Followers

Saturday, August 14, 2010

novel pendek: cahaya Ilahi (bhgn satu)

‘hish…nak berceramah pun, tak payah lah nak sindir-sindir orang…’ getus Anisah di dalam hati.

“wei…duduk jauh-jauh sikit..tadikan ‘ustaz’ Hanzalah dah bagi warning dalam surau…” sindir Anisah pada semua rakan-rakan sekelas di sambut dengan gelak ketawa yang agak kuat..

Anisah Mardhiyyah bt Azman..nama lembut tetapi tidak selembut orangnya..Anisah merupakan seorang gadis yang lasak, agak kasar dan agresif…

“pantang betul la kalau ada orang sound direct macam ni..memang nak kena budak ni..siap kau!” gumam Anisah sambil mengorak langkah menuju ke kelas 5 Al-Khindi..

“wei..mana satu Hanzalah? Aku nak selesaikan urusan penting dengan dia !” laung Anisah dengan mata yang mencerlung dan meliar memerhatikan seluruh kawasan kelas.

Suasana yang sunyi memandangkan waktu ini merupakan waktu prep malam langsung tidak dihiraukannya.siapa yang tak kenal dengan Anisah. Pelajar yang aktif tapi kasar dengan tema “lelaki tak boleh dipercayai”..membuatkan semua orang mengenali dirinya.
Tak lama kemudian,bangkit seorang pelajar lelaki berwajah tenang menuju kea rah Anisah sambil tersenyum.langsung tidak kelihatan riak takut dan marah di wajahnya.

‘aik..yang ni ke Hanzalah?oh..memang macam ustaz pun…tapi,ada aku kisah?” monolog Anisah di dalam hati.

Sambil menarik nafas, Anisah melemparkan kata-kata kasar dan kemarahan yang meluap tanpa sempat Hanzalah menutur kata..

“oi….aku tahulah kau nak jadi ustaz lepas dah habis belajar..tapi tak perlulah nak ‘sound’ direct..bikin hati aku panas je! Kalau cakap slow-slow pun,aku boleh dengar la..ni kali pertama dan terakhir aku cakap dengan ko.dah…aku ‘cau’ dulu..!”. Anisah terus berlalu…Hanzalah hanya memandang dan tersenyum..

‘ish…pelik betul budak tue..kenapa dia langsung tak marah atau cakap apa-apa kat aku ek…..’gumam Anisah di dalam hati..

“wei makcik…kenapa kau termenung sorang-sorang?teringat kat buah hati ke??hehe..” Alifah, Syamira, Ziela dan Najihah mengambil tempat di sisi Nisah..

“korang Nampak penumbuk aku ni?ada ke buah hati..geli telinga aku dengar..dah, jom pergi supper..nanti habis pulak burger kat dewan selera tue” balas Anisah. Persoalan itu dibiarkan berlalu…sehinggakan sesi persekolahan telah pun berakhir.

Selesai pengumuman keputusan SPM diumumkan, Nisa Cuma menghabiskan masa di rumah. Alhamdulillah,dia mendapat keputusan yang cemerlang. Sedang asyik menonton rancangan TV, handsetnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

‘haish…sape pulak yang mesej aku nie…’bebel Anisah.

- Salam.boleh sy tahu result spm awk?-
= w,salam.ni sape?alhamdulillah dapat 7A 2B je.=
- Oh..tahniah.itu je saya nak Tanya.salam.-
= oi..apa nie…tak nak bagitahu pulak dia ni sape….haish..panas nie=
-er…saya Hanzalah….rasanya awk dah tak ingat kot.saya satu MRSM dengan awk.-
=hanzalah?jap…saya belek majalah sekolah jap=
‘oh….budak yg aku sound rupanya…’
=dah ingat dah..dapat berapa result spm?=
-em.sy tak pandai mcm awk..saya dapat 5A je.-
=Alhamdulillah.ok la tue…ok..salam.=

Bermula daripada detik itu,Nisa bersahabat dengan Hanzalah secara senyap..yelah..taiko sekolah berkawan dengan ‘ustaz’,nanti semua terkejut pula..sepanjang persahabatan, Hanzalah banyak menasihat Nisa secara halus..tentang kebaikan akhlak,ibadah,peribadi wanita muslimah dan lain-lain.

