Followers

Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Monday, July 4, 2011

tentang kuning....

salam.....saya tertarik dengan tulisan sahabat saya ni di blognya....

ada banyak pandangan tentang perhimpunan BERSIH kan?ada yg sokong....ada yg tak..tapi.....saya suka tulisan ni..

Lebih daripada 2 minggu, berita di media massa tidak berubah. Baik surat khabar mahupun TV, semua bercerita mengenai Perhimpunan Rakyat [Bersih 2.0]. Aku mula muak dan bosan dengan berita yang disiarkan. Semua berita menunjukkan rakyat menentang Bersih 2.0. Benarkah sedemikian? Mustahil! Terbukti media amat berat sebelah dan tuntutan Bersih 2.0 yang keempat amat sesuai dengan keadaan ini. Ketahui apa itu Bersih 2.0.

Tuntutan Bersih 2.0
  1. BERSIHkan Senarai Daftar Pemilih
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
untuk dengar
Perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan haram. Haram kerana tiada permit. Tapi mana mungkin permit akan diperoleh. Belum pun sempat pihak penganjur memohon permit untuk berhimpun, pihak polis telah mengeluarkan kenyataannya tidak akan mengeluarkan permit. Kelakar! Tiada ruang dan peluang langsung kepada pengajur Bersih 2.0 untuk meng'halal'kan perhimpunan ini.

Bukan setakat rakyat marhaen yang menyokong Bersih 2.0. Sasterawan negara yang ke-4 (1985), A. Samad Said turut menyatakan sokongan terhadap Bersih 2.0 . Jelas di situ bahawa beliau hanya mahu melihat pilihan raya di negara kita dijalankan secara telus dan adil. Seluruh rakyat Malaysia yang menyokong bersih turut mempunyai harapan yang sama. Lawak! Kerana sokongan kepada Bersih 2.0, A. Samad Said diugut untuk ditarik balik gelaran sasterawan. Aku yakin A.Samad Said tidak kisah dengan ugutan tersebut. Andainya ditarik balik gelaran, terbukti kebebasan bersuara semakin lenyap di negara kita.

Baru-baru ini juga, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mengeluarkan kenyataan bahawa baju T bersih ialah haram. Pihak polis juga diberi lampu hijau untuk menangkap sesiapa yang memakai baju T bersih. Baru aku tahu pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan rakyat kerana pakaian yang dipakai. Aku cadangkan kepada Hisham untuk arahkan pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang berpakaian tidak menutup aurat. Skirt, short, lagging, baju jarang, tudung bonggol unta semuanya HARAM di sisi Islam. Andainya arahan ni dikeluarkan pasti tiada lagi rakyat berpakaian mencolok mata di khalayak ramai. Tapi sayang arahan tangkapan ini hanya valid untuk baju T bersih yang terang-terangan menutup aurat si pemakai!

Lagi satu isu yang dimainkan kerajaan ialah Bersih 2.0 diketuai oleh Dato Ambiga Sreenavasaan . Rakyat menyokong Bersih 2.0 tidak bermakna mereka turut menyokong Ambiga. Tidak kisahlah siapa pun yang mengepalai Bersih 2.0. Mereka turun bukan kerana kepala tersebut. Mereka turun ke jalan dengan harapan supaya pilihan raya di negara kita berlangsung dengan adil dan saksama. Tiada lagi tipu muslihat dan berat sebelah berlaku.

Golongan agamawan juga turut menghangatkan suasana. Ada yang menyokong, ada yang menentang. Kedua-dua pendapat ialah ijtihad ulama berlandaskan dalil-dalil al-Quran dan Sunnah. Jangan sesekali mengutuk dan mencerca ulama yang tidak bersependapat dengan kita. Belapang dadalah.


Matlamat Bersih 2.0 sudah jelas. Menuntut satu sistem dan perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil untuk Malaysia. Sepatutnya kerajaan dan pembangkang bersatu padu untuk mencapai matlamat murni tersebut. Elakkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan huru hara. Semoga Bersih 2.0 menjadi titik tolak ke arah pilihan raya yang telus dan adil di negara kita.

p/s: ini pandangan saya....lagipun,negara kita demokrasi kan...

Friday, January 21, 2011

insyaAllah,that day will come...

salam......maaf sebab entri sebelum nie,saya emo...biasalah..hidup nie penuh ujian...hari rabu yg lalu,saya terlibat dengan kemalangan...saya dilanggar oleh sebuah kereta..kalau ikutkan,kemalangan tue memang agak dahsyat..sebab saya nyaris digilis kereta tue..tapi alhamdulillah,Allah panjangkan usia saya...saya hanya cedera dan lebam-lebam...tapi,sangatlah azab menanggung sakit...hampir 2 hari terbaring je....tue pun,sangatlah sakit sebab keseluruhan badan saya lebam-lebam dan cedera...huhu...

sebelum saya masuk kpada tajuk entri..nak tanya,korang dah daftar mengundi ke?kepada sahabat-sahabat yg dah cukup 21 tahun,harap dapat daftar mengundi secepat mungkin..ingat,kita adalah tunjang negara..masa depan negara terletak di tangan kita...either kita nak menegakkan hukum Islam,atau hidup dengan bayang-bayang je Islam....fantasi bukan realiti...sedangkan,hakikatnya Islam itu syumul(lengkap) dan perlu diamalkan secara menyeluruh..bukan hanya sebahagian...=)

hm...saya terfikir..kan bagus kalau malaysia tiru macam UIA..bukan provokasi atau bangga sebab saya student uia..bukan..cuma,bagi saya,tak salah kalau kita ikut contoh yang baik kan?

contoh...dalam kampus UIA,kami tak dibenarkan berdua-duaan tanpa mahram ditempat yg sunyi...kalau meeting,sangat jarang kita dapat lihat lelaki dan wanita hanya jumpa berdua...exclude utk suami isteri dan adik beradik ye...meeting akan dimulai dengan Al-fatihah..diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr...

di sini juga,banyak ditampal poster,flyers yg memberi nasihat dan peringatan pada kita...kuliah maghrib memang sentiasa ada...program qiamulail,berbuka puasa beramai-ramai,program-program Islam,memang banyak dianjurkan...secara tak langsung,kita dididik mengamalkan Islam....

di sini,semua pelajar wajib tutup aurat...syarat yg UIA letak,semua pelajar kena bertudung...hence,kalau ada yg pakai tudung tak menutupi dada,ada je yg kena tegur dengan lecturer on the spot...semua wajib pakai stokin/sarung kaki bila ke kuliah....dilarang memakai pakaian yg ketat..lecturer non-muslim pun bertudung tau masa office hours...siap berstokin lagi..=) dulu,sy confused....sebab ingatkan mereka orang Islam...lepas tue,baru ingat balik,syarat utk menjadi warga uia,kena bertudung..=)

tapi..ada sesetangah orang Islam,sangat berat nak laksanakan perintah Allah nie..di uia juga,kami kena berikrar,utk mengamalkan amar makruf nahi mungkar,jaga pergaulan...dalam lecture hall, memang tak ada pelajar lelaki duduk bersebelahan dengan pelajar perempuan(maybe ada jugak kot)...saya tahu ada je IPTA yg lebih kurang sama dengan UIA..tapi,nie contoh je ye...takut ada yg marah nanti..huhu...UIA is still IPTA...biasalah...ada yg nak buat..ada yang tak nak buat..ada yg terkongkong....tapi,peraturan tetap peraturan..

ada je sebahagian yg tak nak ikut...ada je kes kecurian...tapi,apa yg saya nak tekankan ialah PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG... bila kita ada kuasa,kita boleh tukar peraturan..semua orang akan ikut peraturan..bila kita ada kuasa,kita boleh anjur program-program yg mendekatkan kita pada Islam...tapi awas,jangan salah guna kuasa yg telah diberi...lainlah kalau dah berani nak menjawab di depan Allah nanti..

jadi..kan bagus kalau malaysia pun jadi macam nie..ikut undang-undang Islam...semua orang Islam kena tutup aurat....riba' dan rasuah dihapuskan......hiburan yg melampaui batas dihentikan...dah tak ada cadangan penubuhan kelab-kelab malam....konsert gay dan konsert-konsert artis dihentikan..tapi tengoklah sekarang,artis disanjung..berapa banyak program mencari bakat bru disiarkan?bintang kecil la...pilih kasih la....AF la....mari menari..sehati berdansa..kamilah juara.....wah-wah...seronoknya....err...kenapa sikit sangat program-program Islamik? kan bagus kalau hukum hudud dilaksanakan....rakyat miskin tidak ditindas lagi(sangat seksa bila harga barang dan minyak naik....wahai pemimpin,kami orang susah..adik beradik ramai...kami tak mampu....wahai pemimpin,kami student..harga makanan dinaikkan..tapi kenapa biasiswa dan ptptn kami kekal di takuk lama?) yang kaya jadi makin kaya...yg miskin,bertambah miskin.....moga-moga satu hari nanti,umat Islam mempunyai akidah yg ditanam seperti akar..ibadah dan akhlak disemai membuahkan tunas yg baru dan kukuh...barulah kita akan membawa kepada kegemilangan Islam..

tapi..semua nie bukan mudah nak dicapai...selagi ada orang Islam yg hanya bertopengkan agama Islam...tapi,tak nak amal Islam....semoga satu hari nanti,Islam kembali tertegak di bumi Malaysia dan seluruh dunia...saat itu akan tiba...pasti tiba..insyaAllah...

