Followers

Wednesday, March 23, 2011

our marriage: perkenalan dan pertunangan..




salam...ramai yg pelik kan..macam mana saya kenal suami saya nie..=) sebab kami lain course...batch pun lain...Sebuah perkenalan..hehe…kali pertama saya bersua muka ialah ketika mendengar briefing MAA takaful..saya rapat dengan seorang senior iatu Bro Sharif(sekarang dah jadi presiden persatuan pelajar UIA kuantan..kattang molek..=)) .. bro sharif ni bersahabat baik dengan suami saya..saat suami saya memang tengah mencari calon,bro sharif mencadangkan nama saya…kebetulan,dalam hati suami saya, memang dah terdetik nak melamar saya setelah yakin dengan istikharahnya..hehe..

Tahun pertama saya di bumi kuantan,kami langsung tak mengenali,apatah lagi bertegur sapa…disebabkan dia ada menyediakan khidmat kereta sewa utk sisters outing,adalah jugak saya sewa kete dia…=) semuanya bermula saat saya mencari jodoh terbaik utk saya disebabkan terlalu banyak godaan dan ujian yang mendatang sehinggakan saya rasa tak mampu lagi untuk menanggung semua bebanan tue..mengecewakan..dikecewakan..saya dah rasa semua ujian tu..tapi Allah Maha mengetahui….=)

Satu malam,saya rasa ingin lari daripada semua nie…saya berteleku seorang diri di musolla kuliyyah saya..menangis dan terus menangis…mengadu segalanya pada Dia…memohon dipermudahkan segala urusan saya…ditunjukkan jalan yg terbaik utk saya…dan Dia telah beri petunjuk kepada saya..=) alhamdulillah..tiba sahaja di bilik,saya menerima mesej daripada senior saya yg bertindak sebagai orang tengah utk bertanyakan status diri saya…

pada awalnya,memang tiada dalam perancangan utk menjodohkan kami berdua.semuanya kerana aturan Allah.=)

“salam..husna,nak tanye…husna dah ada calon suami ke?saya ada nak cadangkan seorang muslimin nie..insyaAllah,terjamin agamanya..”

Lebih kurang la intipati mesejnya…(mesej dalam dialek kelate..dah dialih bahasa..hehe)..saya sangat terkejut…berulang kali saya membaca kembali mesej tue…kemudian saya membalas:

“w,salam…biar betul….em..saya masih mencari...siapa?kalau itu jaminannya,insyaAllah saya akan buat solat hajat dan istikharah”

Mesej kemudian dibalas….reaksi bila tahu empunya diri?sangat terkejut..memang tak sangka…

setelah 3 hari kot,saya buat keputusan untuk menerima lamarannya..mudah je kan?as long as agamanya terjamin..akhlaknya baik...saya dah bersyukur dah...memang saya tak kenal pun suami time ni..nama penuh pun saya tak tahu..huhu...tapi,Allah mengetahui kan apa yg terbaik utk saya..memang usaha dan tawakkal je..=) bermula dari tarikh dilamar,kami sentiasa melakukan solat hajat dan istikharah setiap malam....berserah pada perancangan dan aturan Allah..

Restu ibu bapa

Selang dua tiga hari kemudian,ma saya menelefon dan tiba-tiba bertanya tentang jodoh…terkedu saya…sebelum nie,setiap kali saya khabarkan tentang lelaki yg ingin merisik,ibu bapa sy buat tak endah je..tak berminat..tak setuju..lagi-lagi kalau lelaki itu ‘orang jauh’…tapi kali ini,ibu bapa saya pulak yg bertanya…saya terfikir,inikah tandanya dia adalah jodoh saya?

Ayah saya meminta suami saya menelefonnya…saya pun terus khabarkan hasrat ayah saya…saya dah berniat,kalau ibu bapa saya tak setuju,saya akan tolak lamaran muslimin ini..kerana saya tahu,ibu bapa saya lebih mengetahui apa yg terbaik utk saya…

Tapi,lain pula jadinya…ibu bapa saya menjemputnya datang ke rumah…satu perkara yg saya kagum,suami saya sangat berani dan serius…=) tanpa sebarang alasan,dia menelefon ayah saya,datang berjumpa family saya..meluahkan hasrat hati dan perancangannya…dan Alhamdulillah,ayah dan ma saya setuju dengan hasratnya….saya bersyukur sangat….sepanjang tempoh taqdim inilah,baru saya tahu nama penuh suami saya,bilangan adik beradiknya,asal daripada mana dan maklumat peribadi lain..=)

Satu perkara yg membezakan dirinya dengan kawan lelaki saya yg lain ialah,saya tak berani pun nak pandang dia…apatah lagi nak tenung mata dia….dengan kawan lelaki,saya boleh je bertegur sapa,berborak…dengan dia,haish….memang malu….sebab kami langsung tak kenal..tiba-tiba,dia masuk meminang..tak ke haru tu…tapi,di sebalik semua ni,terselit kenikmatan dan keindahan..=)

Pertunangan

Saya memberitahu keluarga bahawa saya tak nak bertunang lama-lama…sebab takut timbul fitnah dan masalah hati…family saya pun bersependapat dengan saya..pada awalnya,suami bercadang utk kahwin masa kami final year,tapi selepas berbincang,kami nak awalkan pada bulan 11 iatu lepas raya haji….

