Followers

Tuesday, January 25, 2011

kisah daripada sahabat..

Salam..ada satu kisah yg saya nak kongsikan bersama semua…peristiwa nie berlaku dalam dua tahun lepas…saya berjumpa dengan sahabat saya di Uitm Shah Alam…sebab dah lama tak jumpa,macam-macam cerita yg kami kongsikan…tiba-tiba,dia bertanya saya:

“ko dah ada calon suami ke?” Tanya dia..

“belum..masih mencari..aku baru tahu,dalam Islam,tak boleh bercinta/couple sebelum kahwin..sebab banyak mudarat daripada berkat…” jawab saya..

“ko hati-hati..aku nak kongsikan kisah aku kat ko supaya kesilapan aku,tak diulangi oleh ko”..jawab dia..

Saya dah pun meminta izin dia utk kongsikan kisah ini dengan semua…begini kisahnya:

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

aku dapat tahu yg couple nie dilarang oleh Islam sebab menghampiri zina..lepas je tahu dengan detail tentang perkara nie,aku terus putuskan hubungan dengan pakwe aku...memang seksa sangat..sebab aku sangat sayangkan dia...

lepas daripada tue,aku berubah...aku dah jaga hubungan aku dengan lelaki...aku mencari suami yg soleh utk aku..tak nak dah couple....beberapa bulan lepas tue,aku kenal sorang budak lelaki nie...memang nampak baik la...dia berkopiah...pakai baju raihan...muka nampak bersih je...mula-mula,aku segan la nak bercakap dengan dia...tapi,sebab kitorang terlibat dengan satu program agama,kitorang berkenalan dan bekerjasama..

lepas habis je program tue,kitorang rapat..aku sangat respect kat dia..yela,kawan-kawan aku cakap,dia banyak ilmu...selalu pegang jawatan "dakwah dan tarbiyyah" masa kat sekolah dulu..dalam hati aku time nie,sangatlah bersyukur...walaupun aku hanya kawan dia..

makin hari,kitorang makin rapat...dia selalu bagi tazkirah kat aku..pesan kat aku suruh tutup aurat...selalu dengar masalah aku..aku rasa aku dah mula suka kat dia sebab agama yg dia ada...

hubungan kitorang makin rapat..hampir setiap malam,kitorang bercakap dengan etlefon...biasa,kalau tengah malam,aku keluar la daripada bilik,pergila tempat sunyi sikit kat rumah sewa aku tue..atau pun,cakap slow-slow ngan dia..sebab aku rasa time tue,dialah pendengar setia aku...kadang-kadang tak ada hal penting pun..saje nak meluahkan masalah..aku rasa tertarik sebab dia concern kat aku...selalu nasihatkan aku...walaupun kredit banyak habis..ko bayangkanlah..setiap malam kitorg call each other..lama pulak tue..paling kejap pun,dalam sejam....time nie,aku dah mula rasa tak sedap...aku tanya dia:


"xpe ke kita selalu telefon nie?"aku tanya

"xpe...saya nak tenangkan awak..bimbing awak....supaya awak lebih dekat dengan Islam"jawab dia..


ok la..aku terima jela...sebab aku hormat dia...nak dibandingkan aku ngan dia..dia lagi banyak ilmu dari aku...aku dahla bukan sekolah agama....huhu...tapi,lama-lama kami makin rapat..kadang-kadang,saje je guna alasan padahal aku hanya nak bercakap ngan dia..nak jumpa dia..akhirnya,aku bagitahu mak ayah aku tentang dia...aku tak nak couple dah...


dia datang jumpa mak ayah aku..mak ayah aku pun berkenan kat dia..yela,dah dia pakai kopiah,muka lak bersih je....mak ayah aku pun cakap,dalam dua-tiga tahun lagi,bolehla kahwin..tapi,ikut syaraknya,kami dah bertunang la..