Friday, October 29, 2010

masa depan yang kelam...


salam...kita dikejutkan dengan pelaksaan ETP(economy transformation program) yang salah satu program yg bakal dilaksanakan termasuklah pembinaan lebih banyak kelab malam dan spa di Malaysia supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia...selain daripada melonggarkan syarat-syarat utk artis luar mengadakan konsert di malaysia...

masyaAllah..jujur,saya sangat terkejut..kejahilan kita makin parah.....ada yg beranggapan:

"alah...jangan la tengok yg negatif je...tengoklah jugak kesan positif dari ETP nie"

"jgn nak mempolitikkan isu kecik nie pulak..."

tidak...sy bukan nak cakap pasal politik pun..saya takkan menolak kalaulangkah-langkah yg membawa kita ke arah kebaikan..membawa kita dekat dengan Islam..sebab penyelesaian kepada semua masalah sosial,rasuah,keganasan hanya SATU iatu KEMBALI KEPADA AJARAN ISLAM..jadi, bila kita melihat kemungkaran di depan mata,wajib bagi kita untuk mencegahnya..sesuai dengan hadis:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran dan dia mampu untuk mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah Iman".
(Lihat kisah ini dalam Sahih Muslim: Hadith ke-9 daripada Kitab Solat al-`Idayn. Lihat juga Sunan Abi Daud Kitab al-Solat Bab al-Khutbah Yawm al-`Id).

saya hanya pelajar biasa....ilmu agama pun kurang..tetapi sejahil-jahil saya,saya masih tahu yg mana satu halal..yang mana satu haram....subhanallah....apa yg bakal terjadi pada Malaysia pada masa depan??

saya pelik...apa perlunya pembinaan kelab-kelab malam di malaysia?untuk siapa?pelancong barat?rasanya di tempat mereka sendiri sudah mempunyai kelab malam dan hiburan yg hebat..contoh di miami,las vegas dan etc....pelancong timur tengah??macam mustahil....ke pelancong tempatan?specifically..golongan muda....

ya Allah.....apa yg bakal terjadi...sekarang nie pun,gejala sosial di malaysia dan makin meruncing...saya pernah menelusuri sendiri pemandangan di kawasan bukit bintang pada waktu malam..pelacur bersepah..maksiat berleluasa...arak dan dadah?hidangan utama....seolah-olah saya bukan berada di Malaysia.....solat???berapa kerat je yg buat...belum tentu cukup 5 waktu sehari semalam...tak payah cakap kat K.l..kat kuantan nie pun bersepah dengan gejala sosial...pelacur,mat rempit,dadah....


jadi..kalau perlaksanaan nie diteruskan,apa akan berlaku???sekarang nie pun kita tak dapat nak membasmi gejala zina,buang bayi,anak luar nikah,dadah,homoseksual,rasuah dan lain-lain....ibarat sia-sia je usaha segelintir pihak yg cuba membanteras gejala nie...

kenapa..kenapa..kita tak nak kembali kepada Islam?kenapa kita tak nak kembali kepada Al-Quran dan sunnah?kenapa...kenapa....kenapa segelintir ulama' tak memainkan peranan?hanya diam seribu bahasa..bila ada ustaz yg membangkang isu nie,ustaz tue pulak dihina,dicaci...

kalau kita yg kurang ilmu nie suka sangat menghina ulama' bila mereka menegakkan amar makruf nahi mungkar,pada sape lagi kita nak bergantung harap??pada mereka yg hnya memakai status 'ulama' tapi cuma 'angguk dan geleng' je?langkah selamat utk memastikan kepentingan diri terjamin??kembali lah pada Al-quran..rujuk sunnah rasululllah saw...

oh..inilah negara Islam.....konon-kononnya....ada juga yg cakap:

"kat malaysia nie berbilang kaum...kita kena hormat jugak non-muslim..biarlah dorang nka berhibur"

ye....tak salah bagi non-muslim utk berhibur..tapi yakin ke kita hanya golongan non-muslim je yg berpeleseran di kelab malam?tengok sajelah kes buang bayi,dadah,arak...siapa yg memonopolinya?of course...orang melayu yg beragama Islam...!!

saya bukan nak marah..bukan nak mengutuk...cuma saya sedih..terkilan..takut..takut pada siapa?pada mereka yg nak buat program nie ke?tak sama sekali..saya takut pada azab Allah...saya takut kalau Allah turunkan bala dan azab pada kita..tak payah bagi bala yg besar..kalau Allah datangkan seekor nyamuk or semicroliter kuman yg berbahaya pun,dah cukup utk memusnahkan masyarakat di Malaysia nie...

tahu tak berapa juta duit kita digunakan utk bina kelab malam dan spa nie?RM 467 JUTA.........juta ye..bukan sen...boleh layari malaysiakini utk baca full article..or bukak blog Ustaz hazsrizal di link blog saya nie..

secara tak langsung..kita juga menyumbang kpada pembinaan tue...yelah,dah guna duit kita..moga-moga dgn penentangan nie,mungkin dapat menghapuskan dosa bersubahat kita..

ya Allah..berilah hidayah kepada kami..kepada pemimpin kami..dekatkan kami dengan Islam..dengan cara hidup Islam..ya Allah..ampunkan kami...jangan Kau timpakan azab pada kami..kami takut ya Allah....apa bakal berlaku pada zaman anak-anak kami...berilah kami petunjuk dan kekuatan utk terus melaksanakan amar makruf nahi mungkar di bumi kami...amin...

entri nie....sy yakin ada yg tak setuju kan?ini blog saya..jadi,saya akan tulis je...biasalah..di akhir zaman,orang yg menegakkan hukum Allah akan disisihkan,dihina dan dicaci..pemimpin yg zalim akan dibodek,dipuji tinggi melangit...

ya Allah..ampunkan kami....berilah kami kekuatan utk terus istiqamah menegakkan agamaMu..kami lemah ya Allah...hanya Engkau yg mampu memberi kami pertolongan dan kekuatan....bantulah kami..kami tak rela maksiat bermaharajalela....kami tak rela...saya tak ada kuasa..saya hanya ada blog..jadi blog nie la jadi manhaj saya utk menulis sedikit penentangan saya pada kemungkaran..

anda bagaimana?

Friday, August 20, 2010

kahwin masa belajar....?


salam....apa khabar semua?harap sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..sebenarnya tak bercadang nak menulis sebab kena siapkan report practical lab yg kena hantar pagi esok..tapi..seperti biasa,tak dapat nak menahan tangan nie daripada menulis....

kahwin masa belajar..topik hangat yg dibicarakan oleh semua rakan-rakan sebaya saya tak kira brothers or sisters hari nie..kenapa?sebab pagi tadi,ada announcement walimah yg bakal dilangsungkan oleh classmates saya..siapa?lepas dorang dah selesai akad nikah nanti ,baru saya bagitahu ye.....jadi,2 orang classmates saya yg dah berkahwin setakat nie..dan ada ramai lagi yg akan menyusul...

fikir kembali...cuti raya dah dekat..patutla banyak sangat jemputan walimah yg saya terima daripada sahabat-sahabat dan senior..setakat nie,dah ada 4 jemputan...kahwin masa belajar..apa pro dan kontranya??

"dan diantara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan utkmu daripada jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antaramu rasa kasih dan sayang.sungguh,pada yg demikian itu terdapat tanda-tanda(kebesaran Allah) bagi kaum yg berfikir"(Ar-Rum:21)

ayat Al-Quran kat atas ni adalah salah satu contoh tentang ayat-ayat yg menjurus kepada perkahwinan...tetapi sesuai ke kahwin masa belajar?kenapa ramai (especially student uia) yg kawin masa belajar?

nie pandangan saya ye..sebab nie blog saya kan...hehe..pada pandangan saya,jika pasangan itu benar-benar bersedia utk memikul tanggunjawab sebagai suami dan isteri di samping mampu dari segi kewangan,kahwinlah walaupun ketika masih belajar...TETAPI..pastikan niat kita utk berkahwin itu betul..jangan semata-mata berkahwin utk menghalalkan hubungan suami isteri kerana sesungguhnya ikatan perkahwinan adalah lebih dari itu..

teringat lecture Ust Razak masa kami belajar tentang Family ethics in Islam...apa tujuan perkahwinan..apa prosesnya..dan lain-lain..ikutlah jalan menuju perkahwinan yg diredhai Allah..jangan cemari dengan hubungan terlarang sebelum kahwin kerana sesungguhnya perkahwinan ialah ikatan yg suci....

jika masa belajar,kita mempunyai perasaan pada seseorang dan dikhuatiri tak mampu mengawal hati,istighfar dan istikharahlah..mohon petunjuk Allah...mulakan usaha kita dgn mencari org tengah,berbincang bersama ahli keluarga dan lain-lain...apa yg terbaik utk kita...

ada yg mempertikaikan kahwin masa belajar nie,pasangan tak cukup matang,takut ganggu study,nampak macam gatal sangat dan lain-lain..ketahuilah..itulah yg terbaik daripada berlakunya dating,khalwat dan lain-lain....adakah ada jaminan kahwin after belajar akan kekal selamanya?adakah ada jaminan kahwin masa belajar akan ganggu study?sebab bagi saya sama je..sekarang tengah study..nanti kita akan berkerja...lebih kurang je..depends pada kita..

antara hikmahnya ialah dapat menjaga hati dan iman kita daripada terpengaruh dengan godaan luar..paham-pahamla kan....bagi saya,kalau ditakdirkan saya akan berkahwin masa belajar,saya akan terima...tapi kena berbincang betul-betul sebab memerlukan tolak ansur di samping kewangan yg belum stabil....

tetapi..kalau ada yg beranggapan masa kat kampus,fokuslah pada study je..ye betul..bagus...tak kisah je..cuma depends pada kita..kita lebih mengenali diri kita..

kepada sesiapa yg berniat nak kahwin masa belajar..lakukanlah istikharah,berbincang dgn keluarga dan perbaiki diri dgn mempelajari ilmu agama dan juga ilmu perkahwinan,tanggungjwab dan lain-lain...jangan main kahwin je..

tengok kawan-kawan kahwin,kita pun nak kahwin tanpa betul-betul bersedia....sebab tue perbaharui dan baikilah niat kita.....=)


ok...cukupla...kena siapkan report.....
barakallahulakuma....=)

Sunday, July 25, 2010

tarbiyyah diri kita sentiasa...

salam...sebenarnya,saya tak berniat nak letakkan entri terbaru memandangkan jadual saya yg buzy..tapi..dah minat kan...tangan masih 'gatal' nak menulis..jadi,saya turutkan jela..moga-moga bermanfaat...=)

macam mana nak tarbiyyah diri kita sentiasa?senang je..tak payah rasa susah-susah..kadang-kadang bila sebut je 'tarbiyyah',kita dah mula nak jauhkan diri...malas nak dengar..apatah lagi nak baca kan...sedangkan tarbiyyah itu adalah didikan dan latihan pada kita...ok la..saya bagi 5 amalan sunat yg sangat senang kita nak amalkan dalam kehidupan seharian kita..bila dah boleh istiqamah,bolehlah tambah lagi bilangan ataupun amalan-amalan yg lain..kalau rasa tak mampu,buatla amalan yg kita rasa mampu...

