Followers

Sunday, May 16, 2010

happy teacher's day!!



salam...dikesempatan nie,saya nak mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya...terima kasih kerana mengajar,menasihati,memberi perhatian kepada saya sepanjang saya menjadi seorang pelajar..bermula daripada tadika,kelas fardhu-ain,sekolah rendah,menengah rendah,menengah atas,asasi dan sekarang di peringkat ijazah..

tanpa jasa-jasa guru,saya takkan menjadi seperti saya yang hari nie..alhamdulillah,sehingga sekarang,saya masih berkesempatan bertemu dengan cikgu tadika saya...hehe..cikgu faridah namanya...dia masih mengingati saya dan adik-beradik yang lain..begitu juga dengan ustazah yang mengajar saya fardhu ain,ustazah siti hawa...sampai sekarang,saya masih berkesempatan terserempak dengan mereka di mana-mana..saya sangat menghormati guru-guru saya..setiap kalia ada peluang,saya akan meluangkan masa menziarahi sekolah lama saya dan berjumpa dengan guru-guru saya kat sana...

terlalu banyak jasa mereka kepada saya..ada yang sangat mengambil berat..saya ingat lagi bila saya mengalami cirit-birit masa terlibat dengan bahas bahasa melayu peringkat negeri dulu,cikgu saya berusaha mencari ubat untuk saya walaupun tinggal setengah jam sebelum sampai giliran kami untuk bertanding...begitu juga bila saya sakit tekak ketika menjalankan tanggungjawab sebagai ketua platun wanita,kadet polis,cikgu saya jugak yang berusaha menjaga kesihatan saya...ada juga cikgu yang sentiasa memberi semangat pada saya bila saya tertekan disebabkan saya lemah dalam subjek add math dulu...terima kasih cikgu! jasa cikgu takkan saya lupa sampai bila-bila....

semoga cikgu sentiasa dilindungi Allah swt dan semoga setiap usaha cikgu mendapat ganjaran daripadaNya...selmat hari guru kepada cikgu faridah,ustzah siti hawa,ustazah sabariah,cikgu ahmad nizar,cikgu rozita,sikgu rahmah,cikgu halim,cikgu syidah,cikgu roselawati,cikgu nadzrul,cikgu azlyana,sikgu samihah,miss mona azurah,miss nurin,cikgu wani mazni,cikgu hazlin zehan,cikgu napi,ustazah hayani,cikgu seri yona,prof noriah,dr abu bakar,dr elamin,bro Qais,madam halimah bux,madam rohani,dr juliana,dr kyi kyi tha,dr may khin soe dan lain-lain...

No comments:

Post a Comment