Followers

Thursday, June 23, 2011

kisah kami...(1)


salam.....rasa nak menulis lagi...kebetulan terbaca entri baru ustazah noraslina di blognya.....its about marriage..baitulmuslim....=)

ok..actually,sebelum membuat keputusan utk berkahwin,saya dah pun fikir apa yg bakal berlaku selepas kahwin...

1) anak..
ramai ada pandangan yg tersendiri kan?ada yg bagitahu,tak payahlah ada anak masa belajar..nanti susah nak jaga...

ada yg cakap....biarlah ada anak......anak itu rezeki......tak semestinya anak itu penyebab kita failed dalam academic kita..tak semestinya student yg belum berkahwin,apatah lagi tidak mempunyai anak akan confirm berjaya dalam hidupnya....

then...saya fikir..semuanya ada pro dan contranya......jujurnya,naluri saya memang inginkan anak secepat mungkin...suami saya pun menyokong saya..katanya:

"kalau kita dapat anak masa study,lagi mudah Abang nak tolong ana...ana tahu kan, 2 tahun housemanship Abang nanti, Abang akan jadi super duper buzy...takut Abang kurang spend time dengan ana...masa tengah study ni,insyaAllah Abang lebih free sebelum bergelar H.O(housemanship officer)..insyaAllah.."

family saya dan family Abang tak menghalang kami mempunyai anak masa belajar..cuma kalau boleh,janganlah terlalu awal...

saya sendiri??

ok....jujurnya,saya memang tak kisah...tetapi pada masa yg sesuai....saya tak nak disebabkan saya dah kahwin,ada anak,saya akan menyusahkan kawan-kawan saya..memberi bad impressions kepada orang lain kan...

apapun,saya yakin dengan Dia....setiap apa yg berlaku pada saya,adalah ketentuanNya..jika saya gagal ke.....berjaya ke......semuanya ada hikmah yg mungkin saya masih tak nampak..apapun,saya akan sentiasa bertanya pada senior yg lebih berpengalaman supaya saya lebih bersedia bila tiba masanya nanti.....=)

2) pasang surut perkahwinan...

bila dah berkahwin,kita akan sedia maklum tentang pasang surut dalam perkahwinan....bak kata my Abang,actually,perkahwinan ni ibarat sesuatu yg berisiko..kita tak tahu apa yg bakal berlaku pada masa depan...tapi perkahwinan adalah titik mulanya...jadi,kami kena bersedia..

saya sering ingatkan diri saya dan suami,jangan menerima pasangan kerana rupa paras dan kelebihan fizikal..tetapi,terapkan cinta kita pada Allah swt..jangan bila dah kahwin,makin jauh dari Allah......kalau dulu,solat di awal waktu,sekarang dah lalai entah ke mana....

mungkin kami masih di fasa pengantin baru......saya selalu ingatkan diri saya,perkahwinan adalah tanggungjawab..bukan hanya nafsu semata.....perkahwinan lebih daripada itu...bagaimana kita mengharunginya?bagaimana kita akan berdepan dengan ujian dan dugaan perkahwinan?jadi,kami selalu berbincang tentang ni..bukan apa..just sebagai preparation...taknak nanti sudah terhantuk,baru terngadah..(cewah....ingat lagi peribahasa rupanya..)hehe...


mampukah kami?membawa komitmen sebagai student dan pada masa yg sama sebagai suami isteri...insyaAllah..bagi saya,ini adalah keputusan yg terbaik utk saya...saya lebih tenang lepas berkahwin........lebih terjaga......dan saya dah jumpa apa yg saya cari selama ni...

Jatuh bangun, bahagia dan derita sesebuah perkahwinan tidak dilihat pada banyaknya harta, kemewahan atau material yang ada, tidak juga dihitung pada banyaknya cabaran yang singgah ketika melayari bahtera rumahtangga, sebaliknya ia bergantung kepada sejauh mana hubungan dua jiwa yang telah disatukan ini dengan Pencipta mereka dalam menjalani kehidupan setiap ketika..

now.....kami akan teruskan perjalanan kami..kerana matlamat kami yg utama belum tercapai.....baitulmuslim hanya satu lagi tangga yg mendekatkan kami kepada tangga teratas kami..insyaAllah...kuatkanlah hati kami ya Allah.....pasangan kita adalah ujian..moga-moga pasangan kita membantu kita lebih dekat dengan kerja-kerja dakwah...

pada saat ni,saya sangat bersyukur dengan kehadiran suami saya..dia yg terbaik utk saya....sangat melengkapi diri saya....perbezaan sikap membuatkan kami saling melengkapi...bermalam di hospital lebih mendekatkan kami....kerna,setiap apa yg kami buat,kami cuba ikhlaskan niat kerana Allah..kerana banyak pahala yg menjadi ganjaran bagi suami dan isteri yg taat kan...insyaAllah,as long as kami menjaga batas-batas agama,Allah akan menjaga kami...=)

ok la...kepada sahabat-sahabat yg inginkan bantuan saya sebagai orang tengah utk urusan perkahwinan,silalah bagitahu ye..insyaAllah saya dan suami cuba membantu seadanya....=)

No comments:

Post a Comment