1)membaca Al-Mathurat pada waktu pagi dan petang
..antara hikmahnya ialah,ia dapat melindungi kita daripada segala kecelekaan..insyaAllah..contoh kita baca waktu pagi,Allah akan lindungi kita sampai petang..bila baca waktu petang,Allah akan lindungi kita sampai pagi esoknya...kalau rasa tak mampu,try la amal pada waktu pagi or petang ye....

2) membaca Al-quran minimum satu muka surat setiap hri...tak membebankan pun kan?kalau kita boleh baca buku yg tebal-tebal,takkanlah nak baca Al-quran satu muka surat sehari pun payah kan..banyak pahala tau...dan kalau boleh baca lagi banyak,lagilah bagus....=)

3) zikir fatimah 33 kali setiap satu(subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar) dan istighfar 100 kali sehari...senang jugak kan?lepas solat,boleh berzikir..tengah iron baju ke..tengah berjalan nak pergi kelas ke..tengah bersiap nak ke kelas ke...boleh je berzikir....moga-moga lidah kita sentiasa memuji kebesaran Allah swt..

4) solat berjemaah..bagi wanita,memadailah solat di bilik/rumah je..boleh berjemaah dengan roomates sekurang-kurangnya 2 kali sehari...sekali pun ok la..tapi bagi lelaki,berjemaahlah pada setiap waktu solat..lagi afdhal kalau solat di masjid atau surau..

5)baca apa-apa buku yg bermanfaat sekurang-kurangnya satu muka surat setiap hari..moga-moga,ilmu kita bertambah.....=)

6) sentiasa senyum pada saudara sesama Islam..senyum tue kan sedekah yg paling mudah kan..=)

semoga kita dapat sama-sama amal ye..especially saya..huhu..tak guna kalau saya sampaikan pada orang tapi saya sendiri tak amalkan kan?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

saya cuak pulak bila dengar kak hajar(ex-quiz coordinator Rx Quiz) cerita pengalaman dia...siap nangis sebab stress,kena marah ngan lecturer..dan saya BAKAL melalui semua tue..dahla saya memang pantang kena tengking,automatic air mata terus mengalir..nampak je tough dan kasar..huhu..apapun,saya terima dan kena bersedia..

tadi baca kat blog bro muzani tentang kelantan..rasa nak tulis pulak tentang kelantan..tunggu next entri la ye..hehehehe....ok...=) selamat mendekatiNya....=)

Wednesday, June 23, 2010

petah di depan khalayak.....=)


salam...kali nie sy nak kongsi tentang cara-cara utk petah bercakap di khalyak...tapi,based on my experience la ye.....hehe..saya bukanlah hebat pun bercakap di khalayak,cuma ada beberapa pengalaman yg mungkin boleh digunakan oleh sahabat-sahabat sekalian...

alasan yg biasa kita guna bila mengelak daripada bercakap di depan org ramai ialah NERVOUS...gementar...takut...tak bersedia...kan??hm...masa saya darjah 5,saya mewakili sekolah dalam pertandingan hafazan..dan disebabkan nervous,sy tak dapat menjawab dan membaca dengan baik surah-surah hafazan saya...ada sekali tue,sampai surah An-Nas pun saya jadi tak ingat...sebab gementar..takut...seram sejuk...tue kali pertama saya terlibat dengan pertandingan di khalayak ramai..

di sekolah menengah,saya terlibat dengan choral speaking, bahas bahasa melayu,pidato,syarahan agama...macam mana saya mengatasi rasa nervous tue?yg pertama sekali ialah dengan MELAKUKAN PERSEDIAAN DENGAN SEMPURNA...sangat penting supaya dapat tingkatkan keyakinan kita...bila kita dah usaha semampu kita,kita akan rasa puas dan tenang...selain dari tue,sebelum pertandingan atau giliran kita tiba,bolehla MAKAN GULA-GULA ke...MINUM AIR ke....BERBINCANG dengan kawan-kawan ke...dan ISTIGHFAR banyak-banyak....berZIKIR dan SELAWAT...ha...ni tips daripada ibu saya...hehe...



first time saya berbahas,saya terlalu nervous...sampaikan saya melontarkan suara yg cukup kuat...lepas pertandingan,hakim tegur saya supaya kurangkan kelantangan suara..hehe...tapi,dengan mengambil sikap tenang,dapatkan nasihat daripada guru,ibu bapa dan berbincang bersama kawan-kawan akan dapat membantu kita...

saya juga nervous utk bercakap di khalayak ramai dalam bahasa Inggeris...sebab zaman sekolah dulu,saya tak pandai nak cover loghat kelantan saya..hehe..alhamdulillah,sekarang dah berkurangan...caranaya ialah dengan MEMPERBANYAKKAN LATIHAN DAN MINTA KAWAN PERBAIKI SEBUTAN DAN GRAMMAR KITA...YAKIN pada kemampuan dan USAHA kita...kadang-kadang,bila kita tengok pihak lawan atau pesaing kita lebih hebat dari kita,kita dah mula gelabah...inilah yg berlaku pada saya masa bahas peringkat negeri..huhu....

selain daripada tue,jangan pandang rendah pada kemampuan kita...

'ala..aku tak pandai nak bercakap depan orang ramai'

'alamak.mesti aku kalah nie..'

secara tak langsung,kita dah kalah sebelum berjuang....last sekali,banyakkan ambil peluang utk bercakap di depan....jangan MALU TAK BERTEMPAT...ada dikalangan kita yg malu nak bercakap depan org ramai,tapi dalam bilik,dialah yg paling banyak bercakap...hehe....masuklah apa-apa pertandingan dan bersiap sedialah dengan bahan-bahan(utk sebarang presentation atau assignment)....

jujurnya,pertandingan terakhir yg saya masuk ialah menyampaikan tazkirah dalam bahasa Inggeris dekat ASASI UIA dulu...tak pernah pun...saja nak mencuba...cari maklumat berkaitan tajuk melalui internet dan buku,buat teks dan berlatih....jangan mudah putus asa...kita juga boleh minta pertolongan kawan-kawan utk dengar latihan kita tue....kan?

sampai sekarang pun saya still nervous kadang-kadang....terketar-ketar pun ada...tapi,jadikan ia sebagai cabaran utk kita..moga-moga melalui percakapan kita tue,dapat memberi manfaat dan menambah ilmu org yg mendengar...kan?

seharusnya,kita didik adik-adik yg masih di bangku sekolah dengan sebarang bentuk latihan supaya mereka terlatih dan tak menghadapi masalah pada masa depan...ok la....sekian...harap apa yg saya tulis nie,dapat membantu kita...=)

Friday, June 18, 2010

di sebalik pembuangan bayi....


salam...saya nak berkongsi cerita tentang di sebalik kes pembuangan bayi yg semakin mendapat perhatian semua...semua orang mengutuk tindakan membuang bayi tapi jumlah kes buang bayi tetap meningkat kan?jadi...saya berfikir...apa yg ada di sebalik pembuangan bayi?kenapa masih meningkat?

first..cuba letakkan diri kita pada tempat wanita yg mengandung luar nikah..kenapa dorang nak buang anak yg dilahirkan?kenapa?kita selalu mengatakan "kenapa nak tambah lagi dosa dengan membuang bayi yg tak berdosa tue"..kan?tapi sejauh mana kita betul2 menghayati istilah 'bayi yg TIDAK BERDOSA' tue??

jom kita flashback...ok..wanita yg melahirkan bayi luar nikah mengambil keputusan utk membuang bayi tue kerana malu dengan tohmahan masyarakat dan bimbangkan masa depan bayi tue....kenapa dengan tohmahan masyarakat?ha...kita cakap je 'jgn tambah dosa dengan buang anak..bayi tue tak berdosa..' tapi...kita sendiri yg memandang serong dan mendiskriminasi anak-anak luar nikah...kita mengumpat,mencaci,menghina memulaukan kelurga bayi luar nikah tue dan lain-lain....betol kan?

wanita yg mengandung luar nikah berada dalam keadaan tertekan bila fikirkan semua tue...bila anak luar nikah dilahirkan...dalam surat beranak bayi nie,tak boleh diletakkan nama bapa kerana bayi tue lahir TANPA nikah...cuba bayangkan tohmahan yg bakal diterima oleh bayi nie bila mula bersekolah kelak?apatah lagi bila nak berkahwin....

ye...sikap masyarakat sendiri sebenarnya menyumbang kepada peningkatan kes buang bayi..selain daripada faktor-faktor lain...kesimpulannya,kita wajar muhasabah balik diri kita...sikap kita....jangan hanya berkata-kata tanpa ikhlas dari hati...bayi tue memang tak bersalah..seperti contoh,bila wanita yg mengandung luar nikah dibawa ke hospital utk bersalin,sebahagian daripada petugas memaki hamun,menghina wanita itu dan menjalankan tanggungjwab mereka dengan ala kadar je..ye..memang kita rasa marah,geram kerana mereka mengandung anak luar nikah,tetapi wajar ke kita nak menghukum mereka secara membabi buta?ISLAM dah bagi banyak jalan penyelesaian..tetapi,kat negara kita memang tak nak guna undang-undang ISLAM...

selain tue,sikap tak bertanggungjwab family apabila berdepan dengan masalah seprti ini..wanita yg mengandung luar nikah itu dipulaukan..menyebabkan mereka mengambil jalan pintas dengan membuang bayi..mereka merasakan yg mereka keseorangan..tiada siapa yg sudi membantu mereka utk kembali ke pangkal jalan..ingatlah,semua manusia melakukan kesilapan...jangan kita menghukum sesama kita dengan sesuka hati..kerana ALLAH itu MAHA PENGAMPUN.....=).harap kita dapat muhasabah...

