…..aku takut…
Tanpa disedari…dia mendial satu nombor..HANZALAH…..sebelum ini, Hanzalah tak membenarkan Nisa menelefonnya..tapi malam itu,selepas berkali-kali menelefon Hanzalah,

Tut..tut…

Panggilan dianggkat……tanpa sempat Hanzalah berkata apa-apa, Nisa melepaskan tangisan dan ketakutan yg dirasainya…..dia sangat takut…hilang segala keberaniannya, ketegasannya, keegoaannya pada malam itu….
Bersambung…