Followers

Monday, December 13, 2010

kita nak jadi apa?

salam.....buat pertama kalinya saya menggunakan PC di library untuk menulis blog....betul la orang cakap,bila sesuatu tue ada dengan kita,kita tak hargai...bila ia hilang jauh dari kita,baru kita tercari-cari,sedar akan kepentingannya...maafkanku laptop..sebab abaikan dirimu..huhu..

hari ini,bermulanya semester dua kami sebagai pelajar tahun dua,kuliyyah of pharmacy UIA kuantan...tapi,yang tak bestnya,hari nie kami tak ada lecture....perasaan saya?bosan..geram..kenapala tak ada lecture on the first day...frust pun ada..tapi disebalik frust tue,terselit kegusaran bila melihat kepada subjek yg bakal kami pelajari semester nie...huhu...ada SEPULUH subjek yg bakal kami pelajari iatu:
  1. physical pharmacy II
  2. pharmaceutical analysis II
  3. pharmacognosy
  4. body system I-cardiovascular & haemotolgy
  5. body system II-respiratory
  6. body system III-GIT & hepatobiliary systems
  7. body system IV-urinary system
  8. nutriceutical & cosmetic
  9. into to industrial regulations
  10. family & parenting skills...

fuhhh....tarik nafas panjang bila tengok semua subjek nie...saya ambil 2 subjek elektif semester nie iatu no 8 and 9....doakan kami dipermudahkan dalam urusan menuntut ilmu nie ye...

berbalik kepada tajuk entri...'kita nak jadi apa?'......tanyela diri kita sendiri...

"kita nak jadi orang yg berjaya dalam study..pada masa yg sama kita berfoya di luar,kaki clubbing...minum arak.....bagi kita,kehidupan ini adalah utk enjoy..kita tak abai study..tapi kita nak happy.....mencuba segala yg ada...."

"kita dah keje..tapi kita lupa pada Dia...solat entah ke mana...puasa?zakat?mengaji?bagi kita..kita nie muda lagi..relax la dulu..kita kene keje kuat..kumpul duit..tak ada masa nak solat,beribadah pada Dia.."

"kita belajar...kita bekerja..pada masa yg sama kita beribadah padaNya...ada masa yg diperuntukkan untuk melaksanakan perintahNya..kita peruntukkan masa,tenaga,harta dan lain-lain untuk memperjuangkan agama,membantu masyarakat dan menyumbang kepada orang lain...kita gembira bila orang lain gembira...biarpun,banyak onak yg menanti"

agak-agak..kita nak jadi apa?kita nak hidup..kita nak bersuka ria...'hidup aku..suka hati aku la..'..hidup aku???ehem..kita tak boleh bersendirian..even kita mati nanti pun,orang lain yg akan mandikan,kafankan,tanamkan kita..lainla kalau kita boleh tanam diri kita sendiri...=P

jadi,kalau rasa diri kita lalai..leka...alpa..berpatah la balik..masih belum terlambat..kalau rasa kita dah lama tak solat,bertaubatlah..solat kembali...kalau lupa,belajarlah kembali..sebab pintu taubat sentiasa terbuka utk kita...

manusia...sentiasa buat silap...kita bukan malaikat..kita bukan burung,tumbuhan yg sentiasa berzikir pada Allah..kita manusia yg lemah..saya sendiri banyak buat silap dalam kehidupan saya...bukan senang nak istiqamah pada jalan yg lurus...ada je halangan yg datang..ujian,godaan,tekanan,kehendak..kadang-kadang saya tergelincir...sebab apa?sebab rasa nak relax je kat dunia nie..tak payah susah payah nk berjuang mempertahankan agama...tapi,bila sedar akan kesilapan tue,bangunlah....bertaubatlah pada Dia..menangislah pada Dia...dan kita akan kembali tenang..kembali kepada jalanNya..biar payah dan banyak likunya..sebab..nak comparekan apa yg kita buat..tak setanding pun dengan Rasulullah,para sahabat dan pejuang-pejuang Islam dulu..err...agak-agak..ada ke kita menyumbang pada Islam?

mempertahankan agama?macam payah dan berat bunyinya...padahal,kita menjaga solat,menjaga ibadah,akhlak,buat perintah Allah,jauhi laranganNya,sama-sama menegakkan hukum Allah pun dah dikira mempertahankan agama...arakian kita kekal bertudung dgn sempurna pun turut dikira...

saya tahu...ramai antara kita dah tinggalkan solat..walaupun zaman sekolah dulu kita belajar solat,tapi kita tinggalkan..kenapa?sebab ramai kawan-kawan kita tak solat ke?solat lah kerana Allah..bukan kerana manusia..

tue baru solat..belum lagi bercakap tentang jihad...ha...berusaha utk solat tue pun dah dikira jihad pada diri sendiri..jihad melawan nafsu dan godaan syaitan..=)

teringat kisah yg saya baca dlm buku berkenaan Sultan Muhammad Al-fateh...manusia pada zaman itu berlumba-lumba mengejar syahid di jalan Allah...anak-anak dididik utk cintakan perjuagan....mereka mengejar dunia,tapi tak lupakan akhirat..tentera yg dipilih utk menakluk konstantinopel adalah terdiri daripada orang yg gagah dan KUAT BERIBADAT...

comparekan dengan kita sekarang?

2 comments:

  1. apabila gagal kita menyalahkan Allah swt atas kegagalan tetapi bila berjaya kita lupa pada Allah swt itulah manusia.

    "Dan Dialah Allah yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat mengingkari ni'mat."

    Al - Hajj,Ayat 66

    ReplyDelete
  2. Salah penggunaan tatabahasa di situ..

    " apa kita nak jadi? "

    take note ya =)

    ReplyDelete