Followers

Thursday, April 15, 2010

"..janganlah kamu menghampiri zina"(surah Al-isra' ayat 32)


salam..tadi saya buka blog ust hasrizal...bila baca post ustaz tentang zina,hati saya terdetik untuk turut berkongsi tajuk yang sama memandangkan otak saya dah ligat memerah idea..hehe..

saya tertarik tentang konsep yang ustaz jadikan contoh iatu tentang kisah nabi yusof...boleh rujuk surah Yusof ye..surah nie sebenarnya salah satu surah yang paling saya suka..rasa dekat je dengan hati..rasanya,semua tahu kan serba sedikit tentang kisah nabi yang dikurniakan paras rupa yang paling menawan kat dunia nie...kisah di mana baginda di goda oleh ibu angkatnya Zulaikha tetapi baginda menolak godaan tue..boleh rujuk ayat 23 dalam surah yusof..

"dan perempuan yang dia (yusof) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. dan dia menutup pintu-pintu, lalu berkata, 'marilah mendekat kepadaku.' Yusof berkata..'aku berlindung kepada Allah,sungguh,tuanku telah memperlakukan aku dengan baik'.sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung."

dalam ayat nie, jelas ditunjukkan tentang bahaya zina..jangan sekali-kali menghampirinya kerana takut iman kita yang hanya setebal kulit bawang terus hancur dimamah godaan nafsu...kalau kita beralasan dengan mengatakan bahawa nabi yusof adalah seorang nabi,sebb tue dia mampu melawan godaan wanita yang menawarkan diri secara sukarela....

salah tue...nabi yusof juga seorang manusia..yang pada ketika itu muda belia..bila digoda,secara tak langsung,hatinya turut tergugat..begitu juga kita..tetapi ketahuila...apa yang dapat mencegah kita daripada melakukannya hanyalah IMAN..sejauh mana hubungan kita dengan Allah...

ingatlah,antara golongan yang akan bernaung di bawah arasy' Allah di hari kiamat ialah Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"


kalau kita amati,dunia hari ini...pandang kanan..ada wanita seksi..pandang kiri..pun ada wanita seksi yang menggoda..akhirnya,wanita yang berpakaian seksi sudah lali di pandangan mata...sedangkan bila lihat wanita yang berpakaian menutup aurat,kita memandang dengan pandangan jelik! niela hakikat masyarakat dan dunia akhir zaman...

dalam surah Al-isra',telah ada peringatan supaya kita tak menghampiri zina..kalau menghampiri zina pun dah mengundang murka Allah,apatah lagi dengan betol-betol melakukan zina...kan?ada banyak sebab yang membawa kepada zina..kita boleh fikir sendiri....tapi bagi yang dah terjebak dgan zina,bertaubatlah..ye,mungkin kita tak rasa bersalah..'kubur kan lain-lain'...tapi bila dah TERmengandung,mulalah hilang arah..masa nie lah baru nak gelabah...mula terfikir melakukan dosa yang lain iatu gugurkan kandungan atau buang anak kat mana-mana...dah jadi senario normal kan...

buang anak?agak-agak ada tak haiwan yang buang anak sendiri?tak da kan?kita manusia..yang diamanahkan menjadi khalifah kat bumi ni,sanggup buang anak..kerana apa?malu?sepatutnya kita muhasabah diri kita balik...bila ada yang melakukan zina,dan ingin bertaubat,bantulah mereka..jangan sisihkan mereka..ye..memang payah..but its bettter than doesn't do anything and juz blame others...ketahuilah Allah itu maha pengampun...pintalah keampunan Allah...

saya pernah dengar..sape tah cakap..dari mata turun ke hati..bermula dari pandangan mata,mula pulak berpegangan tangan,pastu berpeluk cium dan akhirnya ZINA...sahabat-sahabat yang saya sayangi,jauhilah..jangan rosakkan diri kita..bertaubatlah...berpeganglah pada Al-quran dan sunnah Rasulullah saw...setiap perintah Allah ada hikmahnya...kita nak melahirkan keturunan yang baik...jadi,gunalah cara yang baik...bukan melalui zina...

harap sama-sama dapat jadikan pengajaran..apa yang saya tulis nie ibarat cermin..akan dipantul balik pada saya..jadi,juga merupakan peringatan pada saya...sama-sama muhasabah ye....

2 comments:

  1. salam.. oh ye, mintak maap la yek klu ni lari dr topik or bkn sebagai komen or busy body... just nk taw, ape perbezaan klu org yg amik medic dgn org amik pharmacy? n, kamu on9 kt rumah gne ape?

    ReplyDelete
  2. hm...medic..lebih kepada anatomy n physiology..means,lebih kepada tubuh badan manusia..apa yang berlaku dalam tubuh manusia..semua yg berkenaan dengan tubuh manusia...
    pharmacy lak lebih kepada ubat-ubatan yang sesuai utk badan manusia....apa structure nya...apa side effectnya n lain2...medic major pada anatomy n physiology,tapi minor dalam pharmacology..
    pharmacy lak major dlm pharmacology,minot dlm anatomy n physiology...n medic ada surgery...saya gune broadband.

    ReplyDelete