Followers

Friday, May 14, 2010

jangan beri alasan untuk tidak berdakwah..



salam...idea datang lagi..alhamdulillah.kalau boleh,saya nak terus menulis dan berkongsi pandangan dengan semua selagi saya masih bernafas..semoga apa yang saya kongsi nie dapat mendekatkan diri kita dengan Allah..apa yang saya nak bincangkan kali nie tentang segelintir manusia yang beralasan untuk tidak berdakwah..bila dengar perkataan 'dakwah' pun dah cuak,takut dan lain-lain...secara jujurnya,saya pun tergolong dalam glongan yang gemar beralasan suatu ketika dulu..

dengan beranggapan bahawa semua kerja-kerja agama hanya perlu dilakukan oleh golongan yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi,yang berkopiah,yang bertudung labuh,berjubah dan lain-lain,sebenarnya secara tak langsung dah menyempitkan pandangan kita dalam menjalankan amar makruf nahi mungkar nie...

dakwah..boleh diringkaskan dengan berusaha mengajak ke arah kebaikan dan menghindar daripada sebarang keburukan..dakwah sebenarnya merangkumi aspek kehidupan harian kita..ada segelintir yang beranggapan,dakwah hanya boleh dilakukan melalui ceramah agama,program agama dan segala yang ada perkataan 'agama' dihujungnya...sedangkan setiap perkara yang mendorong kita dan orang lain ke arah kebaikan dan menhalang daripada sebarang kejahatan juga sebenarnya adalah dakwah..

contohnya...ok...kita mengajak kawan kita terlibat dalam aktiviti amal,kita bergotong royong membersihkan kawasan,ajak kawan-kawan berpuasa sunat,ajak kawan-kawan sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah saw dan lain-lain,mengaji beramai-ramai,ajak solat berjemaah,mengajar dan amal nilai-nilai murni dan akhlak yang baik.menjalinkan ukhwah dengan orang bukan islam dengan niat untuk mengajak mereka merasai keindahan Islam dan lain-lain...mungkin setiap apa yg kita buat tue sebenarnya secara tak langsung je..tapi selagi mana kita mengamalkan konsep "amar makruf nahi mungkar" nie,kita akan dikira melakukan usaha dakwah...senang je kan?tapi nak praktikkan tue yg susah...

sama-samalah kita tukar balik gaya pemikiran kita...terlalu banyak cara yg boleh dilakukan utk berdakwah..melalui penulisan buku,blog,facebook,program,penghasilan sticker,lagu-lagu nasyid,filem dan lain-lain...semua nie amat penting untuk sama-sama mendekatkan diri kita pada Allah swt...tak susah pun sebenarnya kan..sekurang-kurangnya kita berniat utk melakukan usaha dakwah nie pun dah memadai utk permulaan sebelum kita mengorak langkah dengan lebih jauh lagi..ada satu hadis yang selalu kita dengar:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."

selain dari tue,ada satu lagi hadis yang boleh menenangkan jiwa kita untuk berdakwah di jalan Allah iatu:

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tubuh badan siapa yang pernah dimasuki debu di jalan Allah SWT, maka Allah SWT pasti akan mengharamkan keatasnya api neraka. (HR Musnad Ahmad, Tabrani)

tak dinafikan,bila kita terlibat dengan dakwah,memang kita akan diuji dengan pelbagai perkara..kekangan masa,study,keluarga dan lain-lain..tetapi,biarlah kita memilih jalan yang sukar nie utk mendapatkan ganjaran syurga Allah...saya selalu berfikir..selagi kita cintakan dunia dan takutkan mati,selagi tue la kita takkan berjaya....bukan bermaksud kita kena tinggalkan dunia sebab dunia nie adalah bekalan kita utk akhirat..cuma sejauh mana kita jadikan dunia nie sbagai bekalan kita di akhirat kelak...

ingin saya kongsikan Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih:
1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama.
2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun akan mati tapi bukan untuk agama.

jadi,untuk permulaan,marilah kita sama-sama membina peribadi individu muslim(fardhu muslim) sebelum melangkah ke tahap seterusnya..teringat pada arwah sahabat saya yang dilahirkan dalam keluarga yg mementingkan agama iatu keluarga muslim(baitulmuslim)..inilah tahap kedua selepas kita berjaya membina individu muslim..inilah juga salah satu impian saya...membina baitulmuslim..kerana saya dilahirkan hanya dalam keluarga yang biasa..jadi,biarlah saya yang memulakan pembinaan baitulmuslim.memang payah dan saya pasti akan ada yang memperlekehkan impian saya nie...tapi..saya memang nak membina baitulmuslim..caranya..dengan memperbaiki diri saya supaya menjadi individu muslim,mencari dan berdoa supaya jodoh saya juga datang daripada individu muslim..supaya kami dapat membina baitulmuslim..



indahnya kalau impian saya nie tercapai kan..dengan adanya baitul muslim,saya nak mendidik anak-anak saya dengan cara hidup dan ajaran Islam,adanya usrah mingguan,dan lain-lain..di samping mendidik mereka menjadi professional muslim yang berjaya..iyelah...ada segelintir yang beranggapan orang yang berdakwah nie,gagal dalam pelajaran..jadi insyaAllah,kita sama-sama usaha untuk berjaya dalam pelajaran pada masa yang sama terus menyumbang utk Islam...insyaAllah..utamakan apa yang lebih utama...

No comments:

Post a Comment