dia siap bagi aku cincin lagi..aku rasa terharu betul time tue...ko tahu,lepas dia jumpa mak ayah aku..aku makin yakin ngan dia...bersyukurnya dapat kawin ngan orang yg alim..start dari situ,aku tak sedar bila aku mula gunakan perkataan sayang pada dia...meluahkan rasa rindu..dia pun sama...dia kata,mak ayah dah tahu tentang kita..kita pun nak kahwin nanti..tak salah nak meluahkan rasa dan perasaan...


dalam hati aku "eh...aku tak kawin lagi...ni macam sama je dengan couple.."


tapi..aku senyap je...takut dia kecik hati..kitorang mula keluar pulak..mula-mula bertiga..adalah kawan yg teman...kadang-kdang,mak aku yg teman....kitorg keluar beli barang la..makan la...biasanya,mak aku teman...sebab mak aku macam percaya yg kitorg takkan terlebih batas...


tapi..lama-lama,kitorang keluar berdua dah..aku dah mula rasa pelik...rasa tak kena...betul ke apa yg aku buat nie...


last-last,aku tanya seorang akak nie...dia pun cakap:

"dik...awak belum ada hubungan apa-apa ngan dia...kalaupun awak dah bertunang dengan dia,awak masih tak boleh keluar berdua,luah perasaan sayang,terlalu kerap berhubung lagi-lagi kalau perkara tak penting...


dik,setan nie licik....pandai je dia putar belitkan dosa..supaya hilang rasa bersalah kita..jangan gunakan alasan 'kerana agama' dik...bahaya..fitnah nanti..


akak bersyukur bila tengok awak berubah ke tahap nie...dah tak couple....tapi..apa yg awak buat sekarang nie,dah jadi fitnah pada agama..kalau orang tengok awak berdua dengan dia,tapi tak ada ikatan lagi..apa dorang akan fikir?tak rasa bersalah ke dengan mak ayah?dorang ingat awak jaga batas..tapi awak main-mainkan hukum agama..awak masih tak ada hubungan dengan dia...kahwin pun belum tentu lagi..sepatutnya,awk kena jarakkan hubungan,kurangkan pertemuan..kalau ada hal penting,ajaklah kawan-kawan teman..supaya lebih terjaga...


akak faham perasaan awak...perasaan tue fitrah..tapi,jangan sampai gadai agama kita..


dik....orang yg alim tue,akan teruji alimnya bila dia diuji dengan perkara yg dia lemah..lelaki lemah pada wanita...jika dia mampu menjaga batas hubungannya,insyaAllah dia calon suami yg terbaik..


dik..istighfarlah..bertaubatlah..akak tak salahkan awak..mahupun dia...kita semua buat silap...akak sayangkan awak...kembalilah kepada Allah..."


aku menangis terus kat depan akak tue..patutla aku rasa tak sedap...lepas tue,aku mesej dia...bagitahu semua yg akak tue bagitahu....dia mengaku silap dia...alhamdulillah,aku dah tak contact dia...dia cakap,nanti bila dia dah bersedia,dia akan masuk meminang aku...itu pun,kalau aku masih belum berkahwin..



jadi..jadikanlah kisah nie pengajaran...aku tak nak apa yg berlaku pada aku,berlaku pada ko..ko kawan aku..aku sayang ko...aku nak ko diberkati Allah selalu..hati-hati ye..kalau ko dah ada calon,jaga betul-betul..keberkatan perkahwinan tue,terletak pada jalan menujunya dan juga redha Allah....biarlah kita seksa menahan perasaan sekarang nie...daripada terseksa menanggung azab Allah...kalau rasa dah terlebih batas,pusinglah kembali...kita manusia..selalu buat silap..pohonlah ampun daripada Allah....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

saya terkedu...huhu...saya peluk sahabat saya tue..ucapkan terima kasih..nasihat dia,saya sematkan dalam hati saya..

sekian....

No comments:

Post a Comment