Followers

Wednesday, September 15, 2010

suam-suam kuku.....


salam.....apa khabar semua?harap semuanya diberi kesihatan dan nikmat Iman yg mantap sentiasa...apa benda yg suam-suam kuku nie ye???ha.....apa yg saya nak tulis ialah berkaitan taubat..taubat yg hanya suam-suam kuku..

cuba bayangkan...kita ada melakukan dosa tak kiralah dosa besar atau dosa kecil..dan kemudian kita bertaubat..dengan sebenar-benar taubat..betul-betul menyesal atas setiap kesilapan yg kita lakukan dan kita berazam utk tidak mengulanginya lagi...

tapi...kadang-kala,kita terfikir kembali segala keseronokan ketika kita melakukan dosa-dosa tue...dan kadang-kala,kita akan kembali tewas dan akhirnya mengulangi kembali dosa-dosa tue..dalam hati terbit rasa bersalah,tapi kita dah tak mampu menahan diri utk tak mengulanginya....apa yg jadi pada taubat yg kita sangkakan adalah taubat nasuha tadi??

dilema nie kadang kala berlaku pada diri saya sendiri..sebab tue saya berfikir utk tulis tentang nie..dan kebetulan saya ada baca artikel tentang nie di www.zaharuddin.net ..jadi,inilah jawapannya..

bila kita kembali mengulangi dosa-dosa silam walaupun dah bertaubat,mesti terdetik:

'Ya Allah..ampunkan dosaku..jahatnya aku Ya Allah kerana tak mampu menahan diri dan nafsuku...ya Allah...terimalah taubatku...lemahnya aku...lemahnya iman aku..'

kita merintih..kita kembali takut pada seksaan Allah sebab memang kita dah niat utk tak mengulanginya lagi...taubat kita hanya ibarat suam-suam kuku je..tak berpanjangan..tak kekal....

ok..antara cara utk dapatkan taubat nasuha ialah:

1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.

jangan sekali-kali bertaubat sebab orang lain..tapi bertaubatlah kerana Allah...jangan sebab didesak dan dipaksa..tapi biarlah ia datang dari lubuk hati kita..yg betul-betul inginkan keampunan dariNya..

2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

kadang-kadang kita terfikir..Allah ampunkan ke dosa-dosa kita?sedangkan kita asyik ulang dosa-dosa tue walaupun dah bertaubat..rasa diri kita nie kerdil sangat..kotor..hina....tapi jelasla pada ayat kat atas nie bahawa Allah itu Maha Pengampun..=)

3) Segera menangisi dosa yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.

jangan malu utk menangis,merayu pada Allah...menangislah sepuas hati..moga-moga Allah ampunkan segala dosa kita...

4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu.

hm..bagi saya,apa yg saya buat ialah tinggalkan punca ke arah dosa-dosa tue..jauhkan diri kita...istighfar dan jangan bersendirian....cubalah ye...

Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )

5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah dosa-dosa tadi..

6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah).
Firman Allah SWT ertinya :

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً

Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)

7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :

إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).

kita akan rasa sedih sangat bila kita kembali ulang dosa-dosa silam..rasa kita ni jahat sangat...walaupun kita dah bertaubat tapi kita still ulang..apa yg kita mampu buat?kita usaha lagi...usaha dan usaha tanpa putus asa....ada satu kata-kata yg begitu menyentuh hati saya bila mendengarnya...iatu:

"kita bukan baik tapi nampak macam kita nie baik sebab Allah tutup segala keaiban kita..segala kelemahan dan dosa-dosa kita daripada pandagan manusia yg lain"

bila dengar je kata-kata oleh ustaz nie,air mata saya bercucuran...kebetulan waktu tue,saya terlibat dgn pgram muhasabah diri sempena Nuzul Quran yg lepas...betapa kerdilnya diri saya..rasa mcm ayat tue sangat sesuai utk saya....betapa banyak dosa yg saya buat,tapi Allah tutup aib saya...Allahuakbar...ALLAH MAHA BESAR...

setiap point tentang cara taubat nasuha kat atas tadi, saya ambil daripada link ust zaharuddin..cuma saya huraikan sendiri je..yg lain-lain adalah hasil tulisan saya...sama-sama kongsikan ye..insyaAllah..

No comments:

Post a Comment