Friday, June 4, 2010

wanita bekerja?


salam..seperti yg dijanjikan, saya nk menulis tentang wanita yg bekerja..sebenarnya,saya dalam dilema..yela..selama ni,sy rancang nak belaja,then keje dan tolong family.tapi,sejak kebelakangan nie,saya sering terfikir,boleh ke wanita bekerja?tak pe ke?saya ada baca beberapa buku dan tanya pendapat ustaz,kawan-kawan dan mak angkat saya.jadi,saya cuma nak berkongsi je dengan semua.mungkin ada juga yang beranggapan yg saya ni kolot walaupun belajar kat IPTA..apapun,kita kongsikan bersama ye..=)

pada pandangan saya,wanita boleh bekerja jika menepati syarat-syarat yg telah digariskan seperti:

1)terdapat keperluan utk keluar bekerja dan kerja yg dilakukan mestilah sesuai dengan fitrah wanita..bukanlah kerja yg menggunakan tenaga yg kuat macam buruh kasar ke...dan mestilah kerja tue tak mendatangkan fitnah.

2)mesti menutup aurat dan menjaga perbatasan hubungan dengan lelaki yg bukan mahram..elakkan berdua-duaan..

3)mendapat izin daripada wali dan suami

4) kerja yg dilakukan tak mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan keluarga.

5)niat utama bukanlah utk keseronokan dan menyaingi lelaki dan kalau boleh,bersifat sementara sahaja..

memandangkan saya seorang pelajar farmasi dan memgang biasiswa JPA,saya telah mengikat kontrak bekerja dengan kerajaan selama 6 tahun dan housemanship(pre-registered pharmacist) selama setahun..jadi,saya perlu bekerja..lagipun,saya menjadi harapan keluarga utk mengubah nasib keluarga saya yg agak susah..

tetapi,melalui pembacaan,saya rasa tempat wanita yg paling sesuai adalah di rumah..menguruskan rumah tangga..mendidik anak-anak..menurut Sheikh Prof Dr Md 'Uqlah,wanita diberi kedudukan mulia utk mencorak dan mendidik pemimpin masa depan tapi ramai di kalangan wanita yg memandang rendah tentang tanggungjawab nie..

sebab...tanggungjwab mencari nafkah terletak pada bahu lelaki..sebab lelaki diberi kelebihan dari segi fizikal dan mental..lagipun,bila fikir-fikir balik,kan lagi bagus kalau kita yang memasak,menguruskan anak-anak dan lain-lain..biar anak-anak dan suami makan daripda air tangan kita...dan terlalu banyak ganjaran pahala utk kita bila kita menguruskan rumah tangga..

ada hadis yg berbunyi:
Rasulullah saw bersabda:"tiada seorang pun yg makan lebih baik daripada orang yg makan dari hasil tangannya sendiri."

ada jugak hadis dhoif:
Rasulullah saw bersabda:"sesiapa yg tidur dengan keletihan drpda kerja tangannya sendiri,ia tidur dalam keadaan yg diampunkan oleh Allah swt"

secara jujurnya...kalau boleh,lepas habis kontrak dgn kerajaan,saya bercadang nak berhenti kerja..dan fokus pada rumahtangga(kalau kahwin la..hehe)..hm..tak rugi ke dengan ijazah?penat-penat belaja..hm...saya belajar utk tambah ilmu..boleh guna ilmu utk didik anak-anak kan..atau saya bukak je pharmacy sendiri,mintak org lain handle..hehe..

tapi..bagi saya,kerja sebagai pharmacist sesuai dengan wanita kot..sebab waktu kerja adalah waktu pejabat,jarang on call..cuma..saya nak bantu family saya...tengoklah macam mana...boleh je bekerja dan at the same time,masak dan buat semua kerja rumah..tetapi mestilah dengan bantuan suami..kena saling bertolak ansur..sebab taraf hidup hari nie,makin tinggi kan..ada je sahabiah zaman Rasulullah saw yg bekerja bila kerjayanya diperlukan sbagai contoh:

1)Rufaidah (doktor)
2)Ummu Atiyyah(pengurus jenazah wanita)
3)Ash-shifa'(auditor syariah)



cuma..saya terfikir...ada beberapa perancangan yg saya dah rancang...saya nak bina keluarga Islam...dan bukan mudah...kalau perlu saya berhenti kerja semata-mata utk mendidik anak-anak berlandaskan acuan Al-Quran,saya akan buat...kadang-kadang rasa macam over the limit je bila saya dah plan masa depan...tahla..dunia makin mencabar...sangat payah nak mengamalkan hidup cara Islam...

tengoklah perancangan Allah macam mana..=)

Thursday, June 3, 2010

bagusnya....hadis 40 dalam bentuk poem....=)

salam...saya tertarik bila bukak blog sahabat dunia akhirat saya, huda...sama-sama amalkan ye...insyaAllah...

Here are the words to the poem:

1 Know that all actions are by intentions
2 And the deen was taught through angelic interventions
3 Islam is built on five pillars of might
4 And the angels while in our mother’s wombs did write
5 The deen rejects all types of innovation
6 And the heart is the limbs temptation or salvation
7 The religion is based all on advice sincere
8 And the sanctity of a Muslims blood is severe
9 We don’t ask about that which is obscure
10 And Allah only accepts that which is pure

11 We leave things that are doubtful and suspect
12 And things that don’t concern us, we don’t inspect
13 And to love for you, what I would love for me
14 And blood to never be spilt, except for three
15 And to speak only good, if not, then refrain
16 Anger is from the heat of hell, avoid its flames
17 Everything is to be done in an excellent fashion
18 Fear Allah everywhere, treat people with compassion
19 Everything that happens is only by Allahs permission
20 Hayaa was forever written, as every prophets vision

21 Believe in Allah and be steadfast
22 Perform halal, avoid haram, pray, and fast
23 Purification is equal to one half of our Iman,
24 And oppression was forbidden to Allah and man,
25 Everyone has something they can give in charity
26 Even picking up litter, a selfless rarity
27 sin is what makes your heart feel resistance and unease
28 Upon us is the Sunnah, in times of difference and disease
29 The tongue is the most common catalyst to the fire
30 About those things kept silent, we should not inquire

31 Show indifference to the world, you shall be of the Zuhaad,
32 There’s no initiating harm, or reciprocating harm to add,
33 Evidence is to be brought forth by the accuser,
34 And who sees munkar, must be its remover
35 Be the servents of Allah, all together as brothers
36 Allah is in your service, so long as you are for each other
37 And every good deed Allah takes and multiplies
38 And He is for His awliya, their hearing, hands and eyes
39 He has forgiven us duress, mistakes and what we forget
40 We are strangers in this world, don’t settle just yet

41 Perfection occurs, when passions fall in line with the Divine
42 And Allah will forgive all sins, and He will not mind


di kesempatan ini juga,saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat sahabiah yang bakal mendirikan rumah tangga sepanjang cuti sekolah nie....hehe...=)

Monday, May 31, 2010

ISRAEL laknatullah !!!!

salam...hati saya diselubungi rasa marah....geram...kecewa dengan sikap ISRAEL@REJIM ZIONIS yang menyerang kapal yg membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza...ada beberapa sukarelawan yang syahid dan ramai yang cedera..kurang ajar punya ZIONIS...apa yang kita boleh buat? berpeluk tubuh? tak ambil peduli hanya sebab serangan nie tak berlaku di negara kita,ahli keluarga kita dan kenalan kita??

ye...tapi ketahuilah sahabat-sahabat bahawa semua umat Islam itu adalah bersaudara...jika kita tidak mampu berjuang di medan perang,hulurkanlah bantuan mengikut kemampuan kita..kita berada di Malaysia..jadi,kita boleh menyumbangkan bantuan dan sumbangan dari segi wang,pakain,barang keperluan dan lain-lain kepada mereka...dan sekurang-kurangnya doakn mereka....

