Followers

Monday, February 8, 2010

COHSAS: kg orang asli sungai lembing...

salam....lepas zohor tadi,saya,kak arifah,bro aizuddin dan juga bro fadlan bertolak dari UIA ke sungai lembing..kami mendapatkan pertolongan En Hashim dan isteri sebagai penunjuk jalan...En Hashim merupakan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA)..kami tiba di kg sungai mas lebih kurang pukul 3.30 petang...

kami bertemu pula dengan en Yaziz,pegawai dari JAKIM yang menguruskan hal ehwal orang asli di situ..menurutnya,daripada 123 keluarga kat situ,79 daripadanya adalah muslim..kami bertanyakan beberapa soalan..

tiba-tiba saya merasakan tergalas bebanan yang berat di bahu kami sebagai committee program..tanggungjawab kami untuk melakukan usaha dakwah di sini..walaupun majoriti penduduk kat sini memeluk islam tetapi mereka tak begitu menghayati islam..

ye..mereka tahu macm mana nak solat..mereka tahu tak boleh makan babi..sentuh anjing..kena puasa..tapi kebanyakan mereka tak mempraktikkannya...kebanyakan dari kita memandang negatif tentang apa yang berlaku..sibuk mencari siapa yang salah..tetapi lupa nak tanya pada diri sendiri..apa sumbangan kita pada mereka?apa kita nk jawab di akhirat kelak bila kita abaikan tanggungjawab kita untuk menyampaikan dakwah pada mereka?

saya tergamam kejap....mampu ke kami nak melakukan tanggungjawab berat ini?insyaAllah kami akan melakukan yang terbaik..kami cuma survey tempat ini...manelah tahu sesuai untuk program kami nanti..

kampung ini agak moden..lengkap dengan bekalan air dan elektrik...tetapi jangan terkejut jika melihat kawasan ini dipenuhi anjing yang dilayan sebagai binatang peliharaan...agak terkejut jugak sebenarnya tetapi menurut En Yaziz,itu adalah panorama biasa...






lepas solat asar,kami bertolak pulang ke UIA dan tiba pada pkul 6.50 petang...huh..sangat memenatkan kerana kampung ini terletak lebih kurang 6km ke dalam hutan...saya jadi pening-pening lalat..hehe

thanks pada bro aizuddin,bro fadlan dan kak arifah...=)

lpas maghrib tadi..saya ada lagi satu meeting sebagai AJK Dakwah dan Tarbiyah Batch saya..saya memegang unit ukhwah untuk batch kami...antara program yang bakal diadakan ialah usrah,ifthar dan qiamulail..InsyaAllah

oklah...nanti saya tulis lagi ye..salam...

No comments:

Post a Comment