Followers

Wednesday, February 10, 2010

Saint Valentine's Day??



salam....ahad yang lepas,saya pergi beli barang di ECM,kuantan...tengah jalan-jalan,saya nampak banyak gambar-gambar love,coklat,anak patung..pelik jugak...tengah fikir-fikir,baru teringat yang 14 Februari bakal menjelang...hari yang konon-kononnya adalah hari kekasih berkasih sayang...ish...pelik betol la....

sekadar perkongsian,fatwa telah memutuskan tentang pengharaman orang islam dalam menyambut perayaan ini...bukan valentine's Day tau tapi SAINT VALENTINE'S DAY....name seorang "wali Nasrani" konon-kononnya...orang nasrani mempercyai dan yakin bahwa Allah mempunyai anak..Astaghfirullah....nauzubillah...tapi kita dengan bangganya menyambut "hari kekasih" ini tanpa selidik terlebih dahulu tentang peristiwa di sebaliknya...jadi,ramailah anak muda islam kita yang sudah merancang untuk meraikan hari yang bakal tiba ini dengan jambangan mawar indah dan makan malam yang turut disinari cahaya lilin...cuba menjadikan suasana lebih romantik disamping menambah "dosa cash" pada diri sendiri.....siapa Saint Valentine???

Saint valentine dibunuh pada 14 februari..jadi perayaan ini diadakan sempena mengingati kematian dia yang mempertahankan kebenaran agar tentera romawi boleh menjadi manusia normal,bercinta dan berkahwin...

ada juga versi yang mengatakan hari Saint Valentine ini adalah hari merayakan kejayaan pihak kristian membunuh kaum muslimin iatu saudara kita di Sepanyol..hal ini kerana mereka menganggap Islam itu ZALIM...

apapun,pokok pangkalnya,sambutan ini sebenarnya merupakan salah satu cara untuk orang kafir mengembangkan agama mereka dan memesongkan akidah umat islam..jadi,kembalilah pada jalan yang benar..bertaubat dan beristighfarlah jika kita pernah merayakan hari ini sebelum ini kerana pada ketika itu kita masih belum mengetahui...

apakah perlu cinta itu disimbolik kan dengan mawar?yang akhirnya layu dan gugur ke tanah juga..apakah perlu kita mengikut jejak langkah kaum yahudi dan Nasrani yang bersorak gembira melihat kaum kita semakin pincang langkahnya?

ada satu hadis yang bermaksud:
"kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak(dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka".sahabat bertanya:"adakah mereka itu kaum yahudi dan nasrani,wahai Rasulullah?".sabda baginda saw:"maka,siapa lagi(kalau bukan mereka)?"(riwayat al-bukhari)...





tepuk dada,tanyalah iman kita...adakah boleh diterima akal,cinta dan kasih sayang hanya disimbolkan dengan mawar merah,kad yang berbahasa indah?begitu rendahkah nilai kasih sayang kita?itu belum dicampur dengan dosa maksiat memandangkan ini adlah "hari kekasih"...bukannya "hari keluarga" atau "hari suami isteri"....fikir-fikirkanlah...sama-sama muhasabah diri kita kembali ye...=)

No comments:

Post a Comment