Followers

Thursday, June 3, 2010

kesilapan wanita tentang aurat...=)

salam...alhamdulillah,idea utk menulis datang lagi...sebenarnya,saya tengah membaca buku "untukmu wanita" karya Ust Zaharuddin Abd Rahman..saya sangat suka membaca...memang ralit berjam-jam..tapi,disebabkan saya student lagi,duit pun tak banyak,terpaksala berjimat sikit dan kawal diri daripada membeli buku banyak-banyak...tak pe,nanti dah ada duit,saya akan beli..sebab dah ada banyak buku dalam list saya...hehe...'Risalah ta'lim','fiqh sirah 1,2,3' dan bnyak lagi...

saya tak habis lagi baca buku nie..tapi saya nak kongsi tentang kesilapan yg acap kali wanita lakukan tanpa disedari or disedari..rasanya dah banyak jugak post saya tentang aurat wanita..tak pela..nak tulis jugak..hehe..saya sgt mencadangkan semua wanita baca buku nie..sangat best..nanti sy kongsi tentang "wanita yg bekerja..boleh ke?" pula..sebab saya pun tengah dilema..hehe



KESILAPAN PERTAMA:
aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja..

KESILAPAN KEDUA:
bertudung tetapi berkemeja-T lengan pendek..

KESILAPAN KETIGA:
bertudung tetapi bajunya sendat,sempit dan nipis dan memaparkan bentuk dan kawasan yg mudah menggoda..

KESILAPAN KEEMPAT:
bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul..

KESILAPAN KELIMA:
bertudung tetapi hanya memakai bila di pejabat@sekolah, tetapi tidak di sekitar rumah,pasaraya dan lain-lain..

KESILAPAN KEENAM:
bertudung tetapi tudung dilempar ke belakang,menampakkan dada..

"..hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yg terzahir.."(AN-Nur:31)

KESILAPAN KETUJUH:
bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis

riwayat Al-'Uqayli,Dar Qutni dari Abu Hurairah :Rasulullah saw bersabda " Allah sentiasa merahmati para wanita yg memakai seluar panjang(di sebelah dalamnya)"

KESILAPAN KELAPAN:
bertudung tetapi memanjakan suara...

"maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja krna boleh menimbulkan keinginan orang yg di dalam hatinya ada penyakit dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yg baik,sesuai dan sopan"(Al-Ahzab:32)

selain dari tue,saya dah habis baca ketiga-tiga buku karya Ustaz hasrizal nie..salah seorang ustaz yg saya kagumi jugak...buku nie sgt bermanfaat..mengajar kita cara yg sebenar yg dianjurkan dlam Islam tentang hubungan kasih sayang di antara suami isteri,ahli keluarga dan paling penting kasih sayang kita dengan Allah...=)


sebenarnya,saya nak ubah background blog sy nie dan nak kemaskini..tpi,saya nie buta IT cikit...kena tanya kawan-kawan dulu la...dulu dorang dah ajar,tapi saya dah lupa.hehe...ok..jaga aurat,jaga hati,jaga pandangan...=)

2 comments:

  1. satu lagi yg kesilapan wanita tentang aurat yang diorg slalu buat.... pakai tudung, t-shirt lengan pendek + sarung lengan.... ape yg salah kt situ? sarung lengan yg ketat hingga menampakkan bentuk anggota tubuh badan.... (betulkan kalo sy ade silap mne2)

    ReplyDelete
  2. husna, nape xde shoutbox? nak shout xleh ni..sob2, sedih..

    ReplyDelete