Followers

Sunday, May 16, 2010

pemberian lesen 'halal' kepada JUDI....

salam...isu pemberian lesen judi sempena piala dunia sebenarnya dah hangat buat beberapa ketika..terkejut jugak bila kerajaan telah memberi lesen untuk menghalalkan hukum Allah yang dah memang termaktub di dalam Al-quran dan hadis sebagai HARAM.....saya bukanlah orang yang hebat dalam bidang agama...tapi saya tahu,hukum judi adalah haram....yang haram memang dah jelas,yang halal pun memang dah jelas dan syubahah wajar dijauhkan...saya pun pelik,kenapa isu ini ditimbulkan sedangkan sebagai pemimpin Islam,kita wajar memahami asas-asas dalam Islam supaya tak dianggap jahil...

saya pelik..dengan menggunakan alasan 'untuk mengawal judi dan utk mengetahui berapa jumlah pertaruhan selain menyekat daripada berlakunya pertaruhan haram'...alasan yang remeh je bagi saya..sedangkan banyak lagi cara lain untuk membanteras seperti mengenakan hukuman yg lebih berat,memperkenalkan cara yg lebih efisien atau menggunakan undang-undang Islam...

terlalu banyak mudarat jika judi dihalalkan dan terlalu sedikit manfaat yang ada di dalamnya..sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 219..

"mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi.katakanlah:"pada kedua-duanya itu ada dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia,tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya."

saya sangat pelik....jika perkara nie memang tak ada hukum yang jelas di dalam Al-quran,barulah kita boleh buat keputusan based on ijtihad ulama'..tetapi kalau dah memang bertentangan dengan Al-quran dan hadis,kita memang tak boleh bertolak ansur...penjelasan lanjut pernah dicatatkan oleh Al-imam As-sayuti Al-shafi'i:

"tidak diingkari dalam hal yg diperselisihkan(ijtihad ulama') namun sesungguhnya keingkaran(bantahan) adalah pada perkara yang disepakati(haramnya)."..

maknanya,kita wajib membantah apa-apa keputusan atas perkara yang memang dah confirm haram...JUDI memang hukumnya adalah HARAM..dan tak mungkin menjadi halal atas alasan apa pun..adakah kita pasti yang langsung tak ada orang Islam yang akan berjudi??sebelum nie pun,dah memang ramai yang berjudi...lepas dah dapat lesen,lagilah bertambah ramai yang akan berjudi...nauzubillah...

saya tertarik dengan analogi yg digunakan oleh ust zaharuddin dalam akhbar hari ini..beliau menggunakan analogi mat rempit..cuba bayangkan...kalau mat rempit diberikan lesen utk merempit semata-mata kita nak tahu berapa jumlah mat rempit kat Malaysia nie dan konon-kononnya nak elakkan mat rempit daripada merempit secara haram,adakah logik???lepas nie,merempit bukanlah satu kesalahan lagi...

samalah juga dengan pemberian lesen judi..lepas nie,sesiapa yang ditangkap kerana judi akan dibebaskan..sebab apa?sebab dah ada lesen...sedangkan hukum agama dah jelas mengatakan ianya haram...terlalu banyak mudaratnya..contoh??

1)menyebabkan kita lalai dan membuang masa...ye la..terlalu khusyuk tengok bola sampai abai tanggungjawab..ye la..sebelum nie,tengok bola secara suka-suka je..tapi sebab dah bertaruh,kena la tengok betol-betol kan...

2)hutang dan masalah kewangan akan meningkat..maka,berleluasalah ceti haram utk mencari mangsanya...

3)mengundang masalah dalam masyarakat seperti pergaduhan,penipuan,masalah keluarga dan lain-lain..

setiap hukum yang diputuskan oleh agama kita sememangnya yang terbaik untuk kita..jangan hanya kerana ikutkan nafsu,agama kita tergadai.dalam akhbar Mingguan hari nie,dah ada pertandingan untuk meneka pasukan mana yang akan masuk peringakat separuh akhir,akhir dan macam-macam lagi.astaghfirullah....apa yang saya tulis nie sebenarnya sebgai bantahan saya terhadap isu nie..harap-harap kita terlepas daripada dosa bersubahat atas perkara nie..insyaAllah...ingatlah,kita hanya negara orang Islam...bukannya negara Islam..wassalam...

1 comment:

  1. Berdoalah kapada Allah agar mereka diberi pertunjuk

    ReplyDelete