Followers

Sunday, February 7, 2010

Indahnya surah An-Nur untuk muslimah...=)

salam..sebenarnya tadi saya tengah fikir apa yang saya nak tulis dalam blog saya hari ini...hari ini,kita sama-sama renungkan tentang keindahan surah ni ye..saya pernah tulis tentang hal yang lebih kurang sama dalam laman web batch saya...cuma kali in,mungkin pengisiannya agak berlainan....

tak dinafikan,di dalam arus dunia yang semakin moden ini,budaya barat semakin menjadi kebiasaan di kalangan orang Islam dan kaum wanita lah yang paling senang terpengaruh..termasuk la diri saya jugak..huhu..

tengok fesyen pakaian hari ini...saya pun pelik jugak sebenarnya..bulan lepas,saya ada singgah ke kedai kain..nak beli kain pasang untuk mak saya...first time nie..sebab saya tak berapa suka pergi tempat-tempat yang sesak macam kedai kain...hehe..sebelum ini,memang mak saya je yang belikan baju kurung untuk saya..hehe..

tengah sibuk pilih kain,saya tengok banyak kain yang sengaja direka dengan kain yang jarang tapi harga punyala mahal...saya pelik...baik tak payah beli kain kalau kain itu jarang kan?hehe...

budaya berfesyen sebenarnya menyebabkan wanita muslimah keliru dengan cara yang dibenarkan syarak..dalam surah An-Nur ayat 31:





"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan mereka,dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka......" ada lagi sambungan tafsir ayat ini tapi nanti rujuk balik la ye...


dalam ayat ini,Allah telah menerangkan dengan jelas tentang tuntutan wanita dalam berpakaian...mudah difahami bukan?tetapi,orang barat pandai memanipulasi syarat berpakaian ini dengan mencipta pakaian yang menutup seluruh tubuh tetapi jarang@ketat...

ye..memangla menutup seluruh tubuh tetapi haruslah diingat yang bayang atau bentuk tubuh wanita itu juga adalah aurat....pakailah pakaian yang longgar dan tidak jarang...

selain dari itu, elakkanlah daripada memakai pakaian yang berwarna terlalu terang hingga boleh menarik perhatian kaum lelaki untuk melihat kita...dan juga,elakkanlah dari memakai minyak wangi secra berlebihan ye....

susah ke? tak susah sebenarnye...=) cuba kita lihat dari sudut positif..kenapa kita kena tutup aurat?kerana wanita diciptakan cantik secara semulajadi...walau sedikit sahaja aurat kita yang terdedah,ia akan menarik minat kaum lelaki untuk melihat kita dan dibimbangi akan menaikkan syahwat mereka...bahaya kan?

jadi,tutuplah aurat kita dengan sempurna kerana hanya mahram kita yang berhak untuk melihatnya...hikmahnya?? =) kita akan dikenali sebagai wanita yang baik dan dijauhi daripada fitnah dan mata-mata liar lelaki..selain pada itu,kita akan dikurniakan pahala..

memang kita tak nampak pahala itu sebab jika Allah tunjuk pahala itu di dunia,maka hancurlah dunia kerana tak dapat menahan kebesaran pahala itu...hebat kan kuasa Allah?

janganlah kita menggunakan alasan panas,rimas or lain-lain...dan janganlah terpengaruh dengan fesyen yang hanya mendatangkan keburukan kepada kita..kecantikan dalaman itu lagi penting kan?

selain daripada itu,wanita hendaklah sentiasa menundukkan pandangan mereka..hm,dulu pun saya tak tahu yang wanita kena jaga pandangan...bukanlah bermaksud kita tak boleh langsung tengok lelaki cuma lihat pada keadaan.jika memerlukan,pandanglah tetapi jangan ditenung or main-main mata pula..hehe....

simple je kan?saya pun baru je mempraktikkan suruhan ini bila dah tahu hukumnya..kita sama-sama amal ye...ilmu tanpa amal adalah sia-sia...lelaki pun kena jaga pandangan juga...ada satu hadis yang diriwayatkan oleh salah seorang isteri Rasulullah: "aku,aisyah dan maimunah berada dihadapan Rasulullah.tiba-tiba putera Ummu Maktum meminta izin masuk kepada Baginda.lalu Rasulullah berkata kepada kami:"pakailah hijab kalian".mereka berkata"bukankah dia buta?" Rasulullah menjawab"apakah kalian juga buta?"(riwayat Abu daud dan Al-tarmizi)...

bab pemakaian tudung...tudung yang kita pakai hendaklah menutup aurat dengan sempurna dan hendaklah menutupi bahagian dada wanita....

sama-samalah kita menjaga aurat kita dengan sempurna ye..berubahlah sedikit demi sedikit supaya kita dapat sama-sama istiqamah...pohonlah hidayah dari Allah kerana hanya Dia yang berkuasa memberi hidayah...=)


oklah....setakat ini dulu...salam ukhwah....=)

No comments:

Post a Comment