‘kenapa budak nie baik sangat?aku marah ke..aku tengking ke…dia senyap je…sampai akhir sekali,aku dah tak berkasar dengan dia…boleh cipta sejarah nie..haha’ gumam Nisa bersendirian.

Nisa…kini menjadi selembut namanya..perlahan-lahan mencari arah tuju dalam kehidupannya..apa yg dia mahukan..apa yg dia kejarkan…sehingga satu hari,satu peristiwa hitam menjengah diari kehidupannya.

“mak, Nisa nak pergi KL boleh?ada carnival pendidikan. Nisa nak tahu serba sedikit maklumat sebelum masuk ke matrikulasi ataupun university.boleh tak mak?lagipun,kak fizah kan ada kat sana” tutur Nisa pada ibunya.sememangnya Nisa tak pernah keluar kemana-mana bersendirian.mesti berteman.tapi buat pertama kalinya, ayah dan ibunya memberi kebenaran kepada Nisa utk kesana dengan syarat kakaknya iatu kak fizah mesti menghantarnya ke carnival yg diadakan di PWTC itu.

Sesampainya di PWTC, Nisa yg bersendirian mula menghampiri setiap booth yg ada. ‘ala..nak takut apa…kan ramai orang ni’..kata Nisa utk menyedapkan hati.Bila keluar dari kawasan pameran,..tiba-tiba Nisa ditarik masuk ke kereta..Nisa cuba ber gelut tetapi tak mampu melawan. Nisa dibawa ke sebuah hotel 5 bintang oleh seorang lelaki.

‘ya Allah..siapa lelaki nie…lindungilah aku ya Allah’bisik Nisa.dia ketakutan, tetapi cuba berlagak tenang. Lelaki itu..ye,dia pernah bertemu lelaki in..yang obsess pada dirinya selepas terserempak buat pertama kali di dalam keretapi. Sememangnya, Nisa boleh dikategorikan sebagai seorang gadis yang cantik dan mempunyai tarikan yg tersendiri.

Lelaki itu menghampiri Nisa.menghulurkan secawan kopi kepadanya, Nisa hanya mengikut memandangkan dia amat risau akan keselamatan dirinya.hanya satu bermain di fikirannya….ROGOL..

“er…tak apa..saya tak minum kopi.tengah uzur..”balas Nisa sengaja memberitahu dirinya uzur supaya tak terjadi apa-apa yg buruk pada dirinya..

Lelaki obsess itu hanya tersenyum. Sambil semakin merapati Nisa dan memegang tangannya..
‘ya Allah.seumur hidupku,belum pernah mana-mana lelaki bukan muhrim menyentuhku..lindungi aku ya Allah,’ doa Nisa di dalam hati.dia terpaku tanpa sempat berbuat apa-apa. Alhamdulillah,dia tidak dirogol tetapi pengalaman itu meninggalkan trauma yg cukup berat pada dirinya. Nisa berpura-pura meminta izin utk ke bilik air sebelum berjaya melepaskan diri…lelaki itu tidak mengejar,sebaliknya hanya tersenyum dan memandang...

Dia bergegas balik ke rumah kakaknya dan mengasingkan diri. Dia malu dan takut utk menceritakannya. Tiba nya waktu malam, trauma mula menguasai dirinya. Kak fizah yg bekerja sebagai nurse bekeja shift malam pada malam ini…ya Allah…..aku takut…
Tanpa disedari…dia mendial satu nombor..HANZALAH…..sebelum ini, Hanzalah tak membenarkan Nisa menelefonnya..tapi malam itu,selepas berkali-kali menelefon Hanzalah,

Tut..tut…

Panggilan dianggkat……tanpa sempat Hanzalah berkata apa-apa, Nisa melepaskan tangisan dan ketakutan yg dirasainya…..dia sangat takut…hilang segala keberaniannya, ketegasannya, keegoaannya pada malam itu….
Bersambung…

No comments:

Post a Comment