Nabi s.a.w bersabda dalam hadis :-

Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"

kekejaman ZIONIS semakin menjadi-jadi....umat Islam dibunuh,diseksa TANPA sebab..tegarkah kita mengambil langkah menutup mata je??doakn merekan di sana..moga-moga usaha murni mereka utk menyampaikan bantuan ke Gaza tercapai...hanya dengan menggunakan alasan :

"ada aktivis yang bertindak kasar memaksa askar Israel menembak mereka"

fikir biar logik...semua aktivis langsung tidak membawa SENJATA.....jadi,kenapa mereka dibunuh dengan SENJATA??

mari kita sma-sama membaca doa Qunut Nazilah setiap kali solat fardhu pada rakaat terakhir sesuai dengan hadis Rasulullah saw:

Berdasarkan hadis Ibnu Abbas , bahwasanya Rasulullah S.A.W. melakukan qunut satu bulan berturut-turut pada solat Zhuhur, Ashar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh di akhir setiap solat, yakni apabila baginda telah membaca “Sami’allaahu liman hamidah dari raka’at terakhir, baginda S.A.W. mendo’akan kecelakaan atas mereka, satu kabilah dari Bani Sulaim, Ri’il, Dzakwan dan Ushayyah sedangkan orang-orang yang di belakang beliau mengaminkannya.




Maksudnya:

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”

selain tue,banyakkanlah melakukan solat hajat memohon bantuan Allah dan memohon semoga kesemua pejuang Islam diberi kekuatan...inilah sekelumit usaha yg kita mampu lakukan selain daripada BERPELUK TUBUH !!

ALLAHUAKBAR !!!

Thursday, May 27, 2010

bila kita nak contohi Acheh?


salam..alhamdulillah,saya terdetik utk berkongsi tentang Acheh...seperti yg kita tahu,Acheh mengalami kemusnahan yg teruk akibat tsunami beberapa tahun yg lepas dan kini dalam proses pemulihan...tapi..apa yg saya nk kongsikan kali nie?apa yang kita boleh contohi Acheh??

ha...semalam,saya ada terbaca dalam surat khabar tentang langkah kerajaan Acheh menubuhkan pasukan polis syariah utk membendung dan mengawal aurat wanita Islam di sana..kerajaan Acheh telah mengharamkan wanita Islam daripada memakai pakaian yang ketat dan menampakkan bentuk badan..tak cukup dengan tue,pihak mereka juga menyediakan lebih kurang 20,000 skirt labuh utk wanita-wanita yang suka memakai skirt pendek...

pandangan awal saya...hm..sangat bagus..yelah,bila ada kuasa,lebih senang utk kita menegakkan hukum-hukum Islam di sesebuah negara. dan perhatian yang telah diberi kepada isu penutupan aurat wanita Islam wajar dipuji..sebab apa?macam entri saya yang terdahulu,seperti yang kita tahu,wanita nie adalah fitnah terbesar bagi dunia hari nie..jadi,bila langkah diambil untuk memastikan semua wanita Islam menutup aurat,sekurang-kurangnya,kita dapat lebih menjaga pandangan mata..dapat mengawal nafsu syahwat..dan insyaAllah secara tak langsung dapat membendung isu-isu serius lain seperti rogol,liwat,zina dan lain-lain..

tetapi..bila agaknya,kita akan contohi Acheh??secara jujurnya,saya sangat gerun,takut kalau-kalau azab dan bala Allah menimpa kita dalam saat kita sednag leka dan bergelumang dengan maksiat dan dosa..lihat jela sekarang nie...setiap hari,kita akan dengar berita tentang rogol,zina,sumbang mahram,buang bayi,pembunuhan dan lain-lain...betapa akhlak umat Islam semakin menjunam..harap kita dapat contohi Acheh..sekurang-kurangnya,peliharalah aurat kita,wahai saudaraku wanita Islam..senang je..pakai pakaian yang labuh dan longgar,tudung yang menutupi dada dan juga pastikan ianya tidak jarang...

hmm...tepuk dada,tanya iman..=)

Tuesday, May 25, 2010

bacalah Al-quran dan istiqamah lah...=)


salam...di keheningan malam...saya mengambil kesempatan utk berfikir..sambil menikmati kopi 'o' ais..huhu...tak tido la saya malam nie...saya terfikir jugak,sepanjang saya membuat keputusan utk berkongsi pandangan melalui blog,sejauh mana saya dah menyumbang kepada Islam?cara yg saya gunakan mungkin terlalu santai..sempoi..bukan apa..saya sengaja tak nak skema,or terlalu menekan pembaca yang membaca..lagipun.ilmu lagi senang diperoleh melalui otak yang tenang kan?..tapi bergantung kepada isu yg saya tulis la...ada masa saya tegas..ada masa saya relax...

Al-Quran...seperti yg kita tahu,Al-quran adalah mukjizat agung kurniaan Allah kepada umat Islam iatu kita..tapi biasalah..kadang-kadang kita tahu tapi langsung tak amalkan atau pun membuat kajian...apatah lagi nak berfikir kan...kalau masa kita kecil dulu,kita selalu dikerah utk mengaji oleh ibu bapa kita..tak kisahlah mengaji dengan ibu bapa,ustazah,kelas agama dan lain-lain..siap kena rotan lagi...tapi mungkin dulu,kita tak tahu pun..kenapa kita kena baca Al-Quran....apa faedahnya??

terlalu banyak..dengan usia yang makin bertambah nie..saya terfikir dan mengimbas kembali perjalanan hidup saya..sepanjang sekolah rendah,saya hanya membaca Al-quran tanpa mengetahui maknanya...just baca dan baca...bila khatam masa darjah dua,saya ulanhg lagi sampai sekrang...begitu juga dengan adik beradik yang lain...

bila dah besar sikit..baru saya tahu..apa kepentingan Al-quran..ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya...mula diwajibkan menghafal surah-surah lazim ketika zaman persekolahan...tapi..masih tak nampak keindahan Al-quran..sebab saya tak pandai bahasa Arab..dan tak terfikir nak baca tafsir Al-Quran...

semuanya bermula semasa saya form 5...ada kumpulan pelajar yg membongkar keistimewaan Al-quran..pada masa nie la saya terkejut..kenapa??sebab di dalam Al-quran,dah tertulis segalanya..tentang galaksi,planet,siang dan malam,peredaran bulan,gerhana matahari,udara,haiwan,tumbuhan dan lain-lain....saya terkesima...subhanallah..kenapa ek saya tak perasan sebelum nie??sebab terlalu taksub pada ilmu sains ke?ha....dalam Al-quran sendiri,ada diterangkan tentang tentatif kejadian manusia bermula daripada setitik mani...

berpeluang belajar di UIA merupakan antara nikmat yg saya paling bersyukur..sebab saya berpeluang belajar bahasa arab walaupun hanya asas je...sangat membantu saya..sebab saya dah boleh faham sikit-sikit maksud ayat dalam Al-quran..perasaan saya?sangat gembira dan seronok..terbit rasa kesal kerana impian utk belajar di sekolah agama dulu,tak tercapai...mungkin ada hikmahnya..selain dari tue,kat uia jugak,kami dikehendaki mengambil beberapa subjek agama...sangat seronok bagi saya..sebab kami belaja lebih mendalam tentang agama,al-quran,cabaran yg dihadapi dan lain-lain..dan kami dikehendaki menghafal ayat-ayat Al-quran..memang mula-mula payah..tapi alhamdulillah,dipermudahkan...

saya sangat seronok..sekurang-kurangnya saya bersemangat nak usaha menghafal serba sedikit surah-surah lazim dalam Al-quran seperti surah As-sajadah,surah yassin,surah al-mulk dan lain-lain..masa niela baru terbit rasa kagum pada kawan-kawan saya yang berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran...tapi bila dah hafal,kena istiqamah tau..kena tasmi' balik surah yg kita hafal tue..kat Uia juga lah,saya baru membeli tafsir Al-quran dan makin seronok bila saya dapat memahami maksud ayat yg saya bca...

marilah kita sama-sama berusaha utk istiqamah membaca Al-Quran setiap hari walaupun hanya satu ayat...kalau malas jugak,memadai lah bila kita tengah tunggu bas ke,traffic jammed ke,tengah tengok tv ke....atau tengah buat apa-apa aktiviti,kita selitkan bacaan surah-suran muqaddam...penting sangat supaya hati kita tak mati dan sentiasa ingatkan Allah...mals jugak??ha..pasangla kaset surah-surah Al-quran sebab bila kita dengar bacaannya,still dapat pahala...insyaAllah..

ok..bila dah boleh baca satu ayat,kena pertingkatkan kemampuan kita...baca pulak 10 ayat sehari..then,bila dah boleh istiqamah,tingkatkan lagi..baca pulak dua muka surat sehari...dan seterusnya..bila kita selalu baca Al-quran,insyaAllah kita akan selalu tenang dan rasa gelisah bila sehari tak baca Al-quran kan..yelah..kita boleh baca novel yang tebal,boleh main game berjam-jam,shopping sehari suntuk..tapi takkan kita tak boleh luangkan 5-10 minit sehari utk membca Al-quran??kitab yang terjamin keasliannya oleh Allah swt...yang dapat membantu kita di akhirat kelak..setiap huruf yang dibaca akan memberi pahala kepada kita...

senang je kan?ingatlah..hidup di dunia perlulah seiring dengan keperluan rohani kita..selain rukun Islam dan Rukun Iman,membaca Al-quran dapat mencegah kita daripada melakukan perbuatan mungkar..kalau kita tak reti mengaji,belajrla daripada sahabat kita,atau ustaz dan ustazah...jangan sesekali rasa malu...saya sendiri pun tengah usaha nak perbaiki lagi bacaan saya...jangan pula jadikan alasan bila ibu bapa kita tak reti mengaji dan tak ajar kita mengaji menjadi punca kita taknak mengaji..sednagkan banyak lagi cara yg ada utk kita mempelajarinya..ok la...semoga kita istiqamah ye..salam sayang dari saya...=)

Sunday, May 16, 2010

pemberian lesen 'halal' kepada JUDI....

salam...isu pemberian lesen judi sempena piala dunia sebenarnya dah hangat buat beberapa ketika..terkejut jugak bila kerajaan telah memberi lesen untuk menghalalkan hukum Allah yang dah memang termaktub di dalam Al-quran dan hadis sebagai HARAM.....saya bukanlah orang yang hebat dalam bidang agama...tapi saya tahu,hukum judi adalah haram....yang haram memang dah jelas,yang halal pun memang dah jelas dan syubahah wajar dijauhkan...saya pun pelik,kenapa isu ini ditimbulkan sedangkan sebagai pemimpin Islam,kita wajar memahami asas-asas dalam Islam supaya tak dianggap jahil...

saya pelik..dengan menggunakan alasan 'untuk mengawal judi dan utk mengetahui berapa jumlah pertaruhan selain menyekat daripada berlakunya pertaruhan haram'...alasan yang remeh je bagi saya..sedangkan banyak lagi cara lain untuk membanteras seperti mengenakan hukuman yg lebih berat,memperkenalkan cara yg lebih efisien atau menggunakan undang-undang Islam...

terlalu banyak mudarat jika judi dihalalkan dan terlalu sedikit manfaat yang ada di dalamnya..sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 219..

"mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi.katakanlah:"pada kedua-duanya itu ada dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia,tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya."

saya sangat pelik....jika perkara nie memang tak ada hukum yang jelas di dalam Al-quran,barulah kita boleh buat keputusan based on ijtihad ulama'..tetapi kalau dah memang bertentangan dengan Al-quran dan hadis,kita memang tak boleh bertolak ansur...penjelasan lanjut pernah dicatatkan oleh Al-imam As-sayuti Al-shafi'i:

"tidak diingkari dalam hal yg diperselisihkan(ijtihad ulama') namun sesungguhnya keingkaran(bantahan) adalah pada perkara yang disepakati(haramnya)."..

maknanya,kita wajib membantah apa-apa keputusan atas perkara yang memang dah confirm haram...JUDI memang hukumnya adalah HARAM..dan tak mungkin menjadi halal atas alasan apa pun..adakah kita pasti yang langsung tak ada orang Islam yang akan berjudi??sebelum nie pun,dah memang ramai yang berjudi...lepas dah dapat lesen,lagilah bertambah ramai yang akan berjudi...nauzubillah...

saya tertarik dengan analogi yg digunakan oleh ust zaharuddin dalam akhbar hari ini..beliau menggunakan analogi mat rempit..cuba bayangkan...kalau mat rempit diberikan lesen utk merempit semata-mata kita nak tahu berapa jumlah mat rempit kat Malaysia nie dan konon-kononnya nak elakkan mat rempit daripada merempit secara haram,adakah logik???lepas nie,merempit bukanlah satu kesalahan lagi...

samalah juga dengan pemberian lesen judi..lepas nie,sesiapa yang ditangkap kerana judi akan dibebaskan..sebab apa?sebab dah ada lesen...sedangkan hukum agama dah jelas mengatakan ianya haram...terlalu banyak mudaratnya..contoh??

1)menyebabkan kita lalai dan membuang masa...ye la..terlalu khusyuk tengok bola sampai abai tanggungjawab..ye la..sebelum nie,tengok bola secara suka-suka je..tapi sebab dah bertaruh,kena la tengok betol-betol kan...

2)hutang dan masalah kewangan akan meningkat..maka,berleluasalah ceti haram utk mencari mangsanya...

3)mengundang masalah dalam masyarakat seperti pergaduhan,penipuan,masalah keluarga dan lain-lain..

setiap hukum yang diputuskan oleh agama kita sememangnya yang terbaik untuk kita..jangan hanya kerana ikutkan nafsu,agama kita tergadai.dalam akhbar Mingguan hari nie,dah ada pertandingan untuk meneka pasukan mana yang akan masuk peringakat separuh akhir,akhir dan macam-macam lagi.astaghfirullah....apa yang saya tulis nie sebenarnya sebgai bantahan saya terhadap isu nie..harap-harap kita terlepas daripada dosa bersubahat atas perkara nie..insyaAllah...ingatlah,kita hanya negara orang Islam...bukannya negara Islam..wassalam...

Wednesday, April 28, 2010

betol ke orang perempuan nie leceh??


“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?”
“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”

“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah – olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .” Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam diirnya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.


Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan

Thursday, April 22, 2010

akhlak muslim kian menjunam...


salam....alhamdulillah,ada lagi idea dan pandangan untuk dikongsi...ini cuma pandangan dan pemerhatian saya..bukan ada bukti saintifik pun....hehe...kalau kita baca dalam akhbar,setiap hari ada je kes rogol,cabul,zina,buang bayi,rompakan,rempit dan lain-lain..tapi kali nie,saya nak tekankan tentang kes rogol yang berlaku di sebuah sekolah..kes rogol tue berlaku dalam kelas dan pada waktu rehat...try teka berapa umur perogol tue??hanya 14 tahun....ya Allah...apa nak jadi..di mana silapnye...

yang lebih malang,pelajar perempuan tue bkan sahaja dirogol,tetapi kemaluannya turut ditusuk dengan pensel...mangsa langsung tak sedar apabila doktor yg merawat memberitahu mangsa tentang kejadian tue...bak jatuh ditimpa tangga,mangsa disahkan mengandung sebulan....kesian kat dia..saya pelik..macam mana peristiwa tue boleh berlaku dalam kelas...saat pelajar2 lain keluar rehat....sekolah tue tempat untuk menuntut ilmu..bukan tempat maksiat...sama-sama renungkan..

teringat jugak perbualan saya dengan guru di sekolah lama saya yang terkilan dengan akhlak pelajar yang tak sampai pun umur 15 tahun tapi telah dicekup kerana berzina di dalam stor tepi dewan sekolah lama saya..saya terkejut..dulu,masa saya masih bergelar pelajar,tak pernah terdetik pun utk melakukan perkara terkutuk tue..bukan setakat saya,langsung tak da di klangan kami yang buat perkara tak senonoh tue..bukanla tak ada pelajar yang nakal..kes ponteng sekolah dan merokok memang ada..tapi kes membabitkan perkara begini tak pernah wujud...bukti..bahawa akhlak muslim kita hari nie makin teruk....

teringat pulak bila akak saya bercerita tentang salah seorang pesakit lelaki yang baru berumur 7 tahun...dia menjadi mangsa dera bapa kandungnya..mula-mula saya kesian kat dia..tapi lepas akak saya cerita tentang perangai budak tue,saya terkejut..boleh bayangkan tak..budak umur 7 tahun dah pandai nak bunuh diri(nak terjun dari tingkat 8 bgunan hospital),menendang doktor pakar,kurang ajar,menendang perut kawan akak saya yang juga seorang nurse yang tengah mengandung 6 bulan,menconteng dinding hospital dan meraba nurse-nurse kat dlam wad...saya terkejut...bila diteliti,ibu dan ayah budak nie dah bercerai dan dia dijaga oleh ayahnya sementara ibunya berkahwin lain..ayahnya dah ditahan sebab mendera..tapi ibu budak nie langsung tak nak jaga budak nie...budak nie turut gemar berckap lucah selain memberitahu nurse yang kakak dan abangnya gemar bermain 'rogol-rogol'...sekali lagi dorang terkejut...budak umur 7 tahun dah pandai tentang perkara-perkara macam tue..siap boleh explain in detail lagi...

saya terkejut..ya Allah..kalau tak dibendung,apa agaknya yang akan berlaku 10 tahun akan datang??saya berfikir..kalau ditakdirkan saya berkahwin dan mempunyai anak,apa cabaran dunia yang bakal dilalui oleh anak-anak ini pada masa depan??gerun pulak rasanya.....

apa puncanya?hm...banyak sebenarnya..pengaruh barat,tv,kwan2,cara hidup dalam keluarga,kurang pegangan agama,peranan ibu bapa.....sama-samala amik iktibar..kita ada abang,adik,kakak,mak,ayah..sama-samalah kita usaha untuk membimbing dan menjaga mereka semampu yang boleh...supaya kita dijauhi dari semua perkara nie...kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar..Islam itu agama yang fitrah...sesuai untuk manusia...dalamilah ilmu agama supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus...insyaAllah...

Sunday, April 18, 2010

6 perkara yang Allah sembunyikan....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail
as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri
dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta
solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tet api di
akhir zaman nanti akan datang seorang nabi
yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu
itu.

Kerana mereka mengerjakan solat
atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak!
sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin
kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat
izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga
ia merasa letih dan lemah dan akhirnya

dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh

dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap

imbalan solat dua rakaat yang mereka
kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan
berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam
perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.

Tuesday, April 6, 2010

belajar dari pengalaman dan kesilapan. (maaf..terlalu panjang..)


Jika direnung kembali, sepanjang kita menghirup udara dan bernafas di bumi Allah ini, terlalu banyak kenangan manis,kenangan pahit, detik-detik bersejarah dan lain-lain yang kita lalui…bila fikir-fikir,setiap perkara yang menimpa kita,semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz..jadi,sememangnya kita harus terima qada’ dan qadar Allah…

Sepanjang hampir 21 tahun menggunakan nama siti husna izzati muhamad Othman di bumi Allah ini,macam-macam perkara berlaku..ada yang di luar kawalan..ada kesilapan yang saya lakukan,ada pengalaman buruk,baik dan lain-lain yang sememangnye mengajar kita menjadi lebih matang..lebih tabah untuk meneruskan hidup di muka bumi ini..