Tapi,selepas perbincangan dengan family di Kelantan,kedua-dua belah pihak bersetuju utk mengawalkan tarikh kahwin pada bulan 6 tanpa perlu mengadakan majlis bertunang..Cuma,diadakan majlis utk kedua-dua belah keluarga bertemu dan berbincang tentang perkahwinan….masa ni,saya rasa semua urusan kami sangat dipermudahkan..=) sebab memang langsung tiada bangkangan daripada keluarga kedua-dua belah pihak..lagi-lagi,family saya,saudara mara,memang tak ada yg kahwin masa belajar…apapun, Alhamdulillah…pada mulanya,abang saya macam keberatan jugak nak benarkan kami kahwin..memandangkan suami saya sebaya dengannya..tapi kuasa Allah,lepas bertentang mata dengan si dia,abang saya terus ok….siap boleh rapat lagi…siapalah yg tak bahagia kan..=)

Saat family suami datang ke rumah saya di Pahang,perasaan memanglah berdebar..jujurnya,saya tak pernah bertentang mata dengan suami sebelum nie..Cuma sekadar tahu,dia ada di mana-mana…hehe…tapi,pertama kali kami berpandangan ialah di hadapan kedua ibu bapa,di dalam majlis yg penuh barakah…=) kan manis..hehe…melalui majlis nie,tarikh kahwin kami ditetapkan,perbincangan tentang duit hantaran dan lain-lain turut dibincangkan…

saya serahkan pada suami utk memberi mahar sekadar yg dia mampu….perkahwinan bukan utk membebankan kita…sebab banyak lagi wang perlu digunakan selepas kahwin…Alhamdulillah,kedua-dua family mempunyai pandangan yg sama..

usai kepulangan family suami,dengan rasminya saya telah menjadi tunangan orang….punyalah berdebar saat ni..sampaikan gambar masa majlis bertunang pun,kami lupa nak ambil..hehe…

saya bersyukur sangat2 sebab semuanya berjalan lancar…pada saya,as long as family saya menerima calon suami saya,insyaAllah saya pun akan terima…memang saya dah set macam tue kot…saya akan terima siapa-siapa je calon suami saya asalkan terjamin agamanya….=) macam mana nak tahu,jaminan agama suami kita?hm…jujurnya,tak semestinya lelaki berkopiah tue,kuat agamanya….lihat pada akhlaknya..tanya kawan-kawan yg rapat dengannya…tengok kekerapan solat berjemaahnya..qiamnya…amalan sunatnya..dan tanyalah Dia…=) saya pahatkan dalam-dalam di hati saya,saya hanya nak tengok agamanya…than,tanyalah Dia..Allah tahu siapa jodoh kita...jangan mudah je terima sesiapa..tanyalah hati kita..tenang atau tidak..reda atau tidak..perbetulkan niat kita..insyaAllah,Allah akan bagi jawapan yg terbaik utk kita..

saya bukan main terima je...saya ada menguji suami saya nie...dia pun ada uji saya...uji senyap-senyap..sebab nak tengok keteguhan iman...ketegasan....akhlak..keserasian..dan Alhamdulillah,Allah mudahkan lagi niat kami.....hehe...kadang-kadang,rasa saya langsung tak layak nak dapatkan jodoh sebaik dia...dialah nikmat terinadah yg Allah kurniakan buat saya..=)

Kami kembali ke UIA..status sebagai tunangan orang kerap kali saya tanam dalam-dalam..pegang kuat-kuat..walaupun dah bertunang,kami masih tidak boleh keluar berdua tanpa mahram….kami masih tiada ikatan yg sah kan…Alhamdulillah,suami saya sangat menjaga hubungan kami… apa-apa yg kami rancang,kami akan bagitahu family dulu..supaya hubungan terjaga..maklumlah,bila bertunang,hati dah makin dekat..

pada satu petang, ma saya ada slow talk dengan saya…..kenapa ma ayah bagi saya kahwin awal..masa tengah belajar..ma saya jawab:

“ ma hanya pegang pada satu hadis nie je..iatu:

‘apabila datang meminang kepadamu orang yg kamu redhai agama dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwini akan dia,jika kamu tidak melakukannya,nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yg besar’

Hadis riwayat al-Tirmizi..

Dalam hati saya,saya sangat terharu……………………………..bersambung

7 comments:

  1. tahniah husna...moga Allah berkati husna n suami...=)

    ReplyDelete
  2. cepat wat smbgn~ x sabo nk tau kesudahan cte~~=)
    moga berbahagia slalo husna~ moga jdh ak dipermudahkn juga spt ko~ amin~ =)

    *eiqa rosli

    ReplyDelete
  3. tahniah Husna. semoga perkahwinan awak bahagia dan semuanye diberkati Allah. insyaAllah:)

    ReplyDelete
  4. husna :)
    semoga terus bahagia di alam perkahwinan :)
    perempuan yg baek untuk lelaki yg baek and u deserve it! :)

    ReplyDelete
  5. thanks sume..=) insyaAllah..amin...=)

    ReplyDelete
  6. uish..husna rapat ngan bro sharif..?ooo..dah tak contact akak tapi contact sharif ye??majuk la gini =P K Raihana

    ReplyDelete
  7. eh....kak raihana....hehe....xdala.....contact sbb MAA takaful je la....kebetulan je.......kebetulan yg tak diduga..hehe

    jangan merajuk ye...x cute nanti..hehe

    ReplyDelete