Followers

Monday, February 22, 2010

luahan hati : 4


ya Allah, sesungguhnya aku lemah,
tatkala masih mengharap cintaMu,
aku lalai dan leka dengan ujian dan nikmat dunia,
yang aku tahu hanya sementara..

ya Allah, sesungguhnya aku lemah,
kerana mengharapkan cinta dan kasih sayang manusia,
yang sememangnya mengecewakan,
aku lupa cinta tulusMu,
yang sentiasa memberi rahmat dan keampunan kepadaku..

ya Allah,sesungguhnya aku lemah,
aku tak mampu menjadi seteguh Rabiatul Adawiyah,
yang begitu tulus mencintaiMu,
sedangkan aku lalai dalam mengingatiMu..

ya Allah,sesungguhnya aku lemah,
kerana lambat tersedar dari lena yang panjang,
tetapi aku bersyukur kerana Engkau kembali menyedarkan aku,
sekurang-kurangnya aku tahu Engkau masih mengingatiku.

ya Allah,aku akan bangkit...
aku akan berusaha menjadi peraih cintaMu,
kerana aku tahu Engkau sentiasa mendampingiku,
cukuplah cintaMu buat diriku...


jika kita mencintai Allah,Allah juga akan mencintai kita...bila Allah mencintai kita,semua makhluk akan mencintai dan menyenangi kita...

jika kita menjauhi Allah,Allah akan menjauhi dan membenci kita..bila Allah membenci kita,semua makhluk akan membenci kita...

Allah menguji kita tanda Dia sayangkan kita..rebutlah cinta Allah dan RasulNya...sentiasalah muhasabah diri..kerana fitrah manusia,selalu lalai dan lupa...

semoga kita dapat saling mengingatkan antara kita...

Allah maha Pengampun...sentiasalah memohon keampunan Allah..walau dosa setinggi gunung..tetapi ketahuilah kerahmatan dan kasih sayang Allah itu lebih besar dari kemurkaanNya..

nikmat Allah yang mana kita ingin dustakan?sedangkan nikmat yang diberi adalah tak terkira dan PERCUMA...jika nikmat menghirup udara ditarik kembali,nescaya kita akan mati...harta bertimbun takkan berguna...

muhasabah diri kita kembali...ingatilah ALLAH....banyakkan berselewat kepada Rasulullah saw...semoga kita tergolong dalam hambaNya yang bersyukur..amin...

No comments:

Post a Comment