Followers

Friday, February 5, 2010

Buku : 1: Saidatina Khadijah:sebuah catatan biografi..




salam...saya berniat untuk memasukkan sedikit sebanyak kesimpulan daripada setiap buku-buku yang telah dibaca...untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang salah satu buku yang bagi saya amat menarik...Saidatina Khadijah, isteri pertama Rasulullah saw dan merupakan wanita pertama yang memeluk Islam..

Alangkah beruntungnya Khadijah kerana berpeluang menjadi isteri Rasulullah saw..betapa hebatnya Khadijah sebagai seorang mujahidah Islam..betapa tinggi pengorbanan Khadijah sehingga Rasulullah saw begitu menyayanginya...

Nama penuh Khadijah ialah Khadijah binti Khuwailid ibnu Asad ibnu 'Abdul 'Uzza ibnu Qushay.datuknya yang keempat bertemu nasab dengan Rasulullah saw. Pernikahan Khadijah dengan Raasulullah saw membawa satu contoh dan perubahan dalam Islam apabila wanita dibolehkan meminang lelaki dengan menggunakan batas-batas tertentu.

Allah swt telah menjanjikan sebuah rumah di syurga yang diperbuat daripada permata,diliputi kedamaian,yang dilindungi dari kebencian dan permusuhan.Rasulullah bersabda:

"aku diperitahkan untuk memberi khabar gembira kepada Khadijah bahawa akan dibangun untuknya di syurga sebuah rumah dari permata;tiada hiruk pikuk dan rasa lelah di sana"(hadis riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Ahmad)

banyak pengajaran yang saya peroleh daripada buku ini...ia banyak mengajar saya dalam menghadapi dugaan ketika berdakwah mempertahankan agama Islam...kesetiaan seorang isteri yang sentiasa menyokong suaminya...peribadi mulia yang ditonjolkan membuatkan saya cuba untuk menjadi sepertinya..InsyaAllah...saya ingin berusaha menjadi muslimah solehah sepertinya...=)

No comments:

Post a Comment