Bermula dengan pengalaman zaman kanak-kanak yang indah..saya masih berada dalam lingkungan ‘selamat’..tanpa terdedah dengan bahaya dunia..dunia yang penuh dengan fantasi..tanpa perlu memikirkan tanggungjawab..dunia yang menyaksikan pembelajaran saya sebagai seorang anak.adik,kakak dan kawan…saya melalui beberapa pengalaman yang mengajar saya erti setiakawan,erti kesabaran,hubungan kekeluargaan dan lain-lain..tapi pada masa nie,saya tak fikir lagi apa akibatnya..yelah..budak-budak kan..apalah yang saya tahu…

Ketika usia menginjak remaja,seiring dengan perubahan fizikal,mental juga turut berubah..fikiran menjadi lebih terbuka untuk menerokai dunia..tetapi,disebabkan saya sentiasa dikawal dari segi tingkah laku dan disiplin,saya tak terlalu terdedah pada dunia luar..langsung tak tahu apa bahayanya..lagipun,pada masa tue teknologi masih tak berkembang..tapi pada waktu nie,saya dah merasa bebanan tanggungjawab yang tergalas di bahu…cara mengawal emosi yang asyik memberontak dan memerlukan perhatian..ye,saya melaluinya..bagaimana rasa hidup terkongkong…ingin bebas..tapi saya hidup gembira..di samping kawan-kawan dan keluarga tersayang…pada masa ini,saya dah mula memikirkan peristiwa yang berlaku sepanjang kanak-kanak..setiap yang berlaku ada sebabnya..’owh.patutla jadi macam nie..’…beberapa perubahan sikap dan pemikiran seiring dengan perkembangan usia membuatkan saya lebih matang..kesilapan yang dilakukan mengajar saya banyak perkara…supaya kesilapan tak berulang….

Banyak kesilapan mengajar saya…walaupun pada waktu itu,rasa macam tak larat nak melaluinya..tapi setiap kesusahan,akan diikuti dengan kemudahan…apa yang pnting,belajar daripada kesilapan dan tak mengulanginya…pengalaman akan menjadi sia-sia jika kita hanya membiarkan ia singgah di dalam diari hdiup kita tanpa kita mengambil apa-apa manfaat daripadanya…

Selesai zaman persekolahan…saya melangkah ke alam dewasa..fasa yang paling mencabar saya kira..saya mencari hala tuju saya..saya mencari apa matlamat hidup saya..tapi di sepanjang perjalanan,pelbagai liku yang terpakasa ditempuh..bukan sedikit air mata yang mengalir,bukan setitik peluh terhasil..bukan ringan bebanan perasaan yang ditanggung…jika sebelum nie,saya langsung tak kaitkan apa yang berlaku dengan kekuasaan Allah..pada masa tue,saya hanya fikir…segala yang berlaku adalah disebabkan saya sendiri…tak ada kena mengena dengan orang lain…saya langsung tak kaitkan setiap yang berlaku adalah dalam rencana Allah…

Sehinggalah hidayah menjengah jiwa saya..subhanallah…ya Allah..tenangnya…saya jumpa apa yang saya cari..alhamdulillah..saya rasakan anugerah yang sangat tak ternilai diberikan pada saya..berbaloinya segala cabaran yang saya lalui…yang bukan semua orang melaluinya..pada waktu nie,barulah saya tahu yang Allah itu benar-benar berkuasa…Allah mentarbiyyah saya untuk menguji sejauh mana iman saya..stiap ujian yang berlaku banyak menguji keimanan saya,nafsu dan perasaan,emosi dan lain-lain..setiap kejayaan yang menjelma dalam hidup saya adalah kerana Allah..smakin tinggi pergantunggan saya pada Allah,semakin bernilai kejayaan itu..

jika sebelum nie,saya langsung tak nampak bahawa berkat usaha saya yang tak tinggal solat hajat dan bacaan yassin setiap hari sepanjang menjadi pelajar tingkatan 5 dulu,barulah saya cemerlang dalam SPM..saya tak nampak…tapi,untuk tambahkan keyakinan,saya mengujinya…bila di asasi UIA,saya cuba niatkan semua usaha saya semata-mata kerana Allah..segala ujian saya kaitkan dengan kuasa Allah…saya yakin dengan kuasa Allah…pada midsem,result saya tak berapa cemerlang..saya failed subjek math,markah cukup makan untuk fizik II sebab saya memang lemah dalam pengiraan..tetapi,saya bersangka baik dengan Allah..saya tak putus asa…saya usaha..Alhamdulillah!! terbukti….saya berjaya menjadi salah seorang dean’s list student sepanjang di sana…pada masa tue,saya besyukur..tersenyum..hebatnya Allah..hebatnya rencana Allah…ingin melihat saya berusaha semampu mungkin,barulah kejayaan itu hadir…

Pengajarannya…sentiasalah bersangka baik dengan Allah…dan jangan berputus asa…=) kisah nie bukan untuk riak..semoga saya dijauhkan dari perasaan itu..kerana riak adalah salah satu syirik kecil..yang sering diingatkan oleh Rasulullah saw…carilah hidayah Allah..jangan sesekali mencipta alasan..’owh..patutla…dia dapat hidayah..’…’ala..tak sampai seru lagi untuk berubah..’…jangan..jangan sentiasa beralasan..usaha dan berdoalah..bila hidayah menjelma,rebutla ia..jangan dibiarkan ia diberi kepada orang lain disebabkan sifat acuh tak acuh kita..jika terdetik niat untuk melakukan kebaikan,maka..terus lakukan..jangan ditangguh..kerana mungkin nanti niat itu akan hilang dimakan waktu…

Now..here I am…still trying to be a better person..aim saya….menjadi seorang ,mujahidah solehah…sudah tentu syahid itu matlamat saya..jika saya diberi kesempatan umur untuk menjadi seorang pharmacist,semoga saya menjadi muslim pharmacist..dengan menerapkan ajaran dan hikmah Islam setiap kali consultation with patients…but,the future is still too far and unclear..tak tahu kita sempat melaluinya or tak…hikmah ujian menjadikan kita lebih kuat,matang,tabah dan lebih memahami orang di sekeliling kita…berusaha menjadi lebih baik itu,better than never do anything…saya sendiri tak tahu apa akan jadi pada saya…adakah pada masa depan saya akan istiqamah dan menjadi lebih baik?atau saya akan tersasar dari landasan lurus ini?atau nyawa saya akan dicabut selepas ini?ke syurga kah saya?atau bakal merasai azab neraka?ya Allah..jauhkanlah aku,keluargaku,sahabatku dan seluruh muslimin muslimat daripada api nerakaMu..saya tak tahu..moga-moga,kita dapat saling menasihati…

Saya menulis..hanya dengan satu niat..untuk mencari barakah Allah..dan berkongsi apa yang saya ada dengan semua..semoga ia dapat mendekatkan diri kita pada Allah..saya ingin menyampaikan ilmu yang saya ada walupun satu ayat..itu kan sunnah nabi saw…saya menulis..bukan nak tunjuk saya baik..coz saya bukan baik pun..Cuma nak berusaha menjadi baik..hamba Allah yang taat…lagipun,maksud nama saya kan baik..husna=baik..hehe..walaupun ilmu yang saya ada hanyalah setitik..tapi moga ia berguna..insyaAllah..saya akan terus menambah ilmu di dada…
Ingatlah,segala nikmat yang diberi oleh Allah adalah percuma..tetapi..adakah kita bersyukur??...tepuk dada..tanya iman…=)

Saturday, March 27, 2010

wasilah barat@yahudi....



salam..walaupun tengah exam,saya tak dapt menahan diri daripada menulis kat blog nie....tinggal lagi 7 paper...baru selesai jawab 3 paper..huhu...

sebenarnya terdetik nak berkongsi tentang wasilah iatu cara yang digunakan oleh barat@yahudi@zionis or apa2 yang membawa kepada maksud yg sama...daripada pandangan dan pemerhatian saya,mereka gemar menggunakan pendekatan psikology untuk menghancurkan umat Islam...bagaimana??

firstly, the role of mass media and electronic...kalu tengok cite,filem or apa2 acara kat televisyen,kita dihidangkan dengan cite yang memesongkan kita dari Islam..huh..walaupun orang besar kat stesen tv tue beragama Islam,it doesn't prove anything..boleh bilang ngan jari je berapa banyak program keagamaan kat tv kan...

saya ingin mengambil contoh filem or drama barat iatu supernatural,ghost whiperer dan lain-lain..pada awlnya,saya macm berminat jugak nk tgok cite mcm nie...tapi sbgai orang yg dah matang,saya dapat bezakan baik dan buruknya..nak jugak tengok macm mana dorang cuba pengaruhi kita...yela,penat2 dorang cipta pelbagai jenis hantu..tapi,bukan hantu yang ingin saya ketengahkan..tapi sikap melampau mereka yang mewujudkan malaikat,setan,neraka dan lain-lain dalam cite tue...geram betol rasa bila dorang seakan mempersendakan dan membayangkan kewujudan neraka..dengan attitude malaikat dalam cite tue yg minum arak,yang bergaul bebas..betol2 menyakitkan hati saya..pada saat tue,saya terfikir..apa akan terjadi bila kanak-kanak atau remaja yang kurang amik tahu tentang agama terpengaruh dengan apa yg dorang tonjolkan???masa tue saya sedar..ye,dorang guna cara tue utk jauhkan kita dari Islam...



tue belum dicampur dengan budaya barat yg semakin menjadi ikutan..ada seorang ustaz pernah cakap...'senang je nak tahu sape yang terikut-ikut nie..biasanya siapa yang nak ikut sesuatu,dia akan lakukan over the limit..for example...orang lelaki yang ingin bertukar menjadi wanita,dorang akan wat dan ubah macam2..walhal perempuan sendiri pun tak macam tue..paham kan?sama jugak dengan perempuan yang nk jadi lelaki..bukan main lagi dressing dan ubah gaya berjalan..walhal lelaki tak adala sampai macam tue..sama la jugak dengan budaya barat...orang barat bese2 je,kita...orang Islam nie yang melampau!....

wasilah yg kedua ialah melalui arak dan dadah...owh..memang payah nak diatasi..kenapa???sebab kelab-kelab malam dah tumbuh macm cendawan lepas hujan..tapi,nk arak??kat 7-eleven pun dah ada....dadah?walaupun byk kejayaan menumpaskan dadah dilaporkan di dada akhbar,still je jumlah penagih kat negara kita nie meningkat...

bila kita dipengaruhi oleh dua jenis najis nie,kita akan hilang pertimbagan..mula la meleret kepada dosa-dosa yang lain seperti zina,bunuh dan lain-lain..rasa-rasanya,mesti orang barat sedang bersorak gembira melihat kemusnahan umat Islam kan??konon-konon mengamalkan human freedom without ever notice anything weird behind it...kan??

semalam saya ada terbaca...salah seorang menteri kat palestin bagitahu yang Israel nak gunakan cara menggunakan dadah dan arak untuk diedarkan kepada golongan muda kat sana....tujuan???untuk melemahkan mereka dan membuatkan mereka khyal dan lupakan perjuangan mereka....semoga kita dapat doakan saudara seislam kita di sana...

tapi..apa peranan kita???fikirkanlah sendiri..kadang-kadang kita alpa..yela..tengah muda...mestilah nak enjoy..tapi,ingatlah..maut tak mengenal usia..takut ajal menghampiri kita saat kita sedang bergelumang dengan dosa....

ingatlah betapa pedihnya azab neraka yang menanti..jika sudah terpesong,kembalilah ke pangkal jalan..kerana sesungguhnya Allah itu maha pengampun..belum terlambat untul kita berubah..asalkan kita mahu..insyaAllah dipermudahkan..ketahuilah, Islam adalah cara hidup yang terbaik...



ALLAH GHOYATUNA (ALLAH ADALAH TUJUAN KAMI)
AL-RASUL QUDWATUNA (RASULULLAH TELADAN KAMI)
AL-QURAN DUSTURUNA(AL-QURAN PEDOMAN HIDUP KAMI)
AL-JIHAD SABILUNA (JIHAD ADALAH JALAN JUANG KAMI)
AL-MAUTU FI SABILILLAH ASMA AMANINA(MATI DI JALAN ALLAH ADALAH,CITA-CITA KAMI TERTINGGI)............

Thursday, March 11, 2010

mahasiswa 3 K??




salam...saya tertarik dengan kata-kata rakan saya apabila kami membincangkan tajuk "the future of Ummah"..kami berbincang tentang sikap segelintir mahasiswa Islam yang hanya mengamalkan dasar 3 K iatu (kuliah,kafe,katil)...macam kelakar kan?tapi itulah hakikatnya...jadual harian yang tak nak diubah...

matlamat untuk menegakkan syiar islam dan daulah islamiyyah tak akan berjaya jika kita masih berada di takuk lama...mengharapkan orang lain yang melakukan perubahan sedangkan kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu, perlulah dijauhi....

seharusnya kita menjadi mahasiswa yang menyumbang kepada agama semampu yang boleh....jadilah pelajar yang aktif, mengajak kepada kebaikan dan hindari keburukan...ramai dari kalangan kita yang berpandangan:
"alah...tugas kita belajar je.."

"nanti kalau terlibat ngan program,pointer jatuh..."

dan macam-macam lagi alasan..sedangkan pengalaman kita di universiti dapat membantu kita ketika bekerja nanti...soft skill,sifat kepimpinan,tanggungjawab dan lain-lain sangat penting untuk masa depan kita nanti....ketika melakukan tanggungjawab itu,perbetulkanlah niat semata-mata kerana Allah dan untuk manfaat pada yang lain..dan laksanakanlah amanah itu sebaik yang mungkin...ada satu hadith:

‘Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan kerja, maka ia melakukan kerja itu dengan penuh ketekunan & kemahiran: -alhadith

pandangan peribadi,banyak yang boleh dipelajari dengan penglibatan kita dalam aktivit luar..kita mempelajari bagaimana untuk mengurus masa,mempelajari bagaimana nak wat program,contact dengan penceramah or VIP...bukan semua orang akn dapat peluang tue kan...

ingatlah..kita memerlukan generasi muda yang aktif,proaktif,sihat dan lain-lain potensi untuk menegakkan kembali Islam di muka bumi ini...jika hanya mengamalkan dasar 3K,mampu ke kita??harap kita sma-sama dapat berubah....jika kita merupakan pelajar bidang kritikal seperti medic,pharmacy,dentistry, marilah kita menjadi doktor yang beriman dan proaktif..pharmacy yang bersemangat....supaya dapat menyampaikan Islam secara menyeluruh...di mana mulanya??? ye...di universiti..mulakan langkah pertama kita...jika bukan sekarang,bila lagi? jika bukan kita,siapa lagi?

fikir-fikrkan la ye..perkara ini tak boleh dipandang enteng...

tapi perlu diingat..apabila terlibat dengan masyarakat..perlulah jaga batas-batas antara berlainan jantina....sebagai perempuan,hadkan batas ketika kendalikan program,mesej tentang kerja sahaja..di samping menjaga aurat kita..yelah,takut niat kita nak menyampaikan dakwah tapi hati-hati..takut kita menjadi fitnah....nauzubillah...jadi,pilihlah program yang sesuai dengan kita...

hm..maybe bila dah kahwin,saya akan fokus sepenuhnya pada rumahtangga...iyelah..bukan mudah nak mendidik anak-anak untuk menjadi mujahid dan mujahidah Islam kan?tempat wanita lebih sesuai di rumah...tapi jangan sampai lupa tarbiyyah...kena pandai seimbangkan kedua-duanya....

er..tue pun kalau kahwin....huhu....

saya paling takut jika kehadiran wanita hanya mengundang fitnah...harap-harap semua tue dijauhkan....nasihat nie lebih kepada diri saya sendiri....sikap saya yang peramah kadang-kadang membuatkan saya mudah dikenali...walaupun niat asal,saya nak low profile..silap saya jugak...insyaAllah akan diperbaiki sedikit demi sedikit...

maaf kalau pengisian macam berterabur cikit..huhu...saya dah nak final exam..jadi kenala wat persediaan lepas nie..doakan saya ye...=)

Sunday, March 7, 2010

mencari sinar bahagia...


salam..alhamdulillah..saya diberi kekuatan untuk berkongsi ilmu melalui penulisan lagi..hm..agaknya,dengan menulis,saya dapat released tension kot...moga-moga apa yang saya kongsi dapat memberi manfaat walaupun sedikit di samping mendekatkan diri pada Ilahi...tue tujuan saya wat blog nie...ok..tajuk kali ini ialah tentang mencari bahagia...

bahagia...sangat tak ternilai harganya..bukan senang untuk digapai..hanya Allah yang mampu memberi rasa bahagia itu..iyelah...kadang-kadang,orang yang hartanya bertimbun,tapi tak pernah rasa bahagia...orang yang tinggi ilmunya,tapi tak pernah rasa bahagia....banyak lagi contoh-contoh lain...jadi,macam mana nak cari bahagia itu?

hm...cara yang pertama ialah dengan beriman dan beramal kepada Allah..actually,setiap apa yang berlaku,kita akan kembali kepadaNya..itu salah satu fitrah...dengan menambahkan keimanan kita dan beramal dengannya,hati akan menjadi tenang,lebih bersih dan dekat denganNya...insyaAllah,akan terbit rasa bahagia...selain itu,kita hendaklah banyak mengingati dan bersandar pada Allah..bukannya pada makhluk lain..contohnya,kita lebih banyak mengingati orang yang kita sayang lebih dari kita mengingati Allah...try kira berapa kali dalam sehari kita berzikir dan memujiNya?berapa kali kita berdoa memohon perlindungan dan keampunanNya?dan berapa kali pulak kita mengingati dan bertemu dengan makhluk lain yang lebih kita sayang?

secara logiknya,bagaimana bahagia itu akan terbit jika kita sendiri menjauhkan diri daripada Allah?kita asyik mengeluh mengatakan Allah tak sayangkan kita kerana bagi kita rasa sengsara..tetapi kalau kita sendiri mengabaikan hak Allah,tak melaksanakan apa yang telah diperintahkan,mana mungkin Allah mengabulkan permintaan kita...jadi,kita kena muhasabah diri dan berubah...

cara yang seterusnya ialah dengan mencari peluang berbuat kebaikan...contohnya,menolong orang yang dalam kesusahan..walaupun payah,tapi apabila kita mampu melakukannya,akan terbit rasa puas,gembira dalam hati kita..tak percaya?try la...

dan..janganla panjang angan-angan tentang masa depan dan meratapi masa silam....err..nie macam kena atas batang hidung saya je...bila kita asyik meratapi dosa-dosa silam,kita akan merasa lemah dan hilang semangat...dan bila kita terlalu banyak angan-angan,kita akan mudah kecewa bila angan-angan tue tak tercapai..tak salah merancang tapi kena berpada-pada la...

dan..last sekali...jangan melihat kekurangan kita tetapi lihatlah kelebihan kita...awas dari bersikap riak dengan kelebihan diri sendiri tapi gunalah kelebihan itu untuk manfaat diri dan orang lain..

apa yang saya kongsi ini pun untuk diri saya sendiri yang tengah mencari bahagia...ujian yang melanda membuatkan kita akan lebih mengharagai erti bahagia itu..percayala,setiap apa yang berlaku adalah takdir Allah..berusahalah semampu mungkin untu mencari